CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Diptheria, Sesalan Si Anti Vaksin!

7-1-2016 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5624| Komen: 1


Oleh : Dean BZ


Tahukah apa yang dimaksudkan dengan penyakit "Diptheria'? Penyakit difteria adalah penyakit menular yang menyerang saluran pernafasan bahagian atas (tonsil, faring dan hidung) dan kadang kala pada selaput lendir dan kulit yang disebabkan oleh bakteria iaitu Corynebacterium diphteriae. Semua golongan umur baik anak-anak mahupun orang dewasa dapat terdedah oleh penyakit ini.


Baru baru ini, negara kita di gemparkan dengan kematian seorang kanak kanak kerana mengidap penyakit "Diptheria" akibat ketidaksempurnaan pengambilan vaksin yang di sarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk semua bayi yang di lahirkan di Malaysia. Di fahamkan, kanak kanak berikut merupakan anak kepada golongan ibu bapa yang "anti-vaksin" kerana tidak percaya dan musykil kepada vaksin yang di sarankan KKM.


Adalah amat menyedihkan kerana anak anak yang tidak berdosa maut atas kepercayaan dan keegoan ibu bapa yang tidak mempercayai vaksin yang di mana telah di buktikan selamat dan menjalani pelbagai tapisan kesihatan sebelum di bekalkan kepada manusia.


"Diptheria" atau dalam bahasa kebangsaan di gelar sebagai "Difteria" merupakan satu kes akut (tiba-tiba) jangkitan oleh toksin yang di keluarkan oleh satu kelompok mikroorganisma. Mikroorganisma yang di maksudkan ialah " Cornybacterium Diptheriae" yang mana mempunyai 3 spesis iaitu jenis gravis, intermedius dan mitis. Secara amnya, jangkitan penyakit ini adalah melalui "aerosol" ataupun melalui titisan cecair pernafasan.


Jangkitan penyakit ini mirip akan penyakit jangkitan bakteria pada bahagian saluran pernafasan atas iaitu tonsilitis, tetapi jika di teliti ia agak berbeza (rujuk gambar). Simptom yang akan di alami ialah, sedikit demam, keletihan, sakit tekak, sakit kepala dan terhasilnya satu lapisan "discharge purulent" (nanah) pada kawasan tonsil dan larinks. Perkara yang lebih serius seterusnya ialah ianya boleh mengancam nyawa kerana toksin ini boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis). Namun demikian, bagi individu yang mengambil vaksin dengan sempurna, jika terdedah akan penyakit ini, mereka hanya mendapat penyakit ringan sahaja.


Secara purata, kos seseorang yang di sahkan menghidap "Difteria" memerlukan sekurang kurangnya 8vial yang harga satunya RM500 dan amatlah rugi kerana vaksin yang di bekalkan semasa kanak kanak hanyalah harganya adalah sekitar RM34 untuk satu dos yang dapat melindungi daripada 5 jenis penyakit sekali gus.


Sebagai staff kesihatan termasuk Penolong Pegawai Perubatan (PPP) ilmu mengenai perkara ini adalah amat perlu di ketahui kerana ia sudah mula menular kembali. Jika terdapat kanak kanak yang datang berjumpa dengan anda dan mengalami simptom yang serupa, lakukanlah pemeriksaan rongga mulut di samping ujian darah agar dapat mengelakkan mangsa mengalami komplikasi seterusnya maut dek kerana golongan "anti-vaksin" yang mementingkan diri sendiri. 


-HBR-

10

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
11

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 1-8-2016 07:50 PM
Vaksin: menerima pendapat pakar
MALINA OSMAN  |  01 Ogos 2016 6:06 PM
  0  0 Google +0

SUNTIKAN vaksin mampu mencegah banyak penyakit.  GAMBAR HIASAN
SUNTIKAN vaksin mampu mencegah banyak penyakit. GAMBAR HIASAN
STATISTIK terkini oleh Kementerian Kesihatan mengenai penyakit difteria pada 27 Julai lalu mengesahkan lagi lima kes baru dengan satu kematian. Sejak kes difteria mula dilaporkan berlaku beberapa bulan lalu dengan mencatatkan beberapa angka kematian, isu vaksin terus menjadi liputan utama dalam diskusi masyarakat kita.
‘Aura’ perdebatan mengenai vaksin ini telah pun berlegar sejak beberapa dekad lalu. Diskusi itu terus menjadi isu hangat di platform media alternatif yang akhirnya pada masa ini mereka yang menolak vaksin membentuk kelompok yang terus mencabar hebat polisi vaksin negara.
Kelompok antivaksin mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, pola amalan yang mereka lakukan secara berasingan itu tidak lagi terbatas secara peribadi. Kewujudan media alternatif membo-lehkan apa sahaja yang dilakukan setiap individu dikongsikan untuk tatapan awam. Ini secara umum sangat mempengaruhi individu yang tidak mempunyai asas pengetahuan dan pengalaman saintifik.
Sebahagian golongan antivaksin adalah mereka yang terpelajar serta individu yang dihormati masyarakat. Antara hujah mereka menolak vaksin ialah vaksin mempunyai komplikasi sangat bahaya, dianggap menyalahi hukum agama, agenda provokasi Yahudi serta ‘batu locatan’ pihak tertentu mengaut keuntungan.
Walau perspektif berbeza, kita perlu tahu mengapa vaksin itu wujud dan sangat disyorkan, bagaimana vaksin bertindak dalam tubuh kita serta bagaimana sesuatu vaksin itu disahkan selamat sebelum ia disahkan selamat untuk masyarakat awam.Vaksin adalah bahan yang menghasilkan antibodi dalam tubuh seseorang terhadap penyakit tertentu. Ia mengandungi komposit bahan yang dinyahaktifkan kandungan toksiknya, yang mana kandungan biologi itu diperlukan untuk mengaruhkan antibodi terhadap sesuatu penyakit secara semula jadi. Sebagai contoh, vaksin terhadap difteria mengandungi bahan terdiri binaan molekul tertentu dari kuman difteria yang telah dimusnahkan komponen toksiknya; yang mana binaan itu menyebabkan tindak balas tubuh menghasilkan antibodi terhadap penyakit difteria.
Secara umum, penghasilan vaksin sama seperti penghasilan ubat yang digunakan dalam rawatan perubatan iaitu melalui ujian rawak klinikal yang sangat ketat serta didokumentasikan kesemua kesan sampingan yang berpotensi berlaku. Namun, pengetahuan mengenai rumitnya sesuatu ujian klinikal itu tidak difahami oleh golongan anti vaksin. Mereka secara umumnya mendefinisikan saintifik menurut acuan mereka tanpa asas pengetahuan yang benar. Justeru, fokus perbincangan mereka dalam mengemukakan hujah menolak vaksin menyimpang serta tidak mengikut terma dan syarat ilmu.
Laman web Children’s Hospital of Philadephia memaparkan hasil kajian yang sangat menarik dalam membahaskan isu ini. Pembentangan mereka pada November 2015 itu yang bertajuk Mengapa maklumat anti-vaksin sangat persuasif? Analisis kandungan laman web yang menjelaskan perkembangan strategi promosi vaksin. Kajian tersebut menilai sebanyak 480 laman web antivaksin dan mendapati sebanyak 65 peratus daripada laman web itu mengatakan vaksin sa-ngat bahaya, 62 peratus darinya menyebut vaksin menyebabkan autisme, manakala 41 peratus darinya memberikan maklumat vaksin boleh menyebabkan kerosakan otak.
Untuk menyokong hujah itu, 65 peratus dari laman web itu menyebut ia daripada pe-nemuan saintifik tanpa perincian manakala 30 peratus dari laman web berkenaan bergantung kepada testimoni! Lebih menarik, laman-laman web itu bukan sahaja memberikan maklumat tidak benar mengenai vaksin, 19 peratus daripadanya mempromosikan perubatan alternatif dan 10 peratus daripadanya mempromosikan homeopati. Tambah mengelirukan apabila ada yang mempromosikan diet tertentu sebagai ganti kepada vaksin dan merawat autisme akibat vaksin.
Kajian saintifik sebenarnya bukanlah mainan sesuatu hujah. Dalam mana-mana hasil akademik, tatacara penghasilan serta reka bentuk penyelidikan untuk mengesahkan keberkesanan serta selamat sesuatu bahan perlu diperincikan dengan menyandarkan kepada konsep validiti dan reliabiliti. Adalah tidak benar sekadar menyebut hujah penemuan saintifik namun apa dan bagaimana dilakukan tidak didedahkan. Dalam konteks penyelidikan saintifik, testimoni adalah bukti yang paling lemah untuk memberikan kesimpulan keberkesanan sesuatu bahan.
Dalam isu yang mengaitkan vaksin dan autisme pula, tidak ada bukti saintifik yang mengaitkan vaksin dan autisme. Kajian pada 1998 yang melaporkan hasil penemuan 12 kanak-kanak yang didakwa mendapat autisme akibat vaksin telah ditarik balik oleh majalah Lancet pada 2010 selepas artikel didapati mengandungi data palsu. Penyiasatan lanjut akhirnya mendapati penulis kajian tersebut sebenarnya ditaja oleh kelompok tertentu yang mengemukakan saman terhadap syarikat vaksin tertentu.
Pembohongan data kajian terserlah apabila penyiasatan mendapati lima daripada 12 kanak-kanak yang dilaporkan itu telah pun mendapat autisme sebelum mereka menerima vaksin! Namun, golo-ngan antivaksin terus membuat propaganda dan berbohong mengatakan kes tersebut sebenarnya telah disemak semula dan sebahagian data diperakui benar. Hal seperti inilah sebenarnya menjadi ‘duri dalam daging’ serta digunakan oleh mereka yang tidak kita pasti apa agendanya terus bertindak menentang polisi vaksin.
Kesimpulannya, terlalu ba-nyak skop dalam kehidupan kita yang masih tidak diketahui. Jika kita bukan ahli dalam sesuatu bidang, jangan pula memandai membuat kesimpulan. Tanyalah mereka yang lebih tahu.
PROF. MADYA DR. MALINA OSMAN ialah Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi Penyakit Berjangkit/ Biostatistik) Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.H2t9LYtf.dpuf

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.138233 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top