CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Naqiu Kena Tipu Cecah RM100k, Serah Kes Pada Peguam – ‘LOD Dah Hantar Pagi Tadi’

23-1-2025 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7750| Komen: 1

 


Penyanyi, Naqiu memberitahu dia tetap meneruskan tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa telah mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan sehingga mengalami kerugian mencecah RM100,000.

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Naqiu berkata, pihaknya telah menghantar surat tuntutan (LOD) terhadap individu tersebut melalui peguamnya, pagi tadi.

 

"Pada awalnya saya tidak mahu memperbesarkan isu ini tetapi apabila saya diam, seolah-olah saya semakin dipermainkan. Mungkin dia anggap saya penakut dan tak pandai, jadi rasanya sekarang saya kena bertindak."


"Isu kena tipu ini bukan kali pertama berlaku tetapi apa yang sudah dilakukan individu ini sudah melampau kerana dia juga cuba memburukkan dan mencabar saya."

"Dia menggunakan saya untuk membuat video promosi sebuah jenama yang di luar pengetahuan saya. Selain itu, dia juga ada meminta saya untuk membuat lagu tanpa membuat sebarang pembayaran sekali gus membuang masa saya sepanjang tahun lalu."

Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib turut mengakui isu penipuan ini bukan pertama kali berlaku dalam hidupnya. Oleh sebab itu, dia berani untuk mengambil tindakan seperti ini.

Naqiu yang ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharunya iaitu ‘Khayalan’ turut hadir bersama peguamnya, Aizat Azam dari tetuan Legalais.

Berbicara lebih lanjut, Naqiu memberitahu individu terbabit turut mendakwa sudah membuat bayaran selain memaksa dirinya melakukan projek pembikinan sebuah single.

Saya tidak kenal sangat pun sebenarnya tetapi salah seorang pasukan saya yang memperkenalkannya kepada saya. Dalam satu pertemuan sebelum ini, dia menyatakan hasrat untuk menghasilkan lagu walaupun dia tidak mempunyai bakat.

Ketika dalam peringkat demo, dia mendakwa saya yang memaksa dia merakamkan single tersebut kepada orang-orang industri seni. Lebih menarik lagi, dia memberitahu sudah membayar kos projek ini sedangkan satu sen pun saya tidak dapat. Malah masa saya yang terbuang.

Logikkah saya nak paksa untuk seseorang yang tidak berbakat untuk menyanyikan lagu saya sedangkan duit pun saya tak dapat?

Di akhir temu bual, Naqiu memaklumkan pengurusannya iaitu MindOrder turut menerima nasib sama dan turut menghantar LOD kepada individu terbabit.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 23-1-2025 04:05 PM
Byk tul duit dia

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.036942 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top