CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasar Raya Pakai Troli Pintar, Boleh Terus Scan Harga Barang!

17-1-2025 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9351| Komen: 47|Original author: vanillaessence


Siapa sangka, troli yang ada di pusat beli belah yang dahulunya berfungsi sebagai tempat membawa barang kini telah diperluaskan peranannya.

Menerusi video di TikTok @callmeyukisan, pengguna berkenaan berkongsikan kecanggihan sebuah troli ketika berkunjung di salah sebuah pusat beli-belah yang terdapat di Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi perhatian adalah ia bukanlah sekadar troli biasa tetapi ia adalah troli pintar yang memudahkan pelanggan di mana fungsinya boleh mengirakan harga keseluruhan barang yang dibeli.

Pengguna hanya perlu mengimbas kod bar barang pada bahagian pengimbas di troli berkenaan dan secara automatik, jumlah pembelian barang yang dibeli akan dipaparkan.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pemilik video berkenaan mengimbas setiap barang yang dibeli terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam troli.
Pengguna Tetap Perlu Buat Bayaran Di Kaunter Self-Checkout

Kongsi wanita itu lagi, bayaran tetap perlu dibuat menerusi kaunter layan diri namun pengguna hanya perlu terus membuat bayaran tanpa perlu membuat imbasan seperti kaunter yang lain.

Difahamkan, troli pintar yang digunakannya itu terdapat di pusat beli-belah Aeon Taman Maluri.

“Akhirnya dapat cuba troli yang boleh scan barang terus, lepas tu sampai self-checkout kaunter terus bayar.

“Kami dah lama nak cuba benda ini (troli), tadi pergi Aeon nampak satu ada boleh guna, kena cuba,” tulisnya di ruang kapsyen.

Troli Bantu Pelanggan Tunjuk Lokasi Barang Dengan Mudah

Lebih menarik, jika ada pelanggan yang mahu mencari barang dan tidak tahu lokasi sebenar, troli tersebut dapat membantu.

Pelanggan hanya perlu membuat carian pada skrin dan troli tersebut kemudiannya akan memberitahu lokasi sebenar barang yang dicari siap dengan peta sekali.

Ramai Teruja, Mahu Pusat Beli Belah Lain Sediakan Kemudahan Sama

Video yang telah mendapat lebih 279,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat teknologi terbaharu yang memudahkan pelanggan itu.

Malah, ada yang mencadangkan agar pusat beli belah yang lain turut sama menyediakan perkhidmatan sedemikian.

Namun, ada pengguna yang mendakwa sebelum ini telah terdapat premis yang membuat cara yang sama tetapi ia tidak diwujudkan lagi memandangkan timbul isu lain.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Aku Rasa Lotus Pun Kena Ada Device Macam Ini Untuk Mudahkan Pelanggan”

“Bestnya! Ini Kalau Anak Aku Nampak Ni Habis Semua Barang Dia Scan”

“Akhirnya. Dah La Beli Satu Troli Lepas Tu Kena Scan Dekat Kaunter Self-Checkout Jenuh”

“Bagus Tahu Benda Ini, Senang kita Check Harga Barang & Track Budget Kita”

“Menarik”


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaessence 17-1-2025 08:35 AM
[fbvlink]https://www.facebook.com/reel/8782540741800545[/fbvlink]
Quote vanillaessence 17-1-2025 08:35 AM
Quote Decaffeinated 17-1-2025 08:45 AM
"Namun, ada pengguna yang mendakwa sebelum ini telah terdapat premis yang membuat cara yang sama tetapi ia tidak diwujudkan lagi memandangkan timbul isu lain."

Isu apa tu?

Rindu the good old days bila setiap barang ada price tag. Sekarang kena baca atas rak tu OK lagi, ada sesetengah tu tampal a long list tepi dinding pepandai lah ko nak baca satu2. Nasib tak baik barang yang ko nak beli langsung tak ada dalam senarai. Babi ka tak dek.
Quote Dwdrum 17-1-2025 08:54 AM
Sekarang trolly sudah ada digital scale sekali.. Scanner
Quote aryyan 17-1-2025 09:04 AM
handy ke techno ni utk warga emas?
knowing depa nk guna smartphone pn terkial.

utk kita yg dok bandar ni mmg mudah n cepat la.
Quote copy_paste 17-1-2025 09:23 AM
aku tunggu je teknologi yg lebih maju,
kita cuma ambil barang ape yg kita nak pastu bwk keluar mcm tu je xyah ke kaunter utk scan dan bayar,semuanya dah tolak siap2 dari acc
Quote Samerosie 17-1-2025 09:35 AM
Dulu Lotus ada apps scan and shop.  Basically, you scan the items on your phone then bila nak check out you finalise and nanti akan keluar QR Code kat kaunter dia scan and you just pay.  To me sangat menyenangkan sebab you can stick to your budget.  Masa check out cashier akan count the items in your trolley to tally dgn items dalam list.  So far that was my experience la.  

Akan tetapi, kemudahan ni dah di stop kan disebabkan misused la by customer.  So nanti trolley ajaib ni pun tak tau la pengakhiran dia.
Quote syamzana 17-1-2025 09:49 AM
aryyan replied at 17-1-2025 09:04 AM
handy ke techno ni utk warga emas?
knowing depa nk guna smartphone pn terkial.


warga emas jrg nak shopping groceries kat mall ni kecuali yg educated/kaya raya. depa suke lg beli brg kat pasar.
lgpun groceries mcm ni byk brg2 utk generasi masakini jah so sesuai laa dgn technology.
kalau kat bandar nak cari ramai ramai warga emas shopping groceries  blh pergi psr borong nun kdg troli tak cukup dua

iols suka je ada troli mcm ni, sng nak check hrga brg. kdg nama je gah, tanda harga pun tampal 2/3 prices sampai tatau yg mana satu. nak scan harga jenuh pusing nunnn hjg sana satu.
Quote Weller 17-1-2025 10:14 AM
aeon taman maluri katanya toilet very the dirty.....huhuhu
Quote elnor_81 17-1-2025 10:18 AM
Dulu..lotus ad buat scan n pay. Tp dh stop katanya ramai yg menipu..
Quote vanillaessence 17-1-2025 10:41 AM
[tiktok]7460132533305363719[/tiktok]
Quote makita 17-1-2025 11:19 AM
elnor_81 replied at 17-1-2025 10:18 AM
Dulu..lotus ad buat scan n pay. Tp dh stop katanya ramai yg menipu..

Tu la mcm terkejut gak app ni xleh guna. Xde la viral pasal tipu2 ni. Alih2 dah xde.
Quote cmf_almondpecan 17-1-2025 11:23 AM
Decaffeinated replied at 17-1-2025 08:45 AM
"Namun, ada pengguna yang mendakwa sebelum ini telah terdapat premis yang membuat cara yang sama tet ...

Biasanya isu curi parts atau vandalism. Price tag tu speed mart 99 masih ada. Senang banyak.
Quote aryyan 17-1-2025 11:59 AM
elnor_81 replied at 17-1-2025 10:18 AM
Dulu..lotus ad buat scan n pay. Tp dh stop katanya ramai yg menipu..

sbb kes tipu ke yg tiba2 dh takda.
aku klo lotus kt ioi mmg pakai ni. sbb cepat n mudah.
dr nk q pjg2 kt counter n self checkout.
Quote AbukRokok 17-1-2025 12:00 PM
scanner yg ada pun tak berfungsi mcm kat Giant
Quote aryyan 17-1-2025 12:01 PM
syamzana replied at 17-1-2025 09:49 AM
warga emas jrg nak shopping groceries kat mall ni kecuali yg educated/kaya raya. depa suke lg beli ...

parents aku still pi shopping kt lotus/ TF.
market tu takat psr tani ja la.
apps mbrship kt phone pn tak pakai. depa still pakai fizikal card.

hahahah.
Quote AbukRokok 17-1-2025 12:02 PM
elnor_81 replied at 17-1-2025 10:18 AM
Dulu..lotus ad buat scan n pay. Tp dh stop katanya ramai yg menipu..

teruk sgt bumi malaya yang dirahmati sbg pusat tamadun awal dan akhir zaman ni byk penipu berbanding bumi siam perut hijau?
Quote AbukRokok 17-1-2025 12:05 PM
copy_paste replied at 17-1-2025 09:23 AM
aku tunggu je teknologi yg lebih maju,
kita cuma ambil barang ape yg kita nak pastu bwk keluar mcm t ...

kne scan ubun2 kepala kat pintu keluar... dalam puncak kepala dah pasang micro usb link dengan bank akaun
Quote Buritan 17-1-2025 12:06 PM
aryyan replied at 17-1-2025 09:04 AM
handy ke techno ni utk warga emas?
knowing depa nk guna smartphone pn terkial.


Tak yah warga mas . Aku pun susah jgk.. lagi lagi bayo pakai qr code.. asyik bermasalah.. hp hangla.. qr tak nmpkla.. duit dlm hp tuu mcm tak detect la . Last last tak beli..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039957 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top