CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Marsha Milan diberi pilihan jadi suri rumah, tapi suami tak bantah untuk terus jadi artis

20-1-2025 09:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9154| Komen: 2|Original author: Raline

 


Marsha Milan pernah diberi pilihan meninggalkan dunia seni untuk memberi fokus kepada rumah tangga.

Bagaimanapun kata Marsha, 40, dia sendiri memilih untuk meneruskan karier seni dan keputusan itu tidak dibantah oleh suaminya iaitu Mohamed Shaiful Nizam.

Malah jelas Marsha, Shaiful sentiasa menjadi tulang belakang dalam setiap keputusan dibuat dalam kariernya.

“Saya mempunyai pilihan untuk tidak menjadi artis selepas kahwin tetapi saya sendiri yang mahu teruskan menyanyi.

“Walaupun suami saya bukanlah orang hadapan dalam kerjaya nyanyian saya, tetapi dia antara orang penting yang akan melihat setiap hasil kerja saya," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Marsha juga tidak pernah bergantung dari segi kewangan bagi menggerakkan kariernya seperti merakamkan lagu baharu atau mengeluarkan dana untuk persembahan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

Jelasnya, selain mempunyai sumber kewangan daripada syarikat rakaman, Marsha juga akan menggunakan wang sendiri dalam menjayakan sesuatu tanpa membebani suami.

“Saya tidak mahu bergantung kepada bantuan wang suami kerana memilih kerjaya sebagai penyanyi selepas berkahwin ini pun atas permintaan saya.

“Sebenarnya suami saya mempunyai 'suara' yang besar dalam setiap persiapan persembahan saya di AJL,” katanya.

Mengulas lanjut tentang persembahan di AJL39, penyanyi asal Sabah ini tidak menafikan saingan finalis tahun ini sangat mencabar terutamanya dalam kategori Vokal Terbaik.


Tidak hanya bersaing dengan penyanyi wanita seperti Aina Abdul, Nadeera Zaini dan Ernie Zakri, Marsha menganggap saingan yang diberikan oleh penyanyi lelaki juga tidak kurang hebatnya.

"Saya rasa tahun ini sukar kerana kebanyakan finalis AJL39 pernah memegang Anugerah Vokal Terbaik. Itu yang membuatkan saya agak gementar sedikit.

"Selalunya netizen akan mengaitkan saya dengan vokal Aina, Nadeera dan Ernie kerana mereka merupakan penyanyi wanita tetapi perlu diingat penyanyi lelaki juga mempunyai banyak kelebihan.

"Disebabkan itu saya merasakan tahun ini banyak pencalonan yang terbaik terutamanya dari segi vokal," katanya.

AJL 39 akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari ini bermula pukul 9 malam.


Sepuluh lagu bakal berentap di AJL39 termasuk Puas Sudah (Aina Abdul), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Aura (Ernie Zakri), Hening Rindu (Marsha Milan), Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini) dan Diam (Hael Hussaini).

Turut sama ke AJL39 ialah Saksama (Akim And The Majistret), Pujaanku (Masdo dan Aishah Aziz), Sengaja (Amir Masdi) dan Risiko (Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK K-Clique dan Tuju).

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 20-1-2025 09:51 AM
go marsha go
moga rezeki vokal kali ni
jgn overdo, more emosi tp jgn smpi meleret2 plk


btw video sheols perform dgn moffat dh cecah 10 juta dlm tempoh 7 bulan
best dorg perform sm2 kt pulau sabah yg sgtlah cantik

Quote dua_chzy 20-1-2025 09:54 AM
Rezeki dapat suami baik. Semoga berkekalan jodoh till death do you part.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.079376 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top