LOS ANGELES: Kebakaran di dua hutan besar yang melanda Los Angeles dari arah timur dan barat masih belum dapat dikawal sehingga semalam, namun anggota pasukan penyelamat berusaha memperlahankan api daripada marak berikutan tiupan angin lemah selama dua hari. Kebakaran Palisades antara Santa Monica dan Malibu di sebelah barat bandar dan kebakaran Eaton di timur berhampiran Pasadena kini dianggap sebagai paling 'merosakkan' dalam sejarah Los Angeles, memusnahkan hampir 12,500 hektar tanah yang menjadikan seluruh kawasan kejiranan menjadi abu. Sherif Los Angeles, Robert Luna, berkata sekurang-kurangnya lima orang dilaporkan terkorban, ribuan rumah dan premis perniagaan musnah serta hampir 180,000 orang diarah mengosongkan kediaman mereka, manakala 200,000 lagi berada di bawah amaran pemindahan. "Angka kematian mungkin meningkat," katanya sambil menambah kebakaran di Eaton saja sudah merosakkan atau memusnahkan 4,000 hingga 5,000 struktur.
Kebakaran di Palisades pula memusnahkan kira-kira 1,000 struktur. Sebahagian penduduk Pacific Palisades yang kembali ke kawasan yang terbakar mendapati cerobong batu masih tegak di atas sisa-sisa hangus dan kenderaan yang terbakar. Ribuan penduduk Los Angeles melarikan diri dari kawasan kebakaran untuk mencari tempat perlindungan sementara. Ketua Bomba daerah Los Angeles, Anthony Marrone, berkata kemaraan kebakaran di Eaton kini berjaya dihentikan, walaupun kebakaran itu masih terkawal. "Walaupun masih kuat, tiupan angin berkurangan 160 kilometer per jam (km/j) yang dilihat awal minggu ini, sekali gus memberi peluang kepada sokongan udara penting untuk pasukan di darat. "Pihak kami mempunyai kedudukan lebih baik berbanding pada hari Selasa dan Rabu," katanya. Bagaimanapun, pegawai memberi amaran angin diramalkan akan bertambah kuat pada sebelah petang, dengan tiupan sehingga 96.5km/j. Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melanjutkan amaran bendera merah untuk kawasan itu sehingga jam 6 petang ini, bermakna angin Santa Ana yang kering dan kuat akan terus meningkatkan risiko kebakaran. Ketua jabatan bomba bandar Los Angeles, Kristin Crowley, berkata penduduk perlu bersedia untuk berpindah jika diarahkan. Sementara itu, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris memutuskan untuk membatalkan lawatannya ke Singapura, Bahrain dan Jerman berikutan kebakaran hutan di Los Angeles dan kawasan sekitarnya, menurut kenyataan Rumah Putih yang dipetik Sputnik/RIA Novosti. "Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan di Los Angeles, Naib Presiden membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau bersama suaminya ke Singapura, Bahrain dan Jerman. "Beliau akan kekal di AS untuk menyokong tindak balas persekutuan di California," kata Setiausaha Akhbar Ernesto Apreza. Sumber : Berita Harian |
green~tea replied at 10-1-2025 03:51 PM
Mcmana buleh teruk sangat eh??? Heran aku...
piyek92 replied at 10-1-2025 03:48 PM
adakah balasan tuhan untuk kekejaman pemimpin AS bersekongkol bunuh rakyat gaza?
piyek92 replied at 10-1-2025 03:48 PM
adakah balasan tuhan untuk kekejaman pemimpin AS bersekongkol bunuh rakyat gaza?
piyek92 replied at 10-1-2025 03:48 PM
adakah balasan tuhan untuk kekejaman pemimpin AS bersekongkol bunuh rakyat gaza?
Triple_8 replied at 10-1-2025 04:54 PM
Jangan kata begini. Nanti geng Siti Kassim marah dan mula bercerita mengenai banjir di Pantai Timu ...
ADVERTISEMENT