CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Rakyat Sempena Musim Perayaan – Menteri Kerja Raya

22-1-2025 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11363| Komen: 29|Original author: Raline


tiada-lagi-tol-percuma-musim-perayaan.jpg


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan di Malaysia sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada tahun lalu dan memaklumkan kerajaan akan menggantikan dengan pendekatan yang lebih bersasar.

Bagaimanapun, Alexander tidak menyatakan apakah pendekatan bersasar yang akan digantikan dengan pemberhentian tol percuma itu.

Screenshot-2025-01-21-135132.png


"Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar), tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan."

Tambahnya, keputusan terbabit dibuat kerana kerajaan mahu menyelaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar dan perincian tentang itu akan dimaklumkan kemudian.

"Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, …akan dibincangkan."

Menurut Berita Harian, sebelum ini kerajaan memaklumkan syarikat konsesi tidak menanggung sebarang implikasi kewangan berikutan pengecualian tol pada musim perayaan kerana kos pemberian tol percuma dibayar oleh kerajaan.

Secara purata, kerajaan dilaporkan membayar kira-kira RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya menerusi pelaksanaan tol percuma.


Sumber : Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eiman 22-1-2025 09:44 AM
Apakah akan ada u turn disaat² akhir nnt, kunun jd penyelamat menggumbirakan rakyat
Quote aikee04 22-1-2025 09:48 AM
MADANI no subsidi
Quote zorrro_03 22-1-2025 09:53 AM
ni antara contoh dia create bala lepas tu dia cancel bala.  kau tgk tak caya.  mcm pernah berlaku sebelum ni.  
Quote Tinot7 22-1-2025 10:02 AM
Ramai ka amek cuti seminggu?
Quote Samerosie 22-1-2025 10:59 AM
Jgn kau buat cny tak de lepas tu bila raya kau bg lak.  Memang saitonnnnn
Quote nusaraya 22-1-2025 12:34 PM
Apakah hal ini hanya diterapkan untuk perayaan Tahun Baru China yang akan dipusatkan  untuk dirayakan secara "Megah dan Besar-Besaran"  oleh orang berbangsa china dari seluruh dunia di MalayDesh tahun 2025 ini?   
Quote ultra78 22-1-2025 12:42 PM
Padan muka pengguna kenderaan persendirian. Waktu lain boleh bayar, kenapa waktu perayaan tak mampu pulak. Siapa yg mulakan dahulu tradisi tol percuma waktu perayaan?
Quote venom1 22-1-2025 12:48 PM
Bila tol percuma tu yang jem teruk kat highway. Kalau berbayar rasanya kena fikir 2 kali nak lalu highway
Quote Decaffeinated 22-1-2025 01:02 PM
Patutnya musim perayaan ni lah nak naik harga. Hukum supply and demand kan?
Quote Binodino 22-1-2025 01:12 PM
Bayar je la tol macam biasa. Gigih betul nak bersasar bagai. Macam mana nak tentukan pun taktau.

Elok2 ada GST pergi mansuh.
Quote Cayn 22-1-2025 02:48 PM
rakyat malaysia dan subsidi berpisah tiada. kalau boleh semua benda nak free, komplen tak abih2. Bersyukur la byk kemudahan kita dapat compare dengan negara lain
Quote scorpionkiki 22-1-2025 02:52 PM
Setakat Rm50 tol pun berkira rakyat kita ni
Quote Kitty_catz 22-1-2025 03:16 PM
Tinot7 replied at 22-1-2025 02:02 AM
Ramai ka amek cuti seminggu?

meols tak.. meh la kita kerja

kita kasik boss kaya
Quote lurve82 22-1-2025 03:21 PM
aku xcuti...tp buat kelas pun online sbb student ramai cuti semggu...syok betul...lab je la kne ganti
Quote TabletSusu 22-1-2025 03:23 PM
Kitty_catz replied at 22-1-2025 07:16 AM
meols tak.. meh la kita kerja

kita kasik boss kaya

meol cuti jumaat tu je. sbb malas nak gi keja hahaha
Quote Skuau 22-1-2025 03:29 PM
Sukati lo la kjaan...Msia ni ko 'punya'....
Quote Kitty_catz 22-1-2025 03:29 PM
TabletSusu replied at 22-1-2025 07:23 AM
meol cuti jumaat tu je. sbb malas nak gi keja hahaha

ooo ni sure boss tasuke.. sbb tak kasik boss kaya sehari
Quote TabletSusu 22-1-2025 03:32 PM
Kitty_catz replied at 22-1-2025 07:29 AM
ooo ni sure boss tasuke.. sbb tak kasik boss kaya sehari

eh xlaaaa.. wlupon meol cuti.. tetap meols bukak laptop kat rumah.. jumaat nak kena finalize weekly report pastu kena submit to client. boss berjimba ramba.. meols tetap jalankan tugas
Quote Kitty_catz 22-1-2025 03:38 PM
TabletSusu replied at 22-1-2025 07:32 AM
eh xlaaaa.. wlupon meol cuti.. tetap meols bukak laptop kat rumah.. jumaat nak kena finalize weekl ...

ye ye

caya ...ekekekeke

window sebelah pasang neplix


Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.095474 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top