CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah

22-1-2025 11:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32089| Komen: 68|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-01-22-at-11.37.51-AM.jpeg


Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa lagi atas satu pertuduhan pilihan, menyalahgunakan dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.

Bagaimanapun Vivy, 38, dan Fadzarudin, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim, Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan pilihan itu, mereka didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik syarikat Fashion Valet Sdn. Bhd. iaitu dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad berjumlah RM8 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank cawangan di Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah mencadangkan, mahkamah mengguna pakai jaminan yang sama iaitu RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

“Saya mohon satu tarikh sebutan bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan baki dokumen berkaitan kes ini kepada pihak pembelaan,” katanya.

Hakim Rosli kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kedua-dua tertuduh diikat jamin menggunakan jumlah jaminan sama sebelum ini.

Pada masa sama peguam, Ashok Athimulan yang mewakili pasangan suami isteri berkenaan tidak membantah isu ikat jamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, pada 5 Disember lalu Vivy dan Fadzarudin didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet Sdn. Bhd yang telah diamanahkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah melakukan pecah amanah dana pelaburan tersebut.

Ia dimana kedua-dua tertuduh membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet Sdn.Bhd. kepada syarikat 30 Maple Sdn. Bhd. tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet Sdn. Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman pemenjaraan tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 28 November lalu, SPRM memaklumkan pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan membabitkan pasangan suami isteri itu berhubung kes kerugian pelaburan berkenaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katakauu 22-1-2025 11:54 PM
lain wajahnya ya tanpa nampak tengkukkk
Quote sharlenetexas 22-1-2025 11:59 PM
Dari siang tadi iols tgk bideo betul ke datin itik pakai tudung bawal monogram. Ingatkan tersilap orang.


Quote sharlenetexas 22-1-2025 11:59 PM
Tudung ring tu brand apa?


Quote sharlenetexas 23-1-2025 12:00 AM
Takde dah shawl pesen belit2?


Quote ainnia 23-1-2025 12:02 AM
Trauma ke nak pakai handbag? Try la pakai carlo rino, sembonia ke, confirm ramai sembah ratu.
Quote talia 23-1-2025 12:23 AM
Tetap la pakai serba putih
Yihhhh
Quote becir 23-1-2025 12:47 AM
sungguh la i tak gemar kasut platform cam kim k ni, screams nothing but ho gitu
Quote manop 23-1-2025 01:04 AM
kak mah pun boleh lepas..relax lahh
Quote kotakbaju 23-1-2025 01:15 AM
sharlenetexas replied at 23-1-2025 12:00 AM
Takde dah shawl pesen belit2?

Iols suka style tudung camni. Nampak simple. Di samping jimat masa dari nak kena belit2
Quote Rogue98 23-1-2025 01:24 AM
Boleh lepas ke ni...mcm straightforward jer kes.
Quote likilu 23-1-2025 02:37 AM
Yes 20 years + sebat

Kalah Elizabeth Holmes ko laki bini
Quote nonymous 23-1-2025 04:37 AM
muka vivy tampak emo, lakinya selamba senyum.
Quote jambatannetizen 23-1-2025 04:52 AM
Datin Itik nampak selekeh sekarang eh
Quote nisako 23-1-2025 07:58 AM
hmmmmmmmm
Quote L.U.S.M 23-1-2025 08:27 AM
Amik 43Juta awat charge 8juta je ek..ada sapa2 blh explain x..
Quote Kitty_catz 23-1-2025 08:58 AM
L.U.S.M replied at 23-1-2025 12:27 AM
Amik 43Juta awat charge 8juta je ek..ada sapa2 blh explain x..

sbb myr 8mil tu depa 'transfer' ke 30 maple without FV BOD's consent
tak lama tu, they issue dividend via 30 maple just before 30 maple depa juai kat depa sendiri jugak/ FV

30 maple masa depa transfer myr8M tu tu consignor FV, and FV ni consignee 30 maple

sini pun dah sebesar2 alam conflict of interest..


camtu la behkwang nak buat summary dia utk satu napas


dlm tered sblm ni dah diskas panjang lebor,  acer sis korek

meols pun udah lupa hat mana tapinya

Quote mehmet 23-1-2025 09:01 AM
Bila no filter.

Nampak marhein belaka.
Quote Kitty_catz 23-1-2025 09:01 AM
likilu replied at 22-1-2025 06:37 PM
Yes 20 years + sebat

Kalah Elizabeth Holmes ko laki bini

ada alternative charges semalam, under section 403
The couple is charged under Section 403 of the Penal Code, read together with Section 34 of the same Code, which provides for an imprisonment of between six months and five years, along with caning and a fine upon conviction.



altenative charges ni kurang sikit.. 6 mo up to 5 years je

1st charge tu under cbt, hat tu yg 2 years up to 20 years yg meosl tulis tu

so mcm nampak makin lama makin cerah masa depan vevek sama watiskubis selepas balik dari umrohhhhhh

Quote Kitty_catz 23-1-2025 09:02 AM
mehmet replied at 23-1-2025 01:01 AM
Bila no filter.

Nampak marhein belaka.

muka ni la yg kome dambakan dulu tu kan kan kan?

tipah tertifu,  tertifu tipah tertifu

ekekekek

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.281434 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top