CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sejauh mana keyakinan terhadap gencatan senjata di Gaza? Ini jawab Donald Trump - "Saya tidak pasti. Ia bukan perang kita, ia perang mereka"

21-1-2025 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29537| Komen: 12|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-21 230230.png


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata dia tidak yakin perjanjian gencatan senjata di Gaza akan menjadi kenyataan.

Ketika ditanya oleh seorang wartawan di Pejabat Oval pada hari pertama selepas mengangkat sumpah pada Isnin mengenai keyakinannya terhadap perjanjian gencatan senjata, Trump berkata dia tidak pasti.

"Saya tidak pasti. Ia bukan perang kita, ia perang mereka. Saya melihat gambar Gaza. Gaza kelihatan seperti tapak perobohan besar-besaran," kata Trump, memetik laporan Anadolu.

Taikun hartanah yang menceburi dunia politik itu menambah, Gaza boleh berubah dengan pembinaan semula yang hebat jika perjanjian itu diteruskan.

"Lokasinya bagus di tepi laut, cuaca bagus. Semuanya baik-baik saja.

"Saya fikir ada beberapa perkara boleh dilakukan di sana," katanya.

Israel melancarkan perang besar-besaran ke atas Gaza yang telah membunuh hampir 47,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Oktober 2023.

Pada Ahad, Israel dan Hamas sepakat melaksanakan perjanjian gencatan senjata yang merangkumi pertukaran tebusan dan tahanan.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lalu terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoavav Gallant kerana jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana perangnya terhadap Gaza.

Sumber ; mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 22-1-2025 08:44 AM
Ko memang kebabian sangat..semua orang taauuu..
Quote Dwdrum 22-1-2025 08:46 AM
Hahahha... Pro palestinian and woke anti trump rally di bay area protest... Di who are yuss kan saja
Quote Tinot7 22-1-2025 08:48 AM
Adakah US masih akan hantaq biliyun2 ke sana?

Taikun hartanah yang menceburi dunia politik itu menambah, Gaza boleh berubah dengan pembinaan semula yang hebat jika perjanjian itu diteruskan.

"Lokasinya bagus di tepi laut, cuaca bagus. Semuanya baik-baik saja.

"Saya fikir ada beberapa perkara boleh dilakukan di sana," katanya.
Quote kmbg 22-1-2025 08:58 AM
Menantu dia kan hanat suruh anta org Palestine g duduk kat gurun sementara dorang buat projek pembangunan kat tepi laut Gaza tu..dasar yahudi pekat menantu hantu
Quote Dwdrum 22-1-2025 09:02 AM
Edited by Dwdrum at 21-1-2025 05:05 PM

Harap trump withdraw troops dari syria and iraq.... Biar donia tengok gang ini suka main paintball sama sendiri... Ter utamanya iraq... Abd No more war refugees.... Hanya focus israel
Quote BungaKencana 22-1-2025 09:14 AM
dah kau yg bg dana pastu sembang tu perang dorang.. head father you!
Quote Dwdrum 22-1-2025 09:25 AM
Biden/democrat yang bagi party pro muslim juga...
Kadang kadang story bukan interesting sangat untuk di dengar... Tetapi interesting apabila mendengar untuk kenal pen cerita (story teller)
Quote eiman 22-1-2025 09:43 AM
Apa muslihat disebalik gencatan senjata ni?
Quote alesandra 22-1-2025 10:29 AM
israel kacau tebing barat pulak.alasan celaka tu gencatan  senjata  dekat gaza je sbb diorg deal dgn hamas.so x apply  dekat west bank.west bank xde hamas.mmg celaka laknatullah
Quote FOTHER-MUCKER 22-1-2025 11:28 AM
Saya cukup suka cara president baru US
[youtube]__uF4mjCJb4[/youtube]




Quote AbukRokok 22-1-2025 11:41 AM
knp perlu mgharapkan US hentikan perang di palestin Turki melalui proksi skrg berada di depan pintu saja utk membela palestin xlama lagi melalui pelbagai senjata canggih buatan sdri
Quote toynme 22-1-2025 11:52 AM
alesandra replied at 22-1-2025 10:29 AM
israel kacau tebing barat pulak.alasan celaka tu gencatan  senjata  dekat gaza je sbb diorg deal dgn ...

mmg dah pasti takkan free
dia attack kat tempat lain pulak

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.045328 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top