CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zubir Khan rindu tangan, upload gambar edit ada dua belah tangan

20-1-2025 10:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15347| Komen: 23|Original author: Raline

zs.PNG


Tindakan Zubir Khan berkongsi foto memaparkan dia masih mempunyai kedua-dua belah tangan dianggap seolah-olah tidak menerima hakikat

Sebelum ini, perkongsian Zubir meraih perhatin ramai apabila dia memuat naik foto yang memaparkan dirinya mempunyai kedua belah tangan.

Reda dengan nasib tertulis, penyanyi Zubir Khan adakalanya berasa rindu dengan tangan kanannya yang putus sejak dia berusia empat tahun.

Disebabkan perasaan itu juga Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 25, bertindak berkongsi foto suntingan dibuat peminat yang memperlihatkan kedua-dua tangannya.

Jelasnya dia bukan tidak menerima hakikat sebaliknya terharu dengan suntingan dilakukan peminat terhadap fotonya.

“Peminta saya baik hati nak sunting foto itu dan saya sangat berterima kasih.

“Saya cuma rindu tangan saya," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Zubir memberitahu dia pernah bermimpi kedua-dua belah tangannya masih ada walapun sudah reda dengan keadaan fizikalnya.

Bagi Zubir, dia tidak melihat ia sebagai satu kesalahan merindui tangannya kerana ia pernah menjadi sebahagian daripada dirinya.

“Saya rindu, tak semestinya kita perlu rindu orang atau benda... tangan pun boleh," ujarnya.

Sementara itu, Zubir memberitahu sebagai manusia biasa dia pernah berasa kecewa dan tidak dapat menerima hakikat dengan keadaan diri sendiri.


Bagaimanapun sejajar dengan peredaran masa, dia mula bersyukur dengan segala nikmat diberikan kepadanya walaupun mengalami kekurangan.

“Dulu pernah saya rasa tangan ini macam tak berguna sebab tak boleh buat apa, tapi sekarang sudah tiada perasaan itu lagi.

“Sebab saya boleh buat macam-macam bawa kereta dan motosikal cuma saya rasa rindu... Kalau ada saya tak bersyukur terpulang," luahnya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 20-1-2025 09:46 AM
terus teringat Thing dlm Wednesday


so what happened ms umur 4 tahun tu
ada kad lah kan?

Quote dewi_rina 20-1-2025 10:52 AM
Helok jugak dia ni, maybe sbb dia tinggi
Quote 800214 20-1-2025 04:51 PM
dewi_rina replied at 20-1-2025 10:52 AM
Helok jugak dia ni, maybe sbb dia tinggi

Jumpa depan2 maniss ya. Gigi besau.. Jo sikit. Tp manissss. Senyum jeee.
Quote dewi_rina 20-1-2025 05:00 PM
800214 replied at 20-1-2025 08:51 AM
Jumpa depan2 maniss ya. Gigi besau.. Jo sikit. Tp manissss. Senyum jeee.

Not bad lah, nak kata hensem tu tak nak kata hodoh pun tak Manis je bila senyum, anak mak pulak tu
Quote sukanyanyi 20-1-2025 05:02 PM
dewi_rina replied at 20-1-2025 10:52 AM
Helok jugak dia ni, maybe sbb dia tinggi

Haha yess ni yg iols pikir masa tgk dia nyanyi kat semi final muzik2 aritu.. lega yg iols tak berseorangan.. hahaha
Quote dewi_rina 20-1-2025 05:03 PM
sukanyanyi replied at 20-1-2025 09:02 AM
Haha yess ni yg iols pikir masa tgk dia nyanyi kat semi final muzik2 aritu.. lega yg iols tak bers ...

I siap stalk tt dia, search mv ohmykadhele tu lagi..
Quote mamajawie 20-1-2025 05:17 PM
takpe dek zubir, Allah ada peraturan terbaik untuk awak..gittuhhh
Quote supernaturalee 20-1-2025 05:39 PM
ade nebor kt area rmh iol ni kudung sblh tgn
tp mmg tak sorok
tak pakai tangan palsu pun
nmpk confident je mcm dek zubir ni

Quote BungaKencana 20-1-2025 05:42 PM
supernaturalee replied at 20-1-2025 09:46 AM
terus teringat Thing dlm Wednesday

termasuk dlm mesin tebu ke mesin getah cmtu la.. dia pernah share..
Quote BungaKencana 20-1-2025 05:44 PM
mcm dak balau yg kudung tgn tu.. Balau ckp pkai tgn palsu tu tak selesa n skt.. dia lg suke biarkan mcm tu je.. Balau ni geng Babah Nadeen
Quote Shayang 20-1-2025 06:12 PM
supernaturalee replied at 20-1-2025 09:46 AM
terus teringat Thing dlm Wednesday



Penah tgk podcast kot dia ada cite
Makpak dia meniaga roti dulu
Kira mcm ada kedai roti laa tgn dia termasuk dlm mesin adun roti tu

Ikutkan tgn dia tu dh disambungkan balik
Mula tu dh mcm ok dah
Pastu mcm ada kesilapan pihak hospital gak
Tiba tgn tu mati jd gangren tu kan kena la buang juga
Aku mcm ingat2 lupa ni bleh tgk balik laa pasal dia cite ni rasa ada je kat yt tu.
Quote mrseller 20-1-2025 06:24 PM
Gambar atas muka melayu, waktu pemes dah mcm keling atau chindian aku tgk
Quote pearl.silver 20-1-2025 11:18 PM
Mereka org2 yg bersyukur

I teringat satu video org melawat gadis yg kena potong kaki sbb eksiden. Dia yg suruh doktor potong kaki dia. Masa betcerita pun boleh gelak2. Amik gambar dgn kaki kudung tu sambil tersengih.
Ada sorg lg dak laki kudung gk. Sblum tu dia atlet sekolah, now dah kudung 2 kaki. Masih tunjuk wajah ceria.
Quote nonymous 20-1-2025 11:38 PM
Sukses terus Zubir
Quote supernaturalee 21-1-2025 08:24 AM
BungaKencana replied at 20-1-2025 05:42 PM
termasuk dlm mesin tebu ke mesin getah cmtu la.. dia pernah share..

what????
oh my my



Quote supernaturalee 21-1-2025 08:26 AM
Shayang replied at 20-1-2025 06:12 PM
Penah tgk podcast kot dia ada cite
Makpak dia meniaga roti dulu
Kira mcm ada kedai roti laa tgn di ...

mana 1 ni chuols?




@BungaKencana
Quote Shayang 21-1-2025 08:33 AM
supernaturalee replied at 21-1-2025 08:26 AM
mana 1 ni chuols?



Mana satu apa?
Tgn dia mmg termasuk dlm mesin pengadun kat bakeri keluarga dia tu
Dulu dia selalu sorok tgn dia tu disebalik beg galas hinggala dia dah mula konfiden so dah takde pakai bag tu lagi dah.
Nah ni dia ada cerita


[tiktok]7380670036354157840[/tiktok]
Quote supernaturalee 21-1-2025 08:38 AM
Shayang replied at 21-1-2025 08:33 AM
Mana satu apa?
Tgn dia mmg termasuk dlm mesin pengadun kat bakeri keluarga dia tu
Dulu dia selalu  ...

okey, confirm punca dr pengadun roti

si bunga kata benda lain
eee sabor je la acik tu

Quote silampumeja 21-1-2025 08:50 AM
ohh dia takde tangan dari kecik, ingtkan accident motor ke apa. accident lain

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.054615 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top