CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mat saleh teruja makan nasi kandar, fantastik! - "Bagaikan tidak percaya saya mula menyukainya"

22-1-2025 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10773| Komen: 19

 


GEORGE TOWN – Makanan signatur Pulau Mutiara, nasi kandar kini semakin ‘digilai’ pengunjung luar negara terutama dari Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) setiap kali bercuti ke negeri ini.

Mereka juga dikatakan sanggup berhabis puluhan ringgit demi sepinggan hidangan itu.

Seorang pelancong dari Peran­cis yang mahu dikenali sebagai Mike, 29, tidak menyangka dapat menghabiskan sepinggan nasi kandar dengan hidangan lauk ayam, kuah ikan, telur rebus, sayur kubis dan bendi ketika mengunjungi ke Restoran Nasi Kandar Sulaiman di sini kelmarin.

“Saya teruja datang bercuti ke Pulau Pinang semata-mata untuk menikmati rasa sebenar nasi kandar.

“Ini pertama kali saya merasainya dan dapat menghabiskan hidangannya sehingga tiada satu (baki lauk) yang tertinggal.

“Rasanya terlalu fantastik dan sedap. Bagaikan tidak percaya saya mula menyukainya dan akan menjadi makanan pilihan utama setiap kali turun dari kapal terbang,” katanya ketika ditemui.


Seorang lagi pelancong dari AS memberitahu, dia mengenali makanan popular tersebut menerusi media sosial dan memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan pertama pada awal tahun ini.

“Lega apabila dapat merasai keaslian sebenar hidangan nasi kandar dengan lauk ayam, da­ging, udang (dua ekor) dan telur rebus (dua biji) pada harga RM47 sepinggan.

“Meskipun ini kali pertama menikmatinya, tetapi saya berjaya menghabiskannya.

“Saya sanggup berhabis duit demi merasai nasi kandar asli di Pulau Pinang. Memang ia satu kepuasan,” katanya.

Sementara itu, Pengusaha Restoran Nasi Kandar Sulaiman, Mirzan Mohamed Yasin berkata, berlaku peningkatan kehadiran pelanggan di premisnya pada musim cuti akhir persekolahan kali ini sehingga 60 peratus mulai kelmarin.

“Peningkatan ini dapat dilihat mulai semalam (kelmarin) jika dibandingkan dengan minggu lalu, sebelum cuti sekolah.

“Pelancong asing seperti Indonesia, Jerman, Australia dan Pe­rancis gemar memilih lauk ayam, ikan, daging, udang, kuah kari ikan dan sayur-sayuran dalam satu hidangan nasi kandar,” katanya.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 22-1-2025 10:44 AM
Memang la flavourful kalau nak banding dgn makanan diorang yg + salt & pepper sj
Quote Triple_8 22-1-2025 10:52 AM
Mat salleh baru tahu agaknya M'sia ni bukan restoren cina saja yang ada.
Quote UuU 22-1-2025 11:27 AM
boringnya. another youtuber foreign busuk wat content & nak gain follower
Quote Suchi 22-1-2025 11:33 AM
Saya org Malaysia plak tak gemar mkn sik kandar ni
Penah la rasa sekali dolu2 tp tahla maybe yg sy mkn tu tak sedap kot
Ironinya sik daun pisang saya suka plak..

Quote venom1 22-1-2025 11:40 AM
Pokcik memang penggemar nasi kandar. Kuah banjir, ayam bawang dan bendi + lada hijau
Quote Denco 22-1-2025 12:18 PM
alaaaa lama x pekena nasik kandaq penang
Quote white_musk 22-1-2025 12:26 PM
UuU replied at 22-1-2025 11:27 AM
boringnya. another youtuber foreign busuk wat content & nak gain follower

betul... nak gain follower senang saja datangmsia indonesia puji2 sikit
Quote TeropongThaico 22-1-2025 12:26 PM
Baru kau tauuuuu
Dok kutuk rakyat mesia obes...
Kebanyakan makanan kat sini sedap2 ooo
Quote airfilterkotor 22-1-2025 12:35 PM
Obese itu boleh diwarisi.
Quote Tinot7 22-1-2025 12:50 PM
Makan la.. sedap kott.. lepaih tu balik negara masing2 mebbe dah takde
Quote hotmak 22-1-2025 01:01 PM
sedapnya nasi kandar, harap tak kena 'sembelih' harga lah, dulu2 mamak ni suka letak harga ke pelancong
Quote pooh~key 22-1-2025 01:33 PM
UuU replied at 22-1-2025 11:27 AM
boringnya. another youtuber foreign busuk wat content & nak gain follower

Kan sissy? Menyampah akak sis. Dah la rakyat tempatan bowdow mudah teruja dengan mat saleh sissy. Diorang tak sedar mat saleh tu ambik kesempatan nak famous jah kekdahnya sissy.
Quote pooh~key 22-1-2025 01:35 PM
Suchi replied at 22-1-2025 11:33 AM
Saya org Malaysia plak tak gemar mkn sik kandar ni
Penah la rasa sekali dolu2 tp tahla maybe yg sy m ...

Maaf akak tergelak part kau guna perkataan irony tu sissy.
Quote bbasir 22-1-2025 04:06 PM
tak pernah suka nasi kandar ni..xtau la... rasa ckit2 tu ok je.. but not the whole plate
Quote bbasir 22-1-2025 04:07 PM
UuU replied at 22-1-2025 11:27 AM
boringnya. another youtuber foreign busuk wat content & nak gain follower

itu la... pas tu byk la melesis ni p support.. bla bla bla... pas tu lama2 jadi la artis ke influencer ke... menyampah aku dgn golongan yang taksub sgt dengan org putih ni...
Quote BungaKencana 22-1-2025 04:17 PM
sdpnye nasi kandar penang surrr... pekena plak teh ais.. alamak aiii
Quote KakRumiMenari 22-1-2025 04:28 PM
Dapat kuah yg letak kas kas.. terbangggg tinggi lepas perut kenyang 2 in 1..
Quote jihyomelly 22-1-2025 05:32 PM
nasi kandar sulaiman harga affordable.. cuti sekolah dgn weekend org local memang x pi sbb penuh org luar beratur panjang…kuah kari  mild tak pekat mcm deen nasi kandar..so org luar ok la..owner jenis x kisah 10 ke 20 sen slalu je tak berkira..
Quote ifanonline 22-1-2025 05:44 PM
Malaysia Truly Asia

mat salleh pun dah menyampah asyik makan babi aje

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.085146 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top