CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keith Foo Semakin Romantis, Ungkap Kata-Kata Cinta Buat Riena Diana

14-1-2025 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12688| Komen: 40|Original author: Raline


keith-foo-630x415.jpg


Baru-baru ini, pelakon Keith Foo mengungkap perasaan cintanya kepada teman wanita, Riena Diana menerusi kata-kata manis yang dikongsikan di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Keith atau nama lengkapnya  Foo Chuan Chin, 42, meluahkan rasa syukur atas kehadiran pelakon Riena yang telah memberi ‘sinar’ baharu dalam hidupnya.

WhatsApp-Image-2025-01-13-at-5.52.15-PM-630x1108.jpeg


"Ada ketika saya terfikir tentang perkara kecil yang awak lakukan membawa perubahan dan saya bersyukur."

Bukan itu sahaja, pelakon drama Layang Layang Perkahwinan ini juga bersyukur dan menghargai segala kenangan dan memori yang mereka cipta bersama.

"Setiap detik yang kita luangkan bersama, nasihat yang awak beri atau kehadiran awak begitu bermakna bagi saya."

"Hidup saya bertambah indah bila ada awak dan saya bersyukur dengan semua memori kita cipta bersama."

"Awak membuatkan hidup saya lebih bermakna dan saya harap awak tahu betapa saya menghargai awak walaupun saya tidak menunjukkannya."

Sebelum ini, Riena dan Keith membuat pengakuan bahawa mereka sedang bahagia bersama dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka bertemu jodoh, suatu hari nanti.


Untuk rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai empat tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber: Oh Bulan
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 14-1-2025 11:01 AM
oklah aku komen skit.. sama2 cantik sepadan. kahwin lah cpt2.
Quote selipar_hijau 14-1-2025 11:11 AM
agak2 diorg dah main ke belom
Quote anilanil 14-1-2025 11:15 AM
Cepat2 la nikoh. Dah sunat blom? Best la dak skylar nnt beraya sakan. Parents, step parents puasa & raya sama-sama. CNY, xmas & deepavali beraya kat rumah atok nenek. Meriah perayaan ko dik..
Quote LadyCarefree 14-1-2025 01:37 PM
Cringe giler posting gitu. Nanti dah cerai mcm Kemek dan Halep. LOLLLLL
Quote Buritan 14-1-2025 03:54 PM
selipar_hijau: agak2 diorg dah main ke belom



Aku pun terpikir jgk..  nanti kita suruh sis poohkey tolobng tanyekan
Quote Zeatyisaac 14-1-2025 06:14 PM
Cepat2 lah kahwin. I suka weddings!
Quote sukacactus 14-1-2025 08:15 PM
Kawin je la
Ex pun dah selamat nikah
Quote Zeelalala 14-1-2025 09:13 PM
Emmm....dah sunat ke belum???
Quote 3chanceno 14-1-2025 09:57 PM
Bergambar terlebih mesra & komen2 suwit2, jangan hujung2, kami masih berkawan baik walaupun sudah tak bersama lagi
Quote Nizleen86 14-1-2025 11:25 PM
Cringenya laki yang suka type panjang2 cmni dekat socmed.
Quote Zeelalala 14-1-2025 11:39 PM
Nizleen86 replied at 14-1-2025 04:25 PM
Cringenya laki yang suka type panjang2 cmni dekat socmed.

Ke si pompuan taip sendiri pakai id member tu
Quote kelip2_07 15-1-2025 10:12 AM
eeuww geli baca ayt2 mcm nie
Quote Buritan 15-1-2025 12:14 PM
Aku selalu terpikir.. kalo tgk gambo lelaki lelebih pelok pompuan.. toiingg kata dah pernah beromen.. instibct aku yg jahak atau hati aku yg koto
Quote joannakimberly 15-1-2025 03:01 PM
ex-wife dah selamat jadi mualaf, chuols bile lagi?

Quote September14 15-1-2025 04:54 PM
Tapi x lama lagi mesti bosan
Quote bottombikini 15-1-2025 06:00 PM
sakan berpeluk
Quote cmf_PariS 16-1-2025 11:45 AM
yg ni pun sejenis tukar2... bila nk kawin
Quote sara_thrash 16-1-2025 12:15 PM
kalau keith foo dah revert masa tu aku percaya akan kesungguhan cinta dorang.
Quote Cpkay 16-1-2025 02:22 PM
waktu ngan kimchi takde pulak romantis camni.. ku doakan cepat cepat lah settle down deme berdua ni .

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.058804 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top