CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ibarat pergaduhan adik-beradik, panas sekejap kemudian okey’ - Nabil Ahmad dan Elly Mazlein kini sudah berdamai

20-1-2025 10:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11001| Komen: 13|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-19 120201.png


Pernah dikatakan berselisih faham sehingga salah seorang merajuk, dua pengacara popular, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein kini sudah berdamai.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 42, mengakui pernah terjadi perselisihan faham dengan Elly sewaktu mereka sama-sama mengacarakan program Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10) pada 2023.

“Kami okey sekarang. Ketika kejadian dulu mungkin terlampau banyak faktor yang menjadikan kami sedikit tegang. Saya pun tertanya-tanya kenapa terjadi seperti itu.

“Selepas kejadian itu masing-masing ambil masa untuk beri ruang. Dan, sekarang alhamdulillah kami berdua okey. Kami sama-sama bekerja di bawah satu bumbung iaitu di Radio Era.

“Saya anggap apa yang terjadi ini seperti pergaduhan adik-beradik. Panas sekejap kemudian okey,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta baharu Jakel 2025, semalam.

Sementara itu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, berkata, dia pernah berjauh hati dengan Nabil sewaktu mereka sama-sama mengacarakan GV10.

“Memang saya pernah merajuk ‘manja’ sikit dengan Nabil. Biasalah kawan-kawan. Orang kata bergaduh adik-beradik. Tetapi alhamdulillah ukhuwah antara kami masih lagi kuat.

“Walaupun tidak lagi digandingkan bersama, hubungan kami baik.
Kalau kami tidak baik takkanlah kami berdua dilantik menjadi duta Jakel tahun ini,” jelasnya.

Dikhabarkan juga Nabil dan Elly akan bergandingan dalam sebuah program hiburan tidak lama lagi namun masih dirahsiakan butirannya.

Terdahulu, perselisihan faham antara Nabil dan Elly menjadi bualan ramai selepas Elly secara tiba-tiba mengambil keputusan menarik diri daripada menjadi pengacara GV10 pada minggu keempat.

Disebabkan itu hanya Nabil dan Jihan Muse mengendalikan GV10 sehingga minggu akhir.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babyorange 20-1-2025 12:58 AM
Rasenye kak lina ngn nabil okay2 je kot. Tak ssentap mcm dgn kak gigi kan? Nape lngsg x mention jihan? Selama kontroversi ni....wartawan x berjaya ke terjah dptkn komen si jihan tu? Smp bile nk lari dr mslh jihan
Quote oggy 20-1-2025 03:57 AM
Ada ke eh selisih faham? Ke sbb Nabil backup Jihan masa tu?
Quote supernaturalee 20-1-2025 08:38 AM
gitu msg2 nk upkan diri




Quote rain2169 20-1-2025 08:44 AM
I suka gandingan elly and nabil...
Jihan? NOOOOOOOO.......
Quote cikdilla 20-1-2025 08:51 AM
Mak ade soft spot kat jakelina ni walaupun org kata gedik. Tapi dia lawakk
Quote gerbera.memopad 20-1-2025 10:17 AM
Kak Lina ni jangan sindir-sindir or cakap-cakap belakang je. Melenting la dia. Tapi jenis cepat sejuk jua, kalau approach dia dulu, bincang elok-elok, dia okey je actually.
Quote MistrezHermanaz 20-1-2025 10:58 AM
babyorange replied at 20-1-2025 12:58 AM
Rasenye kak lina ngn nabil okay2 je kot. Tak ssentap mcm dgn kak gigi kan? Nape lngsg x mention jiha ...

betul..rasanya diorg berdua ok je..mungkin la ada perselisihan faham tu tp dh baik balik rasanya dh lama jugak..sbb nabil ada je pair dgn kak lina dlm meletop lepas pada tu..or kak lina dtg set meletop jd guest..dan pernah pair utk konsert meletop juga..rasanya yg jd isu hangat ni kak lina dgn jihan je sbb yg dia bebel panjang bengang2 tahun lepas tu masa jihan jd host utk ceria popstar kan
Quote awenda507 21-1-2025 10:46 AM
go kak lina
Quote A-Are 21-1-2025 11:04 AM
org lelaki cepat cool...jarang terbawa2 main perli2 ni...perempuan dgn perempuan je payah nak berdamai...
Quote alien88 21-1-2025 11:09 AM
iolls suka gandingan diorg dua ni masa GV, best & kelakar
baru nabil tau dia kena control kak lina, sllu kan dia bahan org ja
Quote KakRumiMenari 21-1-2025 11:56 PM
Jakelina, merchantlina, shopilina.... semua dia linakan rezeki kepom mencurah2 beberapa tahun kebelakang ni..
Quote jihah_kudat 22-1-2025 12:08 AM
babyorange replied at 19-1-2025 04:58 PM
Rasenye kak lina ngn nabil okay2 je kot. Tak ssentap mcm dgn kak gigi kan? Nape lngsg x mention jiha ...

yes rasa dengan gigi je she ada problem kan..nabil ni lebih kepada penambah perisa je bila dgn gigi..tapi tu la gigi pun angkuh taknak tone down buat senyap je agaknye marah la kot job dia banyak kena bolot dgn kak lina..
Quote marchikobonzo 22-1-2025 09:27 AM
I suka kepom dari jihan..even dia gedik pun dia tak melaser orang

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.068778 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top