LONDON – Sisa pembinaan dan sampah seberat 30 tan dibuang di sebatang jalan kampung di England sehingga menyebabkan penduduk tempatan terputus hubungan dengan dunia luar, lapor akhbar Metro UK semalam. Satu rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan dua buah lori disyaki membuang sisa pembinaan tersebut. Majlis Daerah Lichfield percaya sisa pembangunan yang juga termasuk sampah isi rumah itu dibuang di Watery Lane, dekat Curborough. Ia berlaku antara pukul 11 malam (waktu tempatan), Ahad lalu dan 12.45 tengah malam (waktu tempatan) kelmarin. Penduduk tempatan dan pemilik perniagaan terputus hubungan sepenuhnya dengan dunia luar sehingga kontraktor terpaksa membersihkan jalan tersebut pada waktu pagi. Seorang ahli majlis daerah dan daerah tempatan, Richard Cox berkata, kerja-kerja pembersihan boleh menelan belanja beribu-ribu pound sterling.
“Sesiapa yang melakukannya adalah satu perbuatan vandalisme yang tidak berakal. Ia perlu disiasat,” katanya. – AGENSI |
B40tastePosh replied at 23-1-2025 12:29 AM
Beribu ribu tahniah.
Cam merepek je beribu ribu tahniah
PULANGKAN replied at 23-1-2025 10:37 AM
Iols pun loading baca
kalau sorang buat kerja, dalam beberapa jam, ke sehari dua dah boleh settle ...
kelip2_07 replied at 23-1-2025 03:54 PM
mmg btl dh tu menu tu jerlh slalu pn..tp sirap limau tu mahei..sirap ksg jer slalu
PULANGKAN replied at 23-1-2025 06:52 PM
acik sirap tu dia ikut mood. hari dia rajin, air sirap ada bau daun pandan. duit pencen masuk, dap ...
ADVERTISEMENT