Beribu warga Palestin meraikan keputusan rundingan gencatan senjata di Gaza- Foto AFP ISTANBUL: Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad ini. Agensi Anadolu (AA) melaporkan dalam sidang media yang diadakan di Doha, Mohammed, berkata fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan. Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) "akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu" dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran. Menteri Qatar itu turut menyuarakan harapannya agar "tiada operasi ketenteraan akan dijalankan dalam tempoh menjelang pelaksanaan perjanjian itu."
|
Decaffeinated replied at 16-1-2025 07:33 AM
Gencatan senjata sampai bila?
Kenapa tak perang sampai ada yang menang?
axl_bach replied at 16-1-2025 08:58 AM
Ikutkan patutnya perang jer sampai salah satu lenyap..... Either State of Israel, atau HAMAS....
Decaffeinated replied at 16-1-2025 02:18 PM
Gencatan senjata ja, bukan perjanjian damai (if there is such a thing)
When your enemy is willing ...
axl_bach replied at 16-1-2025 02:45 PM
Chapter HAMAS sendiri dah define stance dorg..... To eliminate and annihilate Israel totally
Decaffeinated replied at 16-1-2025 04:20 PM
and don't forget the Gazan themselves yang voted them into power. In case ada yang masih hairan de ...
ADVERTISEMENT