Seorang lelaki memberi sebab mengapa beliau tidak mengambil pekerja melayu untuk menjalankan operasi perniagaannya di negara ini.
Video lelaki yang dipercayai warganegara China itu tular di laman media sosial dimana dalam video tersebut, beliau memberi sebab mengapa tidak mengambil pekerja melayu.
“Ramai usahawan dari China menghadapi masalah yang sama iaitu pekerja, sukar untuk mencari pekerja di sini berbanding dengan China. Tetapi kalau ada mengambil pekerja melayu, maka persiapkan diri untuk pengalaman yang bakal merubah hidup anda.
“Pertama, melayu gemar mengambil cuti. Jumlah cuti yang mereka ambil di luar fikiran anda dan kadang-kala alasan yang diberikan tidak masuk akal. Kedua, mereka akan ikut arahan anda, tetapi hasilnya tidak seperti yang anda harapkan.
“Yang ketiga, mereka tidak akan bekerja lebih masa. Perkara itu anda harus lupakan. Mereka tidak akan OT sepanjang bekerja dengan anda.
“Yang keempat, mereka sangat teruk dalam menguruskan kewangan. Mereka akan beli apa saja, terlalu menikmati hidup dan akhir sekali tidak mempunyai wang. Mereka juga selalu meminta bayaran awal.
“Akhir sekali kerana sebab keagamaan. Setiap hari jumaat mereka akan ke masjid untuk melaksanakan solat jumaat yang bermakna untuk tempoh tengah hari, mereka akan hilang,” kata lelaki tersebut.
Kenyataan lelaki terbabit lantas menerima kritikan dari netizen yang mana ramai menganggap beliau mahu mengeksploitasi pekerja tempatan dan menyamakan budaya kerja Malaysia dan negaranya.
“Kalau nak berniaga di Malaysia, wajib asimilasikan dengan budaya kerja tempatan. Dia tak boleh samakan pekerja dari negara dia dengan pekerja dari negara kita,” tulis seorang netizen.
“Kalau macam tu baik anda berniaga di negara sendiri. Dari cara anda jelaskan, anda memang tak sesuai kalau nak berniaga di sini,” tulis seorang lagi netizen.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|