CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amerika Syarikat iktiraf dua jantina sahaja – Donald Trump

21-1-2025 10:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19485| Komen: 82|Original author: maklukpenggoda


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Donald Trump mengubah dasar jantina Washington seiring dengan  janji beliau semasa kempen pilihan raya tahun lalu, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Trump berkata, beliau akan menandatangani perintah eksekutif mengiktiraf hanya dua jantina iaitu lelaki dan perempuan selain mengisytiharkan kategori itu tidak boleh diubah.

“Setakat hari ini (semalam), ia akan menjadi dasar rasmi kerajaan AS bahawa hanya ada dua jantina, lelaki dan perempuan,” kata Trump semasa majlis angkat  sumpah jawatan di Washington.

Langkah itu sebagai memenuhi janji beliau selepas puak konservatif mengecam program budaya, jantina dan kepelbagaian, kesaksamaan serta keterangkuman (DEI).

Seorang pegawai pentadbiran persekutuan berkata, perintah eksekutif itu akan menamatkan pelaksanaan DEI dalam kerajaan persekutuan termasuk memotong pembiayaan kepada program itu merentas semua agensi.


Pentadbiran Trump tidak menyatakan sama ada tindakan itu akan dilanjutkan kepada sektor swasta.

Penyokong-penyokong DEI melihat program itu sebagai satu cara untuk membetulkan diskriminasi yang berlarutan berdasarkan kaum, seksualiti dan ciri-ciri lain. – AGENSI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 21-1-2025 05:55 AM
Sebelum ini ada berapa jantina kat US?
Quote Eva_yy_Ellin 21-1-2025 07:49 AM
Okey. Ini satu perkara yang saya sangat nak setuju.
Jantina hanya ada dua - he/him/his dan she/her. Tak ada them/they/their
Ini sibuk la semua nak jadi nonbinary konon nak jadi diri sendiri, jiwa termasuk dalam badan yang salah, depressed sebab terseksa tak dapat nak tukar jantina
Kau dilahirkan sebagai lelaki, jadi je la lelaki. Ngengada nak nonbinary bagai. Konon nak lain daripada yang lain.
Quote AbukRokok 21-1-2025 08:17 AM
-End of Wokeism
-End of Green New Deal
-End of Vaccine Mandate
-Drug Cartel = Terrorist Organization equal to Al Qaeda
-America 1st
-American Oil
-Teluk Mexico = Teluk Amerika
Quote Kitty_catz 21-1-2025 08:40 AM
maga!
Quote shamsadis 21-1-2025 08:42 AM
betul lah tu
Quote Supersirap 21-1-2025 08:42 AM
Memang ada 2 je kan jantina
Quote Siput_Sawah 21-1-2025 08:46 AM
1st time aku setuju dgn idea Trump nii
Quote cikdot 21-1-2025 08:51 AM
nak jadi female, jadi betul2. same goes to male, ini they/them. frog/frogs apa bagai. muka  macam laki tapi mekap kalahkan perempuan pastu berjambang ada pulak tetek. orang panggil sir marah lahhh. kita pulak nak kena pikir gender dia pastu kena pulak jaga hati dia sekali. kalau tak manjang depress stress2 mintak validation netizen. pastu gaduhhh..

baguslah stick to 2 genders je..
Quote SedihPedih 21-1-2025 08:55 AM
eloklah buat sebegitu. Geng2 pertengahan ni ntah apa panggil mam marah, panggil mr marah. Buat org sekeliling serba tak kena. Kau nk keliru sorang2 dh la, ni riuh sekampung kalau org salah address.
Quote shernazz 21-1-2025 09:08 AM
Pening okeh..dalam borang panjang beno selain male female khen...
Elok le 2.je..
Quote 8Queen8 21-1-2025 09:20 AM
Edited by 8Queen8 at 21-1-2025 09:22 AM

Setuju. Contoh Sajat adalah he walau semua dah renovated
Quote pisanggoreng 21-1-2025 09:34 AM
showing-off-jonathan-van-ness.gif
Quote toynme 21-1-2025 09:47 AM
batmana replied at 21-1-2025 05:55 AM
Sebelum ini ada berapa jantina kat US?

beratus juga
Quote hayrin86 21-1-2025 10:04 AM
Edited by hayrin86 at 21-1-2025 10:10 AM
Eva_yy_Ellin replied at 21-1-2025 07:49 AM
Okey. Ini satu perkara yang saya sangat nak setuju.
Jantina hanya ada dua - he/him/his dan she/her. ...

Betul. LELAKI dan PEREMPUAN sudah memadai. Haram bagi orang Islam tukar jantina.

Quote midori888 21-1-2025 10:33 AM
part nie meols setuju....
Quote AkokKocik 21-1-2025 10:42 AM
Salute trump...bila lagi nk buat pembersihan pati...xsabar nk tau kisah kepam...



Quote mamaneesa 21-1-2025 10:44 AM
tang ni aku sokong trump. well done
Quote vanilacup 21-1-2025 11:19 AM
AbukRokok replied at 21-1-2025 08:17 AM
-End of Wokeism
-End of Green New Deal
-End of Vaccine Mandate

Kata Dr Roland semua tentera Amerika yg tak vaccinated akan dipanggil bekerja semula dan dibayar gaji penuh...sementara disini kes Sarjan Wan yg dibuang kerja sbb tak vaks masih belum selesai huuh
Quote AbukRokok 21-1-2025 11:20 AM
Amerika kluar dari Paris Climate Treaty
Amerika Keluar dri WHO

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.139174 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top