Ketinggiannya sering menjadi bahan gurauan sehingga ada yang menggelarnya ‘Presiden Keychain’, penyanyi Nuha Bahrin berkata dia tidak berkecil hati. Memetik HibGlam, Nuha berkata gurauan netizen itu membuatkan dia gembira kerana merasakan individu yang bertubuh kecil mempunyai tempat dalam masyarakat.
“Saya okey sahaja apa yang orang nak cakap tentang ketinggian. Sebenarnya saya gembira sebab perempuan renek-renek seperti saya ini merasakan ‘they belong to somewhere’. Jadi, kalau anda pendek, saya faham perasaan anda. Saya juga tidak terasa hati pun,” katanya. Sementara itu, Nuha berkata dia tidak pernah menganggap gurauan mengenai ketinggiannya sebagai satu bentuk penghinaan kerana ianya perkara yang betul dan dia tidak terasa hati. “Dia malah menerima segala kekurangan diri dan bersyukur dengan apa sahaja yang sudah diberikan Tuhan. Saya tak pernah anggap benda itu sebagai satu penghinaan atau komen netizen sebagai kecaman. “Walaupun ada orang gelar pendek dan ketot, itu perkara betul pun. Jadi, kenapa saya nak terasa dengan benda yang betul, saya okey sahaja,” katanya.
Sumber : Hibglam, Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|