CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emma Maembong kahwin baharu? Chacha tak tahu, tak berani komen

21-1-2025 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31497| Komen: 120|Original author: Raline


emm.png


Tidak tahu menahu, pelakon Chacha Maembong mengakui terkejut apabila mendengar khabar angin kononnya kakaknya, Emma Maembong sudah berkahwin dengan seorang deejay kelab malam.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 28, bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana belum mengetahui kesahihan dakwaan tersebut.

“Macam ni, sejujurnya saya memang tidak tahu tentang gosip itu dan daripada mana spekulasi ini boleh timbul. Saya tak berani nak beri sebarang komen.

“Sebab saya tak pernah dengar tentang perkara itu, lebih baik saya tidak cakap apa-apa, nanti lain pula jadinya.

“Saya sendiri pun baru sahaja pulang kerja dan kini berada di rumah untuk beristirehat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.


Terdahulu, desas-desus timbul mengatakan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Malah, pasangan itu didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan beberapa gambar yang tular dalam media sosial.

Emma dan Shazli sebelum ini merahsiakan tarikh sebenar perceraian mereka, namun mengumumkan perpisahan pada 7 Oktober tahun lalu.

Kosmo! Online cuba mendapatkan penjelasan daripada Emma untuk mengesahkan dakwaan tersebut, namun usaha itu gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Sumber  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 21-1-2025 12:04 AM
Downgrade terus sheols. Tapi baru sekufu
Quote CurangLagi 21-1-2025 01:05 AM
Alalalaaa
Quote Zeelalala 21-1-2025 01:10 AM
Pokok x bergoyang sendiri. Baguslah dah nikah. Sukati la memasing nak buat apa.
Quote dua_chzy 21-1-2025 01:11 AM
Macam betul ja dari ayat dia.
Quote Carcosa 21-1-2025 01:27 AM
Tak puas enjoy keeee. Haiyooooo dah ada anak 2 dah hoiiii. Ikut suka ko lah Emma. Ko bkn kenal aku pun
Quote rainbowrainz 21-1-2025 03:52 AM
Asal benang ni sendu sehhh
Quote alieyrina 21-1-2025 05:39 AM
Cara penafian tu mcm betul ja huuhu
Quote KakRumiMenari 21-1-2025 06:12 AM
Ofkoz la x kenal dj kidd tu sapa haha tapi kalau mereka pilih utk berkahwin, walaupun senyap2, kira ok la kan..
Quote Shayang 21-1-2025 07:39 AM
Sapa plak dj kidd tu?
Pilot tak ok ker?
Quote 3chanceno 21-1-2025 08:17 AM
"Tak tahu pasal gosip" dah nikah je tapi cerita yg sebenar mestilah tahu kan kan kan....kalau dah nikah baru, baguslah.

Heran jugak reporters tak tahu pasal nie.
Quote PinkyPie 21-1-2025 08:45 AM
Iols tengok kat IG djkidd ni yg profile tulis mix blood org muar ke? Wth heols main kat kelab mana? Mmg sekarang ada DJ lagu melayu? Kenapa yg dtg macam budak2 felda?
Quote gangerina 21-1-2025 08:49 AM
3chanceno replied at 21-1-2025 08:17 AM
"Tak tahu pasal gosip" dah nikah je tapi cerita yg sebenar mestilah tahu kan kan kan....kalau dah ni ...

takde makna nya....reputers semua pakat kaverline la tu...
Quote thelilyallen 21-1-2025 09:02 AM
PinkyPie replied at 21-1-2025 08:45 AM
Iols tengok kat IG djkidd ni yg profile tulis mix blood org muar ke? Wth heols main kat kelab mana?  ...

Bdk felda mmg ramai gini ke? Ada aku tahu tu sorg, kemain acah dj club. Sekali mak mertua kantoikan, owh menantu saya orang felda opssss haha kt ig fb kemain kau dgn tindik bagai
Quote lightheaded67 21-1-2025 09:06 AM
thelilyallen replied at 21-1-2025 09:02 AM
Bdk felda mmg ramai gini ke? Ada aku tahu tu sorg, kemain acah dj club. Sekali mak mertua kantoika ...

ala mcm iklan yg raya deepavali tu, sam sam sam nenek nya marah nama muthusamy karupiah panggil sam. haha

[youtube]kaNBrCH6TNA?feature=shared[/youtube]
Quote anakpakmaun 21-1-2025 09:13 AM
laju dapat jodoh..baguslah kalau dah nikah
Quote AbukRokok 21-1-2025 09:25 AM
igtkn dj kelas top tier
rupanya dugem
Quote zuriey 21-1-2025 09:32 AM
Btl la gosip dia mencurang dgn dj club tu
Quote tapirbiru 21-1-2025 09:32 AM
nohh..dari pilot ke DJ..apa dlm otak timoh?
Quote Olumis 21-1-2025 09:35 AM
Tak puas enjoy rupanya. Alahai.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.181940 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top