CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan kekasih imaginasi, Johan As'ari betul-betul nak kahwin tahun ini

21-1-2025 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11254| Komen: 33|Original author: Raline

Screenshot 2025-01-21 103316.png



SEMBILAN tahun menyulam cinta, tidak sekalipun pelakon Johan As'ari mendedahkan wajah atau identiti sebenar kekasih yang dikenali sebagai Miss N sehingga ada menganggap dia hanya berimaginasi.

Menerima secara terbuka setiap pandangan orang ramai, Johan atau Johan Ariff As'ari, 39, juga menegaskan wanita tersebut benar-benar wujud.

Malah dia juga memohon doa orang ramai untuk terus mendoakan hubungan mereka berjaya melangkah ke fasa seterusnya.

Screenshot 2025-01-21 103303.png


"Biarlah apa orang nak cakap tentang saya. Saya hanya harap mereka fikir baik-baik sahaja. Saya tidak berimaginasi dan bukan seperti digambarkan.

"Cuma saya tidak selesa untuk kongsikan perkara yang belum terjadi," katanya ketika dihubungi mStar.

Johan mengulas perkara tersebut selepas dia baru-baru ini sekali lagi meluahkan hasrat menamatkan zaman bujang dengan wanita asal Perlis itu.

Disebabkan ia sering menjadi bualan, ramai menganggap pelakon ini sekadar bercakap kosong tanpa membuktikan kisah cinta sebenar.

Baginya dia enggan pengalaman sebelum ini berulang kembali sekiranya terlalu kerap berkongsi kisah peribadi.

"Pengalaman mendewasakan kita. Sebelum ini dah banyak kisah saya nak kawhin dengan wanita lain, namun semuanya tidak menjadi.

"Saya cemburu melihat rakan-rakan lain bahagia"

“Sebab itu kali ini saya ambil pendekatan merahsiakan.Saya bimbang jika hubungan ini tidak menjadi akan memberi kesan kepada dia.

"Harapan saya tahun ini memang mahu menamatkan zaman bujang. Cuma bukanlah dalam masa terdekat. Jika sudah tiba masanya nanti saya akan kongsi.

"Melihat rakan-rakan yang sudah berkeluarga, saya juga rasa sedia ke arah itu. Saya cemburu melihat rakan-rakan lain bahagia," luahnya.

Bercakap tentang persiapan dirinya melangkah ke fasa seterusnya dalam perhubungan, Johan akui dirinya kini lebih tenang untuk memegang status sebagai ketua keluarga.

Malah dia juga sudah sering menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita berkenaan.

"Sejak awal kenal saya sudah beberapa kali beritahu untuk berkahwin. Cuma mungkin disebabkan hubungan kami jarak jauh, jadi susah untuk betul-betul merancang.

"Sekarang saya rasa lebih tenang untuk bergelar suami. Doakan saya berkahwin tahun ini," luahnya.

Sumber  – mStar Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CurangLagi 21-1-2025 10:42 AM
Semoga bener2la wujud. Jangan kena catfish ja. Tp 9 tahun mustahil x pernah jumpa. Hihii
Quote Zeelalala 21-1-2025 12:00 PM
Jgn la mcm cerita hasanah bbrp org sblm ni. Malu wooo
Quote pocongkiutss 21-1-2025 12:02 PM
Hahahhaa..mana geng2 acik porem yg csi azra diera datin jeri tu moh le komer check in sini
Quote sukacactus 21-1-2025 12:07 PM
Alaaa…jangan la kawin lagi
Nanti takde dah la artikel pasal U
U dan citer pasal nak kawin, kan berpisah tiada
Quote kotakbaju 21-1-2025 12:10 PM
Semoga hasrat johan nak kawin tahun ni tercapai. Kesian dia meols tgk. Tapi lama nau tu kenal smpai 9 tahun. Harap2 jadi betul la dgn teman wanita dia yg orang perlis tu. Jangan la bagi busuk lagi nama perlis ni, sbb meols pun orang perlis juga. Karang lepas ni bila org tanya asal mana, jawab perlis, terus orang cancel tolak sebab takut catfish
Quote kotakbaju 21-1-2025 12:13 PM
sukacactus replied at 21-1-2025 12:07 PM
Alaaa…jangan la kawin lagi
Nanti takde dah la artikel pasal U
U dan citer pasal nak kawin, kan berp ...

Ala chuols bagi laa dia kawin betul2. Sian betul meols tgk. Kang mau tak jadi lagi dgn gf org perlis tu, mau semua pakat blacklist kalau jumpa calon org perlis nanti. Buat malu la kita2 ni selaku org perlis
Quote 3chanceno 21-1-2025 12:14 PM
Sian pulak meols dgn johan Sehari nie...sal keluar cerita dia nie, mesti pasal nak kawin. Dah 9 tahun kenal, diharap benarlah kisah nie. Tapi kan kalau dah 9 tahun kenal, merisik pun belum, meols harap johan nie cepat2lah masuk meminang

Acik jeri boleh teman ke rumah gelpren yg nun kat perlis tu
Quote mizzmimi 21-1-2025 12:14 PM
Sampai kena disclaimer la kan.. mudah tergoda dengan catfish ke dia ni..
Quote TomyamPuteh 21-1-2025 12:18 PM
Org Perlis kan ada 8 orang. Semua dah kawin. Jadi nya yg ni yg ke9 la kot.
Quote lilacomot 21-1-2025 12:37 PM
mayb kenal dh lama la kot...pompuan ni calon simpanan..dh 9thn tgk pompuan tu pun masih single so proceed je la yg ni kan
Quote helicornia 21-1-2025 12:46 PM
ahaha akhirnya ada yang bukak benang
apa pendapat acik2 porem
iols rasa pompuan sama MO sama mcm retis lain yang kena catfish
Quote helicornia 21-1-2025 12:48 PM
hubungan jarak jauh? emm jauh la sangat perlis tu. klu perth tu bole la ckp jauh
naik ets tak sampai 10 jam pun, naik flight lagi la cepat
Quote supernaturalee 21-1-2025 01:37 PM
kotakbaju replied at 21-1-2025 12:10 PM
Semoga hasrat johan nak kawin tahun ni tercapai. Kesian dia meols tgk. Tapi lama nau tu kenal smpai  ...

uol la yg slh sorg drpd 8 org tu eh

btw ank buah ada belajar sana
bln dpn hbs
Quote supernaturalee 21-1-2025 01:38 PM
helicornia replied at 21-1-2025 12:46 PM
ahaha akhirnya ada yang bukak benang
apa pendapat acik2 porem
iols rasa pompuan sama MO sama mcm ret ...

jejaga
jgn2 ada video ala² belakang sikit



Quote kotakbaju 21-1-2025 01:40 PM
supernaturalee replied at 21-1-2025 01:37 PM
uol la yg slh sorg drpd 8 org tu eh

btw ank buah ada belajar sana

Haha..gara2 shahidan kasim punya pasal la ni

Ohh, study sini ye. Lepas ni grad la ye. Tahniah.
Quote supernaturalee 21-1-2025 01:46 PM
kotakbaju replied at 21-1-2025 01:40 PM
Haha..gara2 shahidan kasim punya pasal la ni

Ohh, study sini ye. Lepas ni grad la ye. Tahni ...

asal statement tu dr die eh
tp perlis makin naik dh skrg kan
especially area bdr kangar
bnyk jgk tmpt menarik
tp tu lah mcm jauh jgk
letih ooo pnh drive dr putrajaya ke kuala perlis many years ago


Quote doubleA 21-1-2025 01:51 PM
Catfish memang suka pilih asal peghelih ke
Quote kotakbaju 21-1-2025 02:12 PM
supernaturalee replied at 21-1-2025 01:46 PM
asal statement tu dr die eh
tp perlis makin naik dh skrg kan
especially area bdr kangar

Iols pun taktau hahah

Haah dh makin membangun dah sini. Memang jauh kan kalau drive nak ke sini. Nak naik katebang pun blom ada epot sini. Kena turun epot loqstaq nu. So naik ketapi je la uols mudah. Cepat skit dari drive sendiri.
Quote sukacactus 21-1-2025 04:27 PM
kotakbaju replied at 21-1-2025 12:13 PM
Ala chuols bagi laa dia kawin betul2. Sian betul meols tgk. Kang mau tak jadi lagi dgn gf org perl ...

Tu la kan…mentang2 la suku hari driving dr kl nun baru nak sampai sini, catfish2 semua konon2 asal sini
Br boleh claim LDR kah3
Sj je komen gitu td, dah nak masuk 40 dah Johan ni, Lana Nodin to Shila Amzah (ex dia) semua dah beranak pinak dah

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055143 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top