CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapura sambut baik gencatan senjata Gaza, sokong inisiatif kemanusiaan

17-1-2025 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7575| Komen: 5

 


SINGAPURA: Singapura menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Gaza, menyatakan harapan ia akan membuka jalan kepada peningkatan penghantaran bantuan kemanusiaan dan pembebasan semua tawanan.

Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan, berkata Singapura akan terus bekerjasama dengan rakan kongsinya di rantau ini, terutamanya Jordan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Qatar dan Cyprus, untuk menyokong inisiatif kemanusiaan untuk orang awam di Gaza.

"Kami juga akan meningkatkan pembabitan dengan Pihak Berkuasa Palestin menerusi Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat kami yang memfokuskan kepada pembinaan kapasiti dan biasiswa," menurut kementerian itu, semalam.

Singapura turut berharap agar dalam tempoh masa yang munasabah, Israel dan Palestin akan mencapai penyelesaian dua negara yang dirundingkan, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.


"Ini adalah satu-satunya jalan penyelesaian yang praktikal untuk mencapai penyelesaian komprehensif, adil, dan berkekalan terhadap konflik Israel-Palestin yang berlarutan," tambah kementerian.

Sementara itu, Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan menyifatkan perjanjian berkenaan sebagai sinar harapan dan cahaya di penghujung terowong yang sangat panjang dan penuh kesengsaraan.

Beliau berkata, sejak 15 bulan lalu yang menyeksakan itu, terlalu ramai yang menderita, dengan terlalu banyak kematian dan kemusnahan.

Balakrishnan turut berterima kasih kepada rakyat Singapura atas kemurahan hati mereka sejak tahun lalu, dengan menyatakan bahawa lebih daripada S$18 juta (RM59.2 juta) didermakan setakat ini untuk rakyat Palestin.

Beliau berkata, Singapura telah menghantar enam kumpulan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dan merancang untuk menghantar penghantaran tambahan tidak lama lagi dan menjangka untuk memulakan pengumpulan dana selanjutnya, terutamanya pada Ramadan.

"Adalah penting untuk kita terus mengingati bahawa terdapat orang di bahagian lain dunia yang memerlukan bantuan dan sangat memerlukannya.

"Kami akan terus menyokong rakyat Palestin," katanya.

Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani pada Rabu mengumumkan bahawa usaha pengantaraan bersama Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat berjaya mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel.

Perjanjian yang akan berkuat kuasa Ahad ini, antara lain menetapkan Hamas akan membebaskan 33 tawanan sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 17-1-2025 08:54 AM
Semua orang yang waras memang akan sokong a peaceful coexistence macam jb dengan Singapore.
Quote Suchi 17-1-2025 08:58 AM
Pasnih dah boleh mkn mekdi ke cemana?
Quote hayrin86 17-1-2025 09:41 AM
Decaffeinated replied at 17-1-2025 08:54 AM
Semua orang yang waras memang akan sokong a peaceful coexistence macam jb dengan Singapore.

Betul. Yang waras tidak perlu perang fizikal besar-besaran ke atas manusia yang tidak berdosa dan juga harta benda sebab ia adalah jenayah.

Quote Decaffeinated 17-1-2025 03:20 PM
hayrin86 replied at 17-1-2025 09:41 AM
Betul. Yang waras tidak perlu perang fizikal besar-besaran ke atas manusia yang tidak berdosa dan  ...

Itu sebab orang JB tak tembak roket ke tempat mereka cari makan walau pun di situ penuh bangsa pendatang sebab faham hidup perlu diteruskan. Menyumbang kepada kesejahteraan sejagat lebih berfaedah daripada bernostalgia dengan kegemilangan sejarah lampau yang entah betul entah tidak.
Quote hayrin86 18-1-2025 10:08 AM
Decaffeinated replied at 17-1-2025 03:20 PM
Itu sebab orang JB tak tembak roket ke tempat mereka cari makan walau pun di situ penuh bangsa pen ...

Perang fizikal bukannya keperluan..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.033455 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top