CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Becoming Hannah' ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, bukan buku agama - Dr Kamarul Zaman

17-1-2025 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7946| Komen: 10|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-17 094032.png


KUALA LUMPUR: Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau sedar buku "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia dan tidak dikategorikan sebagai buku agama.

Kamarul Zaman berkata demikian ketika disoal peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan itu terhadapnya berhubung dua catatan Facebook yang dibuat beliau pada Mei 2017.

Sangeet: Saya ingin mendapat pengesahan bahawa Dr Kamarul sememangnya sedar bahawa buku "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah pun dikatalogkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Cataloguing-in-Publication Data?

Kamarul Zaman: Betul.

Sangeet: Jadi, Dr Kamarul setuju dengan saya setelah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, buku ini telah dikatalog (dikategorikan) di bawah tajuk Yeoh, Hannah, 1979; Women Politicians-Malaysia dan Malaysia-Politics and Government.

Kamarul Zaman: Setuju.

Sangeet: Jadi, setuju saya katakan ia (buku berkenaan) tidak dikategorikan sebagai buku agama.

Kamarul Zaman: Setuju.

Kamarul Zaman yang merupakan defendan tunggal dalam kes saman itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa perkataan 'Personal Journey' bermaksud satu kisah dan perjalanan peribadi Ahli Parlimen Segambut berkenaan.

Sangeet: Memandangkan buku ini adalah 'Personal Journey', jadi tiada isu penyebaran (agama Kristian) dan Kamarul Zaman menjawab, tidak setuju.

Dalam saman difailkan pada 2022, Hannah selaku plaintif berkata Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa plaintif mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya.

Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah "Becoming Hannah: A Personal Journey" bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.

Dalam pernyataan pembelaannya, Kamarul Zaman berkata kedua-dua hantarannya di Facebook tidak berunsur fitnah dan beliau mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kandungan buku itu kerana bimbang mereka mungkin terpengaruh dengan Kristian.

Perbicaraan di hadapan Datuk Aliza Sulaiman bersambung esok.


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 17-1-2025 10:03 AM





Quote pokokmeranti 17-1-2025 10:11 AM
org politik biar 'munafik' dalam politik mereka. semasa musuh disetankan, bila berkawan diangkat martabatnya. sebagai org awam, I dapat rasakan mmg si yeoh nie beragenda nak kristiankan Malaysia. sblm ada gabungan PH, PN, mahupun BA ramai org tahu agenda DAP.
Quote Purplehaz 17-1-2025 07:04 PM
Serampang 2 mata ...
Agenda nak pluralism kan mesia ker..mcm Indo sane?? Nauzubillah
Quote Decaffeinated 18-1-2025 06:06 PM
Kalau dia berniat pun apa masalah kalau itu ajaran agama dia. Mungkin dia pun nak kumpul pahala niat.

Kenapa tidak terdengar penganut agama2 minoriti yang lebih vulnerable menjadikannya isu sebaliknya as usual, ummah majoriti dengan segala backing dari jentera pemerintahan yang rasa paling terancam.
Quote dua_chzy 18-1-2025 10:58 PM
pokokmeranti replied at 17-1-2025 02:11 AM
org politik biar 'munafik' dalam politik mereka. semasa musuh disetankan, bila berkawan diangkat mar ...

Camna dia sorang, or geng2 dia, nak Kristiankan berjuta Muslims di Malaysia? Strategi jarum2 halus hapa agaknya sheol guna? Frekuensi radio?
Quote dua_chzy 18-1-2025 11:00 PM
Edited by dua_chzy at 18-1-2025 03:02 PM

Korang yang percaya DAP nak jadikan Malaysia ni negara Kriste, boleh bantu aku fikior tak camna nak capai menda ni? I mean tahun 70 ka 80an dulu pun Umngok babi, Melayu Malaya, Sabahan Moslems, tuduh Pairin dan PBS nak Kristiankan Sabah sampai pembangkang + gomen federal pi bagi IC dengan pilak2 Selatan Filipina kengkunun tanak Kriste kapir topple bilangan Moslems di sana,

Sabah tu negeri 100% Kristian ka sekarang?
Quote dua_chzy 18-1-2025 11:03 PM
Camna 1 Cina kapir, nak Kristiankan 10,000 born Moslems? Camna? That easy meh? Yang korang perlu terancam sangat dengan buku si Hannah ni?
Quote Apoo 19-1-2025 12:36 AM
pokokmeranti replied at 17-1-2025 10:11 AM
org politik biar 'munafik' dalam politik mereka. semasa musuh disetankan, bila berkawan diangkat mar ...

Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anthony Loke mcm mana pula? Depa x mau membudhakan Malaysia ka? Karpal Singh, Gobind tak mau meng sikh kan Malaysia ka? Takkan Hannah sorang saja?
Quote Cayn 20-1-2025 10:32 AM
lemah benor iman. bertahun belajar agama, hidup dalam masyarakat agama islam tetiba seketul buku boleh kafirkan umat islam. klu ada pikiran camni baik tgk balik penerapan nilai2 islam tu sendiri kat sekolah & family. Punca kat situ. Bukan buku.
Yg aku nmpak org melayi islam mulut cakap pasal agama macam dia terpaling alim tapi realiti perangai hauk. Mulut tak senada dengan sikap
Quote kucingitam 20-1-2025 12:21 PM
lebih baik korang tengok mana2 kitab, ajaran islam yang menyeleweng tu..itu lebih bahaya sebab dari org islam sendiri ye..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.044572 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top