CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Momentum belian lemah, ringgit jatuh berbanding dolar AS

17-1-2025 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7547| Komen: 11

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan kelemahan momentum belian.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.5005/5050 berbanding dolar AS daripada 4.4970/5010 ketika ditutup semalam.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata selepas dibuka kukuh susulan data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih sederhana, inflasi keseluruhan pada 3.0 peratus telah mendorong perbincangan dalam kalangan pelabur mata wang asing sama ada Rizab Persekutuan (Fed) AS boleh mempertimbangkan pengurangan kadar faedah tahun ini.

"Walaupun pasaran bon dan saham telah pulih namun kesan limpahannya kepada pasaran pertukaran mata wang asing adalah agak lemah.

"Tindak balas yang lemah ini kemungkinan berkait secara langsung dengan ancaman tarif Donald Trump ke atas China yang berterusan, menyebabkan pelabur dalam pasaran pertukaran mata wang asing berada dalam keadaan tidak menentu," katanya.


Innes berkata, persoalan utama yang membayangi pasaran adalah sama ada Trump akan muncul sebagai 'Deal Maker in Chief' atau kembali sebagai seorang dengan ciri-ciri 'Tariff Man'.

"Ketidakpastian ini menjadikan kalangan pelabur berhati-hati, sentiasa menilai perubahan dalam landskap dasar," katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.6283/6329 daripada 4.6364/6405 ketika ditutup pada Rabu dan naik berbanding pound British kepada 5.4888/4943 daripada 5.4949/4998 semalam.

Bagaimanapun, mata wang domestik susut berbanding yen Jepun kepada 2.8914/8945 daripada 2.8656/8685.

Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9941/13.0127 daripada 12.9503/12.9682 ketika ditutup semalam, dan lebih stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 274.7/275.2 daripada 275.4/275.8.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2906/2941 daripada 3.2909/2943 pada Rabu namun, rendah berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.69 daripada 7.67/7.68 ketika ditutup semalam.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 17-1-2025 11:42 AM
so salah PMX ker
Quote Dwdrum 17-1-2025 11:55 AM
Anwar ibrahim boleh tarik investor... klci jatuh rendah dalam 5 months... Investor pulled out lost almost 900 million... Tidak boleh tarik investor china or russia ka?..... Salah trump ka or salah najib?
Quote pengecatbintang 17-1-2025 01:01 PM
Bila RM turun

Salah PMX & Rafizi

Bila RM naik

Bukan sebab PMX n Rafizi
Quote hidet 17-1-2025 01:26 PM
pengecatbintang replied at 17-1-2025 01:01 PM
Bila RM turun

Salah PMX & Rafizi

hahahaa...masing2 p jaga sendiri la currency,
Quote Kitty_catz 17-1-2025 02:28 PM

Ringgek jatuh kan bagus utk sektor pelancongan kata menteri

nikmat apa yg kauuu dustahhhkan?
Quote Skuau 17-1-2025 02:37 PM
pengecatbintang replied at 17-1-2025 01:01 PM
Bila RM turun

Salah PMX & Rafizi


takpe..kali ni salah Abe Mat...pulak....
Quote kemaruk 17-1-2025 03:11 PM
patut la ramai yang takut anwar jadi PM
Quote Decaffeinated 17-1-2025 04:35 PM
Bila ringgit melemah ni rasa kedekut sikit nak bagi tips kat obersi, tu ja.
Quote ljust 17-1-2025 05:52 PM
https://support.withings.com/hc/en-us/community/posts/31865278265489-How-Do-I-Contact-Sage-Timeslips-Customer-Support-By-Phone

https://support.withings.com/hc/en-us/community/posts/31865371711377--How-to-Migrating-from-Quickbooks-Desktop-to-Online-A-Complete-Guide
Quote ljust 17-1-2025 05:53 PM
[url-https://support.withings.com/hc/ ... er-Support-By-Phone
]https://support.withings.com/hc/en-us/community/posts/31865278265489-How-Do-I-Contact-Sage-Timeslips-Customer-Support-By-Phone
[/url]


[url-
https://support.withings.com/hc/ ... ne-A-Complete-Guide]
https://support.withings.com/hc/ ... ne-A-Complete-Guide[/url]
Quote Isninselasarabu 17-1-2025 09:07 PM
Bile jatuh diam.. bile naik ini jasa annnnwarrun al habib

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.031222 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top