Putrajaya: Dua anak bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, kedua individu berkenaan sudah memenuhi permintaan pihaknya untuk mengisytiharkan aset termasuk saham dan sebagainya. "Saya berpuas hati dengan keputusan itu, berhubung Tan Sri Mokhzani yang jumlah aset keseluruhan RM1 bilion, (antaranya) aset peribadi RM360 juta, selain itu ada beberapa aset, pegangan saham dan liabiliti yang mereka tanggung. "Begitu juga dengan Mirzan yang keseluruhannya (aset diisytihar) RM246.2 juta (membabitkan) nilai peribadi RM120 juta ditolak daripada aset keseluruhan berkaitan saham, aset lain dan liabiliti mereka. Siasatan ini masih diteruskan," katanya ketika sidang media di sini, hari ini. Terdahulu, dilaporkan SPRM memanggil kedua anak kepada bekas Perdana Menteri terbabit bagi membantu siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). SPRM sudah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora, juga Kertas Panama.
|
Orix replied at 21-1-2025 09:56 PM
so ???? salah ke deyols kaya ??? kena jd miskin ke
Decaffeinated replied at 21-1-2025 10:06 PM
Salah sebab berkuasa dahulu baru kaya. Kalau kaya dulu baru berkuasa macam Donald Trump ok tak sal ...
Radzor replied at 21-1-2025 09:58 PM
bang non bila nak declare?
PM Anwar ranked 17th among 18 richest world leaders
ADVERTISEMENT