CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Budak terbaring atas jalan, merajuk tunggu Nadhir Nasar

20-1-2025 10:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31322| Komen: 29|Original author: Raline

nn.PNG


Gelagat Nadhir Nasar memujuk seorang kanak-kanak yang merajuk terpaksa menunggu lama untuk bertemu dengan aktor itu menerima pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menerusi video di TikTok, Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, dilihat menuju ke arah kanak-kanak tersebut yang terbaring di atas jalan dan memujuknya untuk bergambar bersama.

Difahamkan, kanak-kanak itu menghadiri acara larian sempena Malaysia Breakfast Day yang diadakan di Putrajaya pada pagi Ahad.

"Adik, bangun. Tak nak bangun? Jom kita ambil gambar bersama.

"Nak abang (panggilan Nadhir) dukung ke? Okay jom," katanya.



Tindakan mesra ditunjukkan Nadhir itu menerima sorakan daripada peserta larian yang turut merakamkan video aksi memujuk itu.

Dalam pada itu, ibu kanak-kanak yang dikenali sebagai Arash itu menceritakan kisah sebenar yang menyebabkan anak lelakinya berkelakuan sebegitu.

Kata ibunya, anaknya merajuk kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu dengan pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi itu.

"Dia moody sebab lama sangat tunggu Nadhir nak turun dari atas sebab Nadhir kena tunggu sampai semua orang habis lari. Dia boleh terbaring atas jalan tu," ujarnya.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu melihat aktor berkenaan memberi layanan istimewa terhadap kanak-kanak tersebut.

"Adik tepi sikit biar akak pula yang pura-pura nak pengsan.

"Untung kau dik Nadhir tawar nak dukung," tulis netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 19-1-2025 10:35 PM
Boleh tak nak kutuk?

Camna mak ni didik anak dia sampai jadik camni? Motif kau biar anak kau baring atas jalanraya, tak geli kotor ka apa ka dengan orang pijak2 jalanraya tu dari tandas ke memana ke.

No, not cute. Sorry. This content is not for me.

Quote doubleA 19-1-2025 11:43 PM
Mak ko pun sokong peel batak/fanatik retis ke?
Quote Kancilkering 19-1-2025 11:51 PM
kata ban milo….milo my ass lah
Quote sambaldurian 21-1-2025 12:14 AM
Keep your short hair tu lama2 sikit, bertambah hensem. Rumah aku ni klu mak aku tgk laki rambut panjang mulala mengomel. Aku biasa je, janji rambut ko x berkutu / pastu kena ngan muka . Maklum le mak aku ni kn pnh merasa zaman Tok Mat yg potong rambut rockers dulu. So bg dia x hensem laki simpan rambut panjang.
Quote Carcosa 21-1-2025 01:21 AM
Yg menggelitat nya, si mak. Tah ye, tah tidak, anak dia tantrum tunggu si Nadhir. Org tu dah turun, muka dia takde perasaan pun. Mak lagi mau gelak2. Yihhhhhh, kalau aku mak budak tu, siap lah ko. Mengada2 nak tantrum tak masal. Dahla gundu. Baguslah mak dia biarkan anak gemuk mcm tu. Kang obese, salahkan Milo. Kang kena kutuk2 kat sekolah sbb gundu, salahkan kerajaan. Apa dehal? Kau sebagai mak?? Berair tgk Nadhir, tu je kerje ko
Quote September14 21-1-2025 03:08 AM
Makpak x reti didik anak… manjakn x btempat…
Quote TomyamPuteh 21-1-2025 05:56 AM
Bangga sgt ye anak2 jadi penyembah retis?
Quote miamiot 21-1-2025 01:00 PM
Mak je yg lebih menggeletis nk jumpa retis
Quote lilacomot 21-1-2025 02:53 PM
bdk tu mcm xde perasaan je...mak nye yg gedik..ngengada aih
Quote EncikRhoma 21-1-2025 03:42 PM
Yg gedik tu mak kau. Siap boleh rekod kan anak terbaring atas jalan kotor macam tu. Cubit je. Heret masuk kereta
Quote anilanil 21-1-2025 03:48 PM
Nasib baik la si nadhir nak melayan. Kena dak nadhir tu pon kaki content mcm mak budak tu, asik record je no action jenuh menggelupur budak tu atas jalan. Kalo aiols jadi nadhir aiols mmg record muka mak budak tu yg dok merekod anak sendiri terlentang tengah jln. Langsung takde inisiatif nak angkat ke tepi.
Quote red_velvet 21-1-2025 04:03 PM
Edited by red_velvet at 21-1-2025 04:05 PM

Berapa tahun umur budak ni? Nampak macam 5-6 tahun je lebih kurang tapi dah gigih menyembah retis. Aneh sungguh mak pun, bangga anak terbaring sebab merajuk nak jumpa retis. Kalau aku jadi Nadhir aku bolayan je, biar petak muka mak budak ni angkat anak dia sendiri
Quote sleepandream 21-1-2025 04:26 PM
mak dia kot yg batak retis... budak pulak kene tunggu mak dia lama2...
Quote ashilalat 21-1-2025 05:02 PM
Aku x rasa budak tu yg buat perangai. Mak nya yg suruh sbb mak nya berair tgk nadhir. Hahahha.
Quote kuceeng 22-1-2025 12:08 AM
geli nadhir ni, aku tak pernah berkenan, terpaling poyo...ni dia dok promote milo takde pulak org nak merentan kecam dia ek sbb penjilat ramai, kalau retis bbnu lain dh mampos kena tibai sbb sokong yisrael katanye

hari tu kes dia kena kecam nerakazen sbb tibe menjilat retis senior masa kecoh isu buli retis junior oleh senior takde masuk porum pulak
Quote gideoncross 22-1-2025 12:34 AM
dua_chzy replied at 19-1-2025 10:35 PM
Boleh tak nak kutuk?

Camna mak ni didik anak dia sampai jadik camni? Motif kau biar anak kau baring ...

Aiol stuju dgn uol
Quote gideoncross 22-1-2025 12:35 AM
doubleA replied at 19-1-2025 11:43 PM
Mak ko pun sokong peel batak/fanatik retis ke?

Ni msti mama muda, sma2 msuk air
Quote gideoncross 22-1-2025 12:35 AM
Carcosa replied at 21-1-2025 01:21 AM
Yg menggelitat nya, si mak. Tah ye, tah tidak, anak dia tantrum tunggu si Nadhir. Org tu dah turun,  ...

Pstu nnti slhkn Yehudi Tel Aviv
Quote gideoncross 22-1-2025 12:36 AM
September14 replied at 21-1-2025 03:08 AM
Makpak x reti didik anak… manjakn x btempat…

Makpak zmn skrg mmg cmtu, makpak zmn dlu ko buat cmni kat public, on the spot dpt pnampar sedas pstu org skeliling tngok

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.061806 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top