CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Pengeluar Buat Pendedahan, Bahan Mentah Roti, Keju Dan Kepingan Ayam Mempunyai Sijil Halal Yang Sah!

16-1-2025 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13202| Komen: 21|Original author: vanillaessence


Pihak syarikat yang menghasilkan sandwich ham & cheese yang tular mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Shake And Bake Cafe Sdn Bhd bahan-bahan mentah yang digunakan adalah roti, keju dan kepingan ayam mempunyai sijil halal yang sah.

Pada masa sama pihak syarikat mengesahkan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Putrajaya serta JAKIM sudah melakukan siasatan ke atas premis mereka pada jam 12 tengah hari, Jumaat lalu.

“Kami berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada KPDN dan JAKIM untuk membantu siasatan kes ini,” petik kenyataan rasmi syarikat.

Memetik Berita Harian, logo ‘ham and cheese’ ditampal pada pembungkusan sandwich yang menjadi kontroversi itu bukan dihasilkan syarikat pembekal terbabit.

Pada masa sama wakil Bake And Shake Cafe Sdn Bhd dijadual mengadakan sidang media untuk memperincikan perkara itu dalam masa terdekat.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote toynme 16-1-2025 08:13 AM
mana akmal yang mcm ayam betina bertelor tu?
baik dia memekak dekat umrah travel yang scam org tu
dah la melayu tipu melayu
Quote lostnfaun 16-1-2025 08:30 AM
Kira salah print sticker ke nie?
Quote Prickford 16-1-2025 08:39 AM
Isu skang ni mcm mana boleh gunakan logo halal palsu, tu je. Sebab nombor pendaftaran syarikat akan appear dekat bawah logo. Takkan suka2 hati create & letak. Siapa yg buat design pembungkusan? Setiap pembungkusan makanan kalau ada letak logo Halal Jakim, Selangor Halal Hub, logo syarikat, akan melalui proses approval dulu. Siapa yg sukati proceed print & lekat kalau logo tu tak sah?
Quote pokokmeranti 16-1-2025 08:42 AM
toynme replied at 16-1-2025 08:13 AM
mana akmal yang mcm ayam betina bertelor tu?
baik dia memekak dekat umrah travel yang scam org tu
da ...

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rsi-ada-sijil-halal

Jakim nafi dakwaan bahan mentah sandwic kontroversi ada sijil halal
Quote Buritan 16-1-2025 08:53 AM
Memalukan utk org islam.. bila makanan yg nak disuap masuk kemulut pun org bkn islam yg buat.. sepatutnya industri makanan org islam harus pegang..
Quote Skuau 16-1-2025 11:54 AM
Buritan replied at 16-1-2025 08:53 AM
Memalukan utk org islam.. bila makanan yg nak disuap masuk kemulut pun org bkn islam yg buat.. sepat ...

jgn komen dlu lagu tu... kak..msh belum jelas lg ni...ada penafian di sana...sini....
Quote toynme 16-1-2025 12:16 PM
Buritan replied at 16-1-2025 08:53 AM
Memalukan utk org islam.. bila makanan yg nak disuap masuk kemulut pun org bkn islam yg buat.. sepat ...

mmg ada org islam pegang
tapi yang pegang pun ada amik kesempatan
mcm kes GISBH tu

sbb tu nak dapatkan sijil halal tu mmg payah
Quote Buritan 16-1-2025 02:02 PM
Skuau replied at 16-1-2025 11:54 AM
jgn komen dlu lagu tu... kak..msh belum jelas lg ni...ada penafian di sana...sini....

Tak tau le plk.. tp kita org islam hanya mampu gerai mkn sajo.. yg aku tau brahim.. kbykan nya non muslim..
Quote Buritan 16-1-2025 02:03 PM
toynme replied at 16-1-2025 12:16 PM
mmg ada org islam pegang
tapi yang pegang pun ada amik kesempatan
mcm kes GISBH tu

Yg amik ksmpatan tuu yg aku malehh tuu.. selalunyaa org politaik betul tak..
Quote sayawifenikmie 16-1-2025 02:51 PM
dah kalau kepingan daging ayam
tak boleh ke namakan sandwich ayam+keju ?

ham ni biasanya orang kaitkan dengan pork

Quote qistiena 16-1-2025 02:56 PM
Reserve comment dulu, tunggu sidang media company ni nak dengar depa nak cakap apa
Quote bedahcyber 16-1-2025 03:00 PM
Bahan2 boleh claim halal. Tapi syarikat pengeluar masih perlu mohon sijil halal untuk produk tu sebab JAKIM akan tengok end-to-end iaitu dari segi bahan, pengurusan penyimpanan, pemprosesan dan lain2.  Kalau tak mohon dan lalu benda2 ni, jadilah produk tu "muslim friendly" sahaja. Entah betul entah tidak sebab bila takde sijil halal ni, camne JAKIM nak datang check.
Quote PULANGKAN 16-1-2025 07:39 PM
tunggu kata putus daripada pihak JAKIM ja
Quote jejaka_hensem 16-1-2025 07:43 PM
Iols percaya shake and bake cafe ni tak menipu.
Quote anony-mous 16-1-2025 11:16 PM
X caya aku puak2 ni. Ni mcm kes restoren asam pedas tu la ni. Kuat ek kabel kk mart ni. Adk beradik pmx ke atau ada supply ayam?
Quote ultra78 17-1-2025 12:28 AM
Well, isu ini tak akan timbul jika di packaging tu tulis 'chicken' instead of 'ham'. Di Malaysia ni jangan la tulis 'chicken ham' dan 'beef bacon' sebab ramai orang keliru.
Quote Leonclay 17-1-2025 12:42 AM
Bkn logo halal yg tampal kt mknn tu xde daftar kan? Situ je dah tipu..nk tutup penipuan konar lain pulak..
Bila guna logo halal dgn nama mknn meragukan, sbb tu org report..
Klu xde logo halal, ko letak la nama ape pun, org pun xde nk report..cuma ko la susah nk marketkan produk kan..
Quote vanillaessence 17-1-2025 07:59 AM
Quote Decaffeinated 17-1-2025 08:17 AM
jejaka_hensem replied at 16-1-2025 07:43 PM
Iols percaya shake and bake cafe ni tak menipu.

Sama. Takde orang meniaga sengaja nak pedajal diri sendiri.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.172579 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top