CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita nyaris diculik, suspek gagal serkup kepala

27-1-2025 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4510| Komen: 14|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-01-26-at-2.40.27-PM-1.jpeg


PETALING JAYA – Seorang wanita nyaris diculik di hadapan sebuah kedai dalam kejadian di Bandar Saujana Putra, Khamis lalu.

Menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, kelhatan seorang lelaki cuba menyerkup kepala mangsa dengan beg plastik putih dari arah belakang.

Bagaimanapun tindakan suspek itu gagal selepas wanita itu berjaya mengesan tindakan suspek sebelum menoleh ke belakang.

Suspek yang tidak mengenakan penutup muka itu segera melarikan diri selepas cubaan menculik itu berjaya dipatahkan mangsa.

Berdasarkan rakaman CCTV itu juga kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.37 pagi.

Susulan kejadian itu, mangsa telah meminta rakaman CCTV tersebut daripada salah sebuah premis di kawasan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya sedang mengesan wanita dalam rakaman CCTV itu bagi mengesahkan motif kejadian.




Sumber – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sesuatu… 27-1-2025 09:02 PM
Apahal kaburkn gmbr penculik tu? Aib penculik kena tutup ke kesahnya?
Quote Firenzza 27-1-2025 09:44 PM
Pompuan tu xde kerja kah pkl 4.30 pg pi merayap buat hapa?
Quote Jitu 27-1-2025 11:10 PM
berani akak jalan sorang2 waktu mcm tu
Quote habisnamadahni 27-1-2025 11:26 PM
Firenzza: Pompuan tu xde kerja kah pkl 4 ...
keja kilang kot..
Quote B40tastePosh 27-1-2025 11:41 PM
Serkap jarang

Quote Decaffeinated 27-1-2025 11:50 PM
Sesuatu… replied at 27-1-2025 09:02 PM
Apahal kaburkn gmbr penculik tu? Aib penculik kena tutup ke kesahnya?

"...pihaknya sedang mengesan wanita dalam rakaman CCTV itu bagi mengesahkan motif kejadian"


kes belum tau ujung pangkal, wartawan dah jump the gun. tau pulak takut kena saman fitnah.


Quote Sesuatu… 28-1-2025 06:40 AM
Decaffeinated replied at 27-1-2025 11:50 PM
"...pihaknya sedang mengesan wanita dalam rakaman CCTV itu bagi mengesahkan motif kejadian"



Ohh tau mrk takut tulis main serkap j
Quote venom1 28-1-2025 08:12 AM
ada ke pakai plastik nak culik. kalau tengok kes kat luar negara niat nak membunuh kalau serkup kepala guna plastik ni. Kalau culik memadai guna kloroform je pengsankan mangsa
Quote clueless_gamer 30-1-2025 05:07 PM
ni macam nak samun je sebenarnya.. mungkin dah letak something dlm plastic tu atau just nak mangsa panic

daylight robbery in action.. literally
Quote dua_chzy 30-1-2025 05:31 PM
Firenzza replied at 27-1-2025 01:44 PM
Pompuan tu xde kerja kah pkl 4.30 pg pi merayap buat hapa?


Eh bukan ka normal masa camtu nak pi kerja/baru balik kerja?
Quote pocongkiutss 30-1-2025 06:15 PM
dua_chzy replied at 30-1-2025 05:31 PM
Eh bukan ka normal masa camtu nak pi kerja/baru balik kerja?

Utk semenanjung tidak begitu normal bah
Quote pocongkiutss 30-1-2025 06:17 PM
Timing dia keluar tu idokler normal...tp tetap la salah kan mamat yg cuba nk culik dia tu..jgn nk salahkan budak ni keluar 4 pagi punca kena culik bagai (entah2 mmg keja shif ke hapa)..mcm kes acik laki bini kena langgor tu
Quote dua_chzy 30-1-2025 06:21 PM
Edited by dua_chzy at 30-1-2025 10:22 AM
pocongkiutss replied at 30-1-2025 10:15 AM
Utk semenanjung tidak begitu normal bah


Eh dulu masa meols kat Johor, jam 4 am ummah dah berkeliaran gi kerja/sekolah. Tapi mostly yang kerja/sekolah kat Singaporn. Meols masa tu pernah juga ikut teksi pi tempat praktikal jam 4.30am. Berani je masa tu, ntah hapo meols fikir.
Quote ninja boy 30-1-2025 09:34 PM
Patut tiru jong Kim nam klia2 gas vx

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.099745 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top