CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Amerika Syarikat tiada telur

25-1-2025 11:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3882| Komen: 15|Original author: Raline


telur-flash.jpg


WASHINGTON – Rakyat Amerika Syarikat (AS) berdepan masalah kekurangan bekalan telur ayam serius berikutan wabak  berterusan selesema burung H5N1, lapor saluran berita Fox News semalam.

Hos Fox News, Jesse Watters berkata, bekalan telur ayam makin berkurangan di pasaran dan sukar diperoleh.

“Rakyat AS sukar mendapatkan telur ayam terutamanya telur organik, baik dan berkualiti.

“Saya hanya boleh membeli telur gred rendah yang tidak kuning dan gebu.

“Jadi, Trump (Presiden AS), sebelum anda menyelesaikan isu dron, kami perlukan telur pada kadar segera,” kata Watters.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Telur Amerika, Emily Metz berkata, keadaan itu disebabkan wabak H5N1 memusnahkan ternakan ayam telur.

“Pada tahun lalu sahaja, AS merekodkan kehilangan lebih 40 juta ayam akibat selesema burung.

“Walaupun seluruh negara mengalami kekurangan bekalan telur, situasi lebih buruk di beberapa negeri yang menguatkuasakan undang-undang mewajibkan kedai runcit menjual telur ternakan ayam bebas sangkar,” kata Metz.

Negeri yang terlibat adalah Arizona, California, Colorado, Massachusetts, Michigan, Nevada, Oregon dan Washington.

“Gangguan bekalan mungkin lebih ketara dalam kalangan peruncit dan negeri-negeri yang menjual telur ayam bebas sangkar berikutan jangkitan selesema burung,” tambahnya. – AGENSI

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 24-1-2025 06:49 PM
Memang patut diternak secara organik….lembu juga tak boleh closed barn.
Quote Jitu 24-1-2025 09:47 PM
B40tastePosh replied at 24-1-2025 06:49 PM
Memang patut diternak secara organik….lembu juga tak boleh closed barn.

telur ayam kampung rasa hanyir kuat
aku try minum yg mentah lepas workout tu dia rasa nak termuntah
klu telur biasa tu sedap je rasa lemak2
Quote B40tastePosh 24-1-2025 10:00 PM
Jitu replied at 24-1-2025 09:47 PM
telur ayam kampung rasa hanyir kuat
aku try minum yg mentah lepas workout tu dia rasa nak termunta ...

Aku suka telur ayam kampung, terasa la kuning telur telur tu....lemak
Quote supernaturalee 25-1-2025 09:59 AM
No balls

Tajuk Tuan khemah....
Quote zuriey 26-1-2025 12:58 AM
i terigt pula bellarina yg di kecam acik2 melayu gundu kepam
Seronok tgk dia p kutip telur ayam fresh
Quote DARSITA 26-1-2025 06:46 AM

Huh? elok jer ada bekalan telor di tempat aii. Murah lagi! Di costco - 24 biji $7 dollar

Ada hari sales lagi murah sbb boleh beli di Ralps, Albertsons, Trader Joe's, kedai kedai Iranian, kedai kedai Mexico etc. Banyak pilihan.
Quote PULANGKAN 26-1-2025 09:22 AM
Jitu replied at 24-1-2025 09:47 PM
telur ayam kampung rasa hanyir kuat
aku try minum yg mentah lepas workout tu dia rasa nak termunta ...

telur mentah? tapi risiko virus salmonella

hati2 chuols
Quote Jitu 26-1-2025 09:28 AM
PULANGKAN replied at 26-1-2025 09:22 AM
telur mentah? tapi risiko virus salmonella

hati2 chuols

dulu2 la skrg ni beli supplement protein je

rasanya sepanjang mkn mentah tu ada 2 kali kena tak sedap perut
Quote green~tea 26-1-2025 09:47 AM
Edited by green~tea at 26-1-2025 09:48 AM
Jitu replied at 26-1-2025 09:28 AM
dulu2 la skrg ni beli supplement protein je

rasanya sepanjang mkn mentah tu ada 2 kali kena tak  ...


Telur yang dimasak masih berprotein juga..

Protein shake tu u kena byk minum air..  takut effect dekat hati / kidney lama2... be moderate


Kawan aiols cancer survivor... sheols kuat workout jugak.. doc sarankan sheols amek telur, instead of protein shake... takut cancer recurring..
Quote piyek92 26-1-2025 05:40 PM
memang tak ada telur pun
Quote berusjamban 26-1-2025 07:33 PM
Oz pun kekurangan bekalan telur
Quote Jitu 26-1-2025 10:41 PM
green~tea replied at 26-1-2025 09:47 AM
Telur yang dimasak masih berprotein juga..

Protein shake tu u kena byk minum air..  takut effect ...

protein telur sikit tak cukup takkan iols nak pelahap 10 bijik sehari pulak

skrg ni tgh fasa bulky iols dah naik dlm 66 kg banding bln 12 hari tu 60 kg
cepat naik sbb iols ada muscle memory pernah bulky dulu2 masa muda umur 20an

risau pulak kata mcm tu minta jauh la
susah klu tak guna supplement nak dpt calories surplus
target iols blh pakai semula seluar saiz 36 mcm dulu2

org asik kata iols kurus setiap kali jumpa pastu kata dulu badan besar
rasa mcm tercabar pulak
tu iols nak build muscle semula
lepas ni maintain guna whey je la skrg ni guna mass gain
Quote kakikuDibibirmu 26-1-2025 10:44 PM
Telur-telur tu, telur-telur tu, telur-telur tu, dadar dah



[youtube]eDJxgdCWzK8[/youtube]

[fbvlink]https://fb.watch/d-lUoTlnKs/[/fbvlink]

Telur kucing:

Quote green~tea 27-1-2025 06:53 AM
Jitu replied at 26-1-2025 10:41 PM
protein telur sikit tak cukup takkan iols nak pelahap 10 bijik sehari pulak  

skrg ni tgh fasa  ...

Ok je whey protein tu.. just minum byk air..
Quote nisako 27-1-2025 08:29 AM
wow

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.116265 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top