CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elyana lawat Siti Bainun di penjara, akui semakin cantik & pandai buat kuih frozen. 'Walaupun terpisah dengan cermin...'

21-1-2025 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12851| Komen: 97|Original author: zaza_lina


 


PENYANYI Elyana berkongsi momen beliau sekeluarga melawat pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Razali.

Pemilik nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal itu turut memuat naik sekeping foto memaparkan suasana di pekarangan Penjara Kajang.


Baharu pertama kali bertemu dengan Bainun, Elyana mengakui gembira dan emosinya bercampur baur. Malah, kata beliau Bainun yang banyak berjasa baginya itu semakin cantik.


Namun, pertemuan di sebalik dinding kaca sudah memadai mengubat rindunya kepada wanita yang disapa sebagai Enon itu.

"Hari ini saya sekeluarga dapat melawatSiti Bainun.Hati ini berbunga-bunga bila abangnya beritahu, Enon nak berjumpa saya sekeluarga.



"Alhamdulillah,permintaan Enon sudah saya tunaikan. Sebenarnya dari awal saya menunggu peluang ini. Terima kasih tolong kakak.

"Perasaan bercampur-baur saat pertama kali bersua muka tadi. Hiba yang tak dapat saya gambarkan. Seorang yang berjiwa besar dan banyak berjasa kini terpisah dengan dunia luar.

"Ini semua ujian untuk menaikkan darjat Enon di akhirat nanti. Semoga Enon semakin kuat untuk dugaan yang amat besar ini.

"Terubat rindu dapat bercakap dengan Enon. Walaupun terpisah dengan cermin, tetapi kami berbual seperti biasa. Kadang menangis, kadang ketawa, semuanya positif. Beliau sangat tenang dan makin cantik!," titipnya.

Tidak sekadar itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu dan Kalis Rindu berkenaan turut memaklumkan betapa prihatin Bainun terhadap kesihatan dirinya dan mengagumi keredaan ibu kepada Bainun yang disebut Mama.

Katanya, Bainun kini ditugaskan menghasilkan produk sejuk beku oleh pihak penjara.

"Beliau risau sangat tentang kesihatan saya. Sepatutnya kita yang risau tentang keadaan dia di dalam sana. Itulah Bainun dari dulu sampai sekarang sentiasa memikirkan tentang orang lain lebih dari diri sendiri. Banyak yang beliau korbankan, yang tahu sahaja tahu.

"Kepada mama Bainun dan keluarga, jaga kesihatan. Saya doakan semoga mama terus kuat untuk meneruskan kehidupan. Melihat tenangnya mama mengajar saya erti reda atas segala ketentuan-NYA.


"Enon beritahu 'di dalam' penuh dengan aktiviti setiap hari. Dia diberikan tugas untuk membuat makanan sejuk beku. 'Cucur badak dia sedap kak'
"Saya cakap tak apa, sebelum balik nanti akak beli segala produk frozen tanda sokongan kepada penghuni-penghuni yang sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik lagi.

"(Individu) yang diluar sini pun belum tentu lagi semua baik. Hanya kerana ALLAH masih menyimpan Aib kita.

"Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik. Ingat,kita masih ada anak cucu dan keturunan. Jangan lupa kepada 'apa yang kita tabur anak cucu kita akan tuai," kongsinya.

Elyana berkahwin Khairul Anuar Husin pada 19 November 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah.

Pada Oktober 2018, Elyana telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang menghidap sindrom Down diberi nama Tulus.

Sekadar info, Bainun menghadapi dua pertuduhan mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja itu cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, pada Februari hingga Jun 2021Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, sementara penjara 12 tahun bagi pertuduhan kedua.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, sementara penjara 12 tahun bagi pertuduhan kedua.Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

Selain hukuman penjara, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-1-2025 01:35 PM
sungguh tak tercapai dek akalku



Quote Buritan 21-1-2025 01:37 PM
Benun ni mmg baik kot.. cuma dia berada ditempat dan waktu yg salah
Quote doubleA 21-1-2025 01:39 PM
Kalau dia tak salah/teraniaya takdanya mahkamah jatuh hukum begitu. So? She deserved it. Keadilan pada mangsa
Quote Dalcott 21-1-2025 01:46 PM
semua org ade buat salah. berubah kpd kebaikan tu bagus.
Quote razzia 21-1-2025 01:58 PM
mohon bainun siram elana tu pulak lps ni.penderA budak tak layak di maafkan
Quote annehuda 21-1-2025 02:08 PM
Buritan replied at 21-1-2025 01:37 PM
Benun ni mmg baik kot.. cuma dia berada ditempat dan waktu yg salah

die mcm ni tau. orang jahat ni, dia pandai berpura2 depan org. sbb tu kite kalau kenal org yg jahat ni, kite pun tak caya die mcm tu. diorg takkan simply membunuh atau menyeksa orang-orang yang lalu lalang, tu gila namanye. diorg akan pilih sorg je mangsa dan selalunye mangsa tu mmg rapat dgn die, contoh isteri atau anak-anak. mangsa ni la yg akan jadi tempat org jahat ni melampiaskan nafsu jahat dia.  contoh mcm brad pitt la, korang mesti tak caya kan yg brad pitt tu ada kes dera anak bini? tu pun kantoi sebab orang luar jadi saksi. samelah mcm kes bainun ni. dia baik dgn orang lain je, ngan mangsa budak OKU tu dia dera jugak. takde maknanye ditempat dan waktu yang salah.
Quote Orix 21-1-2025 02:10 PM
motip elyana pi melawat ? diorg besfren ke tp katanya pertama kali bertemu? eh tak paham
Quote selipar_hijau 21-1-2025 02:12 PM
Orix replied at 21-1-2025 02:10 PM
motip elyana pi melawat ? diorg besfren ke tp katanya pertama kali bertemu? eh tak paham

Ha tu la pasal aku pun tertanya juga
Quote abadi84 21-1-2025 02:39 PM
Iye lah. Dia mmg baik dgn Elyana
Tp dia jahat dgn Bella.
Ujian nak naikkan darjat wtf
Quote Buritan 21-1-2025 03:11 PM
annehuda replied at 21-1-2025 02:08 PM
die mcm ni tau. orang jahat ni, dia pandai berpura2 depan org. sbb tu kite kalau kenal org yg jaha ...

Betul jgk sis ckp..
Quote jihyomelly 21-1-2025 03:13 PM
annehuda replied at 21-1-2025 02:08 PM
die mcm ni tau. orang jahat ni, dia pandai berpura2 depan org. sbb tu kite kalau kenal org yg jaha ...

stuju..byk jenis pakai byk topeng ikut keadaan.. org takkan percaya selagi tak kena.. benon ni salah satu contoh..
Quote anilanil 21-1-2025 03:16 PM
Acik Benon baik ngan selected people je kot. Kalo tak, takkan ramai peguam & influencer yg support acik benon (dulu la). Nyaris2 jadi menantu VVIP lagi.
Quote aammyy 21-1-2025 03:21 PM
abadi84 replied at 21-1-2025 02:39 PM
Iye lah. Dia mmg baik dgn Elyana
Tp dia jahat dgn Bella.
Ujian nak naikkan darjat wtf

Exactly what I thought.

Naikkan darjat. Wtf. Yg aneh² je.
Quote helicornia 21-1-2025 03:26 PM
sis cuma nak komen, kuih2 frozen kat penjara kajang sedap2 jugak
kuih raya pun sedap, dan murah
Quote mizruncing 21-1-2025 03:26 PM
kesian benon. anggap je yg jadi ada hikmah disebaliknya..
Quote dekmieDandy 21-1-2025 03:36 PM
Orix replied at 21-1-2025 02:10 PM
motip elyana pi melawat ? diorg besfren ke tp katanya pertama kali bertemu? eh tak paham

anak angkat dia tu 'dapat' dari benon ni lar

katanya dulu anak angkat dia laki, tapi ada masalah kesihatan ke oku camtu, dia pulang balik amik yang sekarang ni
Quote Orix 21-1-2025 03:38 PM
dekmieDandy replied at 21-1-2025 03:36 PM
anak angkat dia tu 'dapat' dari benon ni lar

katanya dulu anak angkat dia laki, tapi ada masalah  ...

ooo i see..... patut lah...
Quote sleepandream 21-1-2025 04:37 PM
erk... cuba mangsa budak oku tu adik kau elyana oi...
depan kau dia malaikat la sebab kau "client" dia...
bodohnyer... no wonder elbit lew , pu azman tu semua ada pembekap..
Quote royaldanish 21-1-2025 04:47 PM
dekmieDandy replied at 21-1-2025 07:36 AM
anak angkat dia tu 'dapat' dari benon ni lar

katanya dulu anak angkat dia laki, tapi ada masalah  ...

laaaa boleh ke mcm tu?

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.072864 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top