Berjaya memiliki rumah sendiri pada usia 27 tahun, pelakon Mierul Aiman menyifatkan perkara itu sebagai satu pencapaian yang membanggakan diri. Mengakui kewangan sudah stabil, Mierul atau nama lengkap Mohammad Amirul Aiman Norazman berkata, dia membeli rumah yang terletak di Sepang itu sebagai satu pelaburan.
Saya beli rumah itu sudah lama. Umur saya sekarang 27, sebenarnya umur sebaya saya ramai dah kahwin atau punyai aset. Ini adalah waktu terbaik untuk beli rumah dan kewangan juga sudah stabil. Saya anggap itu satu pencapaian untuk diri sendiri. Saya beli rumah itu atas beberapa faktor, antaranya pelaburan masa hadapan. Saya tidak tahu apa nasib saya pada masa akan datang, jadi membuat pelaburan dengan membeli rumah, saya anggap itu satu langkah yang baik. Kongsi juara Hero Remaja 2021 itu lagi, rumah jenis apartment berkenaan berada di kawasan yang strategik dan membangun. Saya beli rumah di kawasan tersebut kerana lokasinya sangat stratergik. Kawasan di situ juga sangat membangun dan mempunyai aksesibiliti yang baik. Ada kolam renang, gimnasium, surau dan lain-lain lagi. Jika saya nak sewakan rumah itu atau jadikan airbnb pun tiada masalah. Itu juga cara saya menabung jika ada masalah kewangan. Sumber : Oh Bulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|