CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Gaza siap kemas barang mahu pulang

19-1-2025 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10032| Komen: 14

 


BANDAR GAZA – Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza mula mengemas barangan milik mereka untuk pulang ke kawasan kejiranan masing-masing ketika menanti perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pagi ini, lapor saluran berita Al Jazeera. 

Perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas yang sudah lama dinantikan itu dijangka bermula pada pukul 8.30 pagi (waktu tempatan). 

Seorang penduduk di Bandar Gaza, Souad Warshaga yang berasal dari utara enklaf itu berkata, dia berasa amat gembira dan tidak sabar untuk pulang ke kawasan kejiranannya.

“Kami menyiapkan barangan dan bersiap sedia untuk pulang ke kawasan kejiranan asal yang sangat dirindukan. 

“Kami tidak sabar menanti esok (pagi ini) apabila gencatan senjata mula berkuat kuasa. Saya mahu menjadi yang pertama meninggalkan kawasan ini dan pulang ke rumah,” katanya.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagaimanapun memberi amaran bahawa perjanjian gencatan senjata itu mungkin bersifat sementara. 

“Israel mendapat sokongan daripada pentadbiran Amerika Syarikat (AS) semasa dan akan datang untuk meneruskan pertempuran di Gaza jika rundingan fasa kedua tidak berjalan mengikut rancangan,” kata Netanyahu. 

Sementara itu, kira-kira tiga tebusan Israel dan 95 banduan Palestin akan dibebaskan hari ini, dengan lebih banyak pertukaran menyusul dalam beberapa minggu akan datang.

Wartawan Al Jazeera melaporkan, kenderaan tentera Israel mula berundur dari bandar selatan Semenanjung Gaza, Rafah.

Askar Rejim Zionis turut mula berundur dari Koridor Philadelphia di sepanjang sempadan selatan Gaza dengan Mesir. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 19-1-2025 12:42 PM
setan yahoo tu jahat sejahat-jahat manusia. termasuk la sekutu dia. prepare for the unexpected
Quote Decaffeinated 19-1-2025 01:04 PM
Kibar bendera terbalik ke tu dik?
Quote Zeelalala 19-1-2025 09:19 PM
Tadi ada baca setanyahu bgtau ditangguhkan genjatan tu
Quote Decaffeinated 19-1-2025 11:31 PM
Zeelalala replied at 19-1-2025 09:19 PM
Tadi ada baca setanyahu bgtau ditangguhkan genjatan tu

Baca di mana? Tepek la nak baca juga. Ka ko baca kat group whatsapp jiran2 sambil sembang kucing siapa berak depan pintu dia.

Quote Cassieopeia 20-1-2025 01:02 PM
harap lamala genjatan senjata ni tp taula lidah puak zionist ni bercabang2 risau jgk.
Quote Zeelalala 20-1-2025 03:29 PM
Decaffeinated replied at 19-1-2025 04:31 PM
Baca di mana? Tepek la nak baca juga. Ka ko baca kat group whatsapp jiran2 sambil sembang kucing si ...

Kat fyp tt masa tu.
Quote toynme 20-1-2025 04:14 PM
ya Allah permudahkan la urusan mereka
Quote mawardia 20-1-2025 06:38 PM
So yg memekak nak balik kampung sangat kat WTKL tu bila nak hantar balik?

Asyik nak mengamuk je kerjanya.

Melantak-lantak nak balik.

Nak makan segala benda yg org boycott sebab nak menyelamatkan negera kau.
Nak tido hotel, tak nak tido transit space.

Hantarlah balik... menyemak je membela manusia tak reti bersyukur.

Rohingya dapat masuk sini pun reti bersyukur.

Bangsa bongkak camtu takyah dibela lagi.

Angkut masuk dlm kapal terbang cepat sikit!
Pakai cargo aircraft.

Takyah dibela lagi.

Bila masuk airspace dia, tendang je keluar pakai parachutes!

Quote kemaruk 20-1-2025 07:48 PM
Zeelalala replied at 19-1-2025 09:19 PM
Tadi ada baca setanyahu bgtau ditangguhkan genjatan tu

https://www.nst.com.my/world/wor ... until-hostage-names

Israeli PM Netanyahu says Gaza ceasefire delayed until hostage names released
Quote Zeelalala 20-1-2025 08:20 PM
kemaruk replied at 20-1-2025 12:48 PM
https://www.nst.com.my/world/world/2025/01/1163112/israeli-pm-netanyahu-says-gaza-ceasefire-delaye ...

Thank you wakkk.....
Quote kemaruk 20-1-2025 09:28 PM

thank you je?
Quote Zeelalala 20-1-2025 10:09 PM
kemaruk replied at 20-1-2025 02:28 PM
thank you je?

Nak belanja durian jauh sangat haha
Quote 8Queen8 21-1-2025 09:40 AM
Semoga lepas semua tebusan dilepaskan, Gaza dapat bantuan membangunkan kembali Gaza yang musnah. Perkhidmatan hospital dan makanan yang cukup. Banyak sangat yang perlu di buat untuk membantu Gaza. Negara2 kaya seperti Arab Saudi boleh salurkan sumbangan kepada Gaza.
Quote zafira 21-1-2025 10:18 AM
kesian, nak balik rumah.. entah tinggal tapak rumah aje.. mcmanalah depa nak restart all over again.. semoga dipermudahkan urusan utk org2 palestin ni & semoga bala turun kt hellsrael sana..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.040263 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top