CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shahrol Shiro dah buat laporan polis, dakwa lawak ditulis Harith Iskander buka ruang agama dipersenda

21-1-2025 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13525| Komen: 46|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-21 101446.png


PELAWAK Shahrol Shiro selesai membuat laporan polis terhadap Harith Iskander di Balai Polis Kluang, Johor pada petang Isnin.

Dalam laporan polis yang dikongsi itu, Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 41, mendakwa status ditulis Harith di laman Facebook telah membuka ruang kepada netizen memberikan komen yang dianggap mempersenda serta menghina kesucian agama Islam.

Screenshot 2025-01-21 101508.png


"Harith Iskander dan Ccelia Yap, laporan polis on!” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Shahrol turut berkongsi foto laporan polis yang dibuat.

Pada Ahad, Shahrol meluahkan rasa kurang senang dengan penulisan Harith di Facebook dan berpendapat lawak berkenaan melampau kerana membuka ruang agama dijadikan satu bahan untuk dipersendakan.

Susulan itu Shahrol memberitahu dia akan ke balai polis dalam masa terdekat untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, sehingga kini Harith atau Harith Iskander Musa, 59, masih mengunci mulut berhubung isu berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Shahrol dan berharap perkara yang berlaku menjadi pengajaran.

Screenshot 2025-01-21 101541.png

"Terbaik, memang tak boleh beri muka pada mereka yang persenda agama.

"Terima kasih Shahrol, semoga menjadi pengajaran buat mereka di luar sana.

"Laju Shahrol buat kerja, tak boleh beri muka pada orang macam ini," tulis netizen.

Sumber  – mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gianna111 21-1-2025 10:47 AM
what do u espek dgn mamat botak yang tiada arah tuju hidup?bini pun lari.lawak pun kalau tak sentuh 3R tak jalan...hahhahh. funny guys. tiap kali nak melawak mesti petik sang bapa dia berpangkat dlm ATM.. u so lame man!
Quote nadie90 21-1-2025 12:05 PM
Dah boleh tukar gelaran 'The Most Funniest Guy' (betul ka) kepada 'The Most WOKE Guy' lol

Nak paling woke/liberal sgt smpai thp nak menghina...kalau dah rasa bagus sgt kenapa xcuba migrate negara luar yg boleh sama2 woke kan...ya la bukan sng nak cari makan kt tmpt org...xmcm tempat sendiri...boleh jd lain dr yg lain...campur Melayu lagi kan lagi senang nak mohon apa2 bantuan lol

Mungkin boleh cari nama yg lagi satu jugak...mengata2 hujung2 tetap nak attract kaum lain utk tgk/beli brg depa
Quote nadie90 21-1-2025 12:09 PM
No wonder bila agama sendiri kena hina...xdak sepatah keluar komen pun....bila ada komen2 hina kat non Muslim....tgk la skjp ja komen2 nak backup kluar...double standard kan
Quote DeLuna85 21-1-2025 12:19 PM
Patut bini minta cerai.
Quote cap_ayam 21-1-2025 12:20 PM
Elok juga ada orang macam Shahrol ni. Elokla buat report tu.
Quote kucingitam 21-1-2025 12:25 PM
tak kelakar mana pun dia ni...
Quote lilacomot 21-1-2025 12:32 PM
bagus shahrul pantas wat report...yg ptut kene tgkap si cecilia vavi tu..
Quote BoongaKertas 21-1-2025 12:37 PM
pakcik botak ni xpernah kelakar. why dia rasa dia kelakar eh?
Quote Shayang 21-1-2025 12:44 PM
Sudah2 la main ngn isu 3R dah tau tu isu sensitif
Yg non muslim plak dah trauma bila ada org komen “halal ke”
Risau itu cobaan nak merosakkan bisnes makanan.
Kat page KL Foodie tu ada review restoran nasi daun pisang india
Ada la komen org melayu tanya halal tak?
Kena marah plak dia ngn non muslim.
Dorang pesan pi la kedai lain jgn musnahkan bisnes org.
Dah fobia plak memasing.
Quote LadyCarefree 21-1-2025 12:56 PM
Kopi nama apa?
Quote caprisonne 21-1-2025 01:35 PM
Moga minah celia tu pun ke dalam or kena denda
Quote annehuda 21-1-2025 03:00 PM
Shayang replied at 21-1-2025 12:44 PM
Sudah2 la main ngn isu 3R dah tau tu isu sensitif
Yg non muslim plak dah trauma bila ada org komen  ...

kan ape masalah diorg ni? isu halal ni melibatkan orang islam, bukan diorg. nak offended dh knp? cakap jelah kedai ni takde sijil halal. ke takut ekonomi terjejas sbb pelanggan tu ramai muslim?

non muslim ingat setakat daging babi je ke yg haram? ayam lembu yg halal tu pun boleh jadi haram jugak kalau tak disembelih oleh orang islam dan tak ikut cara sembelihan islam
Quote KakRumiMenari 21-1-2025 03:08 PM
Petik pasal muslim senang dpt publisiti bila sendu
Quote anilanil 21-1-2025 03:32 PM
Harith skander wrote he got iman. Alhamdulillah & congratulations.
Btw, itu anjir OKU skrg siapa yg dpt custody? Acik botak ke ex bini dia?
Quote aammyy 21-1-2025 03:33 PM
Shahrol ni kerja mna? Dulu viral kejap yg dia hantar anak silap sekolah tu nampak pakai baju ada logi
Quote EncikRhoma 21-1-2025 03:44 PM
My iman tergugat? Masalhnya ada ke iman kau?
Quote hyie 21-1-2025 05:57 PM
praktis moslem ke idok sister ooooooi?
Quote cmf_jeangrey 21-1-2025 06:42 PM
Apa maksud dia 'ni utk minum atau makan'? Apa kaitan dgn post cecilia kaYAP tuh? Iols tak paham

Quote PULANGKAN 21-1-2025 06:45 PM
makin menjadi2 puak ni sekarang

semua makin kurang ajar. bila kita melenting, dia kata kita racist, extremist, sibuk nak free spech bagai

ni Malaysia, kerana mulut, santan binasa

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.045117 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top