CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Opai Mengaku ‘Multimillionaire’, Yakin Tak Akan Jumpa Wanita Lebih Kaya

17-1-2025 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21365| Komen: 25

 


Baru-baru ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Opai atau nama sebenarnya Alif Awang menjadi perhatian ramai apabila muncul dalam satu temu bual.

Video yang dimuat naik di TikTok @averagemalaysians, Opai ditanya sama ada ingin ‘dating’ dengan wanita yang mempunyai pendapatan lebih tinggi darinya.


Bagaimanapun, Opai berkata dia tidak akan berjumpa dengan wanita yang mempunyai pendapatan lebih daripadanya.

“Saya seorang jutawan dan memiliki tiga buah ‘supercars’. Saya mungkin akan dating dengannya tetapi saya tidak tahu adakah saya akan menemui wanita yang mempunyai pendapatan melebihi saya.

Saya pasti tidak akan berjumpa dengan wanita seperti itu, yang mampu memperoleh pendapatan bersih setiap tahun mencecah tujuh angka.


“Tetapi jika pendapatan saya RM2,000 atau RM3,000, saya mungkin akan berjumpa dengan mana-mana wanita kerana saya tidak mempunyai masalah untuk berbual dengan mereka,” katanya.

Seperti sudah disangka, kenyataan Opai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang kurang senang serta ada yang menitipkan nasihat untuk lebih merendah diri.

SUMBER: Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Leonclay 17-1-2025 11:30 PM
Lhdn dah blh masukkan hartawan, jutawan, dermawan semua ni dlm list korang la.. kejap je blh kutip berbilion2.. hahahaha
Quote JahLupa 18-1-2025 12:30 AM
Hello lhdn… tlg kutip ini orang
Quote nadie90 18-1-2025 12:47 AM
Kalau btul kaya dah lm kena 'intip' dek LHDN...tunjuk kaya mcm jutawan harta 7 keturunan xhabis rupanya BERHUTANG utk nmpk kaya lol
Quote KakRumiMenari 18-1-2025 12:53 AM
Tergamak dia nyatakan bilangan supercar.. ingatkan countless memandangkan maltimiliyenney
Quote Zeelalala 18-1-2025 01:00 AM
Kayu ukur dia kekayaan itu dari jumlah supercar yg ada. Pathetic
Quote Zeelalala 18-1-2025 01:01 AM
Paling bodoh kenapa nak tanya soalan mcm tu pada org yg ada bini
Quote serimaya 18-1-2025 01:04 AM
KakRumiMenari replied at 18-1-2025 12:53 AM
Tergamak dia nyatakan bilangan supercar.. ingatkan countless memandangkan maltimiliyenney

Kan macam Ronaldo bila kena temu bual tanya berapa kereta dia ada nampak la ikhlas dia jawab tak tau..itu baru la multi millionair sampai tak terkira berapa bijik kereta ada ..
Quote KakRumiMenari 18-1-2025 01:10 AM
serimaya replied at 18-1-2025 01:04 AM
Kan macam Ronaldo bila kena temu bual tanya berapa kereta dia ada nampak la ikhlas dia jawab tak t ...

Tu la pasal.. beza percakapan org yg usaha keras, bersungguh2 dari muda..
Quote green~tea 18-1-2025 01:57 AM
Kesian pipah dapat laki gila
Quote sharlenetexas 18-1-2025 02:12 AM
Wife tak terasa ke?

Quote -Suri- 18-1-2025 03:05 AM
Hang ni, jgn bukak mulut boleh tak?
Quote aint 18-1-2025 03:50 AM
hmm... millionaire low IQ cam ni ke ...
Quote slyfynx 18-1-2025 04:55 AM
Soalan aku
Die retis ke?
Soalan kedua,
jadah tanya pasal dating kalau die laki orang?
Soalan ketiga,
X insaf lagi ke?
Hr tu konon2 dah alim sgt laki bini.
Soalan ke empat.
Ko ade hutang x bayar x?
Sat lg pas kuar kenytaan cam kaya ni, ade je yang berbunyi.

Sekian, terima kasih
Quote _blackbird 18-1-2025 05:05 AM
Hidup lg jantan tersangkak ni. Real question. Betui ka heshe multimillionaire??
Quote TomyamPuteh 18-1-2025 07:15 AM
Patin Pipah je yg kagum dengan Popeye nih.
Quote LadyCarefree 18-1-2025 07:23 AM
TomyamPuteh replied at 18-1-2025 06:15 AM
Patin Pipah je yg kagum dengan Popeye nih.

Tu lah iols heran sungguh dia kata mamat ni hensem.
Quote opie5662 18-1-2025 07:50 AM
Elleh, kaya konon. Hr tu tgk live jahhet steak house, diorg jual wagyu. Si opai ni masuk live tu..membongak. Order wagyu sekilo lebih, nak buat rendang katanye. Sekali diorg dh ready kan order dia. Suruh  dia wassap. Tp lpas tu senyap je. Kalau kaya takkan la 1k lebih pon kau nak joy. Ciput sgt nilai tu. maka apa lagi, kene bahan la ngan sumorang dlm live tu. terus hilang member.
Quote newyork 18-1-2025 08:17 AM
Kaya lah sgt.. sekali pinjam duit Mara.
Quote Samerosie 18-1-2025 08:21 AM
Rupanya IQ dia sama banyak dgn keta 'supercars' dia.  Reputz pun satu hal tp apasal kau nak jawab pasal dating bukan kau dh kawin ke?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.112160 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top