CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu tular tolak ‘stroller’ anak autistik cari roti 3 pagi kini koma

28-1-2025 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9228| Komen: 74

 


PETALING JAYA – Seorang ibu yang tular kerana sanggup menolak ‘stroller’ anak autistik pada pukul 3 pagi semata-mata untuk mencari roti kini koma selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Kampung Selamat, Sungai Buloh, semalam.

Kemalangan tragis itu berlaku pada pukul 2 pagi berhampiran Stesen MRT Kampung Selamat melibatkan wanita itu, suaminya dan anak pasangan tersebut.

Keluarga mangsa merayu saksi kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Permintaan itu disuarakan adik mangsa, Sharifah Maizatul Syed Mansor menerusi hantaran di Facebook semalam.

“Kami mencari saksi kes langgar lari kakak, abang ipar serta anak buah di Jalan Kampung Selamat malam tadi. Terima kasih, hanya Allah mampu membalas jasa anda,” tulisnya.

Menurut Sharifah, kakak dan abang iparnya dalam keadaan kritikal dan masih belum sedarkan diri. Anak mereka pula cedera ringan.


“Kami amat berharap ada saksi yang melihat kejadian itu untuk membantu siasatan. Alhamdulillah, anak mereka selamat, tetapi kakak dan abang ipar masih belum sedarkan diri,” katanya.

Orang ramai yang berada di lokasi atau mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi keluarga mangsa atau pihak berkuasa.

Sebelum ini Kosmo! Online melaporkan seorang ibu sanggup menolak ‘stroller’ bersama anaknya pada pukul 3 pagi semata-mata untuk memenuhi permintaan kanak-kanak itu yang mahu makan roti.

Menerusi video dimuat naik seorang pemuda dikenali sebagai Najmi pada TikTok @nxjmxe, pekerja p-hailing untuk terjumpa wanita tersebut bersama anaknya ketika melalui jalan raya di Kuang, Selangor. 


Sumber– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 28-1-2025 08:57 AM
Timing 2-3pagi org xde jln gelap...roti tu xboleh ke beli siap2...minta maaf ckp...mmg saje menempah
Quote pocongkiutss 28-1-2025 09:05 AM
L.U.S.M replied at 28-1-2025 08:57 AM
Timing 2-3pagi org xde jln gelap...roti tu xboleh ke beli siap2...minta maaf ckp...mmg saje menempah ...

Ko ni pun..tah2 dah beli 10 bijik roti pastu anak tu bedal sampai stok habis..budak2 umur gitu boleh tahan kuat makan

Tp kalau iols jd dia..iols oder grab jah..dr 7 eleven ke apa .tp mesti dia takut takde stok ni. Budak autism bukan boleh ko nk tukar2 perasa ke apa..amuk nnt. Kalau yg severe tu seram oo..iols bwk anak pegi speech therapy..tgk ada sorg budak tu dlm umur 5 taun..ensem..nmpk behave la..skali dia masuk blk theraphy tu..amik kau dia punya ngamuk..iols pulak yg risau dgn theraphist kt dlm tu jd apa
Quote koko2 28-1-2025 09:05 AM
Edited by koko2 at 28-1-2025 11:26 AM



Dah jadi mcm ni nak kata apa?
Quote BungaKencana 28-1-2025 09:36 AM
Kemalangan tragis itu berlaku pada pukul 2 pagi berhampiran Stesen MRT Kampung Selamat melibatkan wanita itu, suaminya dan anak pasangan tersebut.



Quote pocongkiutss 28-1-2025 09:49 AM
BungaKencana replied at 28-1-2025 09:36 AM
Kemalangan tragis itu berlaku pada pukul 2 pagi berhampiran Stesen MRT Kampung Selamat melibatkan wa ...

Kemalangan ni jd hr lain kan..lepas viral rider tu jumpa acik ni tolak stroller
Quote BungaKencana 28-1-2025 09:52 AM
pocongkiutss replied at 28-1-2025 09:49 AM
Kemalangan ni jd hr lain kan..lepas viral rider tu jumpa acik ni tolak stroller

ye kalau ikutkan pd story atas tu.. tgk gmbr pun mcm dorang naik motor 3 beranak kne hentam dari blkg..
Quote IzzahF 28-1-2025 09:53 AM
noh rokiah, kenapa org marah kat arwah? bukan ke dorang kemalangan hari lain bukan hari yg sama jumpa dia carik roti pagi2 buta tu

ini kan kes langgar lari
Quote pocongkiutss 28-1-2025 09:59 AM
IzzahF replied at 28-1-2025 09:53 AM
noh rokiah, kenapa org marah kat arwah? bukan ke dorang kemalangan hari lain bukan hari yg sama jump ...

Tau takpe..tp tula bahaya noh tolak stroller pepagi buat tepi jalan camtu..sbb kul 2-3 pagi tula timing yg mabok2 balik kelab khen? Satu lg yg jenis suka test bawak kete laju2 time ni la setan2 ni keluo
Quote L.U.S.M 28-1-2025 10:08 AM
pocongkiutss replied at 28-1-2025 09:05 AM
Ko ni pun..tah2 dah beli 10 bijik roti pastu anak tu bedal sampai stok habis..budak2 umur gitu bol ...

Nk komen tp otak xpakai..ko tgk tak vtt tu berapa biji roti dia beli?

Mmg ank autism ada tantrum..ko sebagai ibu patut taulaaa ank ko cmtu..siang2 laki tu keluar xreti beli terus ke..tunggu malam jugak? Kita patut kawal ank tu..bkn semua kehendak dia kena turutkan..xkn everytime tantrum 2-3pagi kena keluar..tahan jela dia menjerit pun...bagi roti tu senyap la dia..sbb dia punya tajuk ank tu nk roti tgh mlm bkn nk berjalan tgh mlm

Now dh koma mcm ni..sesen xguna
Quote bpbbppbp 28-1-2025 10:10 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Moga ada keajaiban kesembuhan.
Quote L.U.S.M 28-1-2025 10:10 AM
koko2 replied at 28-1-2025 09:05 AM
Boleh dak kalo kata sayang anak tak bertempat?? satgi msuk grup ibu2 anak sutisme dok bekap KO TAU A ...

Ni point aku..ramai komen xde otak siap xbaca betul2..celah mana dh arwah?org tu masih kritikal

Viral beli 2roti semata2 melayan kehendak ank smpi risiko nyawa sekeluarga lalu jalan gelap..klu xkena langgar pun still blh kena culik tak pun kena rogol

Time tu still sesen xguna
Quote Triple_8 28-1-2025 10:23 AM
Apa pasal para acik porem pakat hantam tiga beranak ni kena langgar masa tengah cari roti untuk anak malam-malam? Ada tulis dalam berita ke? Saya tada nampak? Kalau mereka ni Cina besok ahli keluarga mereka, melalui Tetuan Singh & co, failkan saman pitenah terhadap semua acik porem, seorang RM1 juta. Kao kayo apekkk...
Quote prettyuglybabe 28-1-2025 10:31 AM
tolak stroller cari roti tu hari lain..
ni accident hari lain..
and sebab accident langgar lari pukul 2..
mereka 3 beranak naik motor..
takde kata pun masa accident tu dorang keluar untuk cari roti..
Quote syamzana 28-1-2025 10:37 AM
pkl 2 pagi depa bertiga kene hentam dari blkg tu tatau la keluar sebab apa.
yg tolak stroller cari roti pkl 3 pg tu hari lain.
nak komen mengeji pun cuba baca betul2, asal boleh hentam org tak reti kontrol anak la, layan sgt kehendak anak blablabla.
acik forum sokmo terpaling tp konar baring kata ke acik fb
Quote pocongkiutss 28-1-2025 10:38 AM
L.U.S.M replied at 28-1-2025 10:08 AM
Nk komen tp otak xpakai..ko tgk tak vtt tu berapa biji roti dia beli?

Mmg ank autism ada tantrum. ...

Bape bijik roti dia beli tu pun tgk stok perisa yg anak dia nk available kat kedai tu laaa

Yg ko nk merempan mcm org nk menopos ni apehal minah??? Skrg berita dia kena langgar pun hari lain..tak kata pun dia nk beli roti ke apa. Entah dia keluo pasal anak dia tantrum ke atau saja nk keluar amik angin mlm ke..mmg tindakan tu tak berapa bijak tp yg salah skrg ni yg bawak kete tak tentu hala sampai langgar org tu yg salah!! Bukan acik ni bawak basikal lajak menonong tgh2 jalan pon . Kalau ko terpaling pakar handle tantrum anak autisme ko pegila jd theraphist..terpaling kannn...puiiii
Quote jejaka_hensem 28-1-2025 10:38 AM
Acik2 forum memang pemalas nak membaca,
Yg tau nye memfitnah
Quote pocongkiutss 28-1-2025 10:39 AM
syamzana replied at 28-1-2025 10:37 AM
pkl 2 pagi depa bertiga kene hentam dari blkg tu tatau la keluar sebab apa.
yg tolak stroller cari r ...

Kann .mcm siottt..isunya skrg kete langgar acik tu...dh la kejadian kena langgar ni hari lain .dia punya putar terpaling tu mmg xbleh blah
Quote pocongkiutss 28-1-2025 10:41 AM
koko2 replied at 28-1-2025 09:05 AM
Boleh dak kalo kata sayang anak tak bertempat?? satgi msuk grup ibu2 anak sutisme dok bekap KO TAU A ...

Nok .dia kena langgar tu hari lain..bukan hari yg dia tolak stroller tu

Dia keluar bertiga dgn laki n anak tu xde ditulis pun sbb apa..masa keluar betiga tu la yg kena langgor
Quote prettyuglybabe 28-1-2025 11:17 AM
masa maknya keluar tolak stroller hari tu i pun kecam..
membahayakan nyawa sendiri dan anak pepagi buta tu keluar macam tu..
kot kena rompak kena culik kena langgar ke apa..
tapi accident ni kita pun tak tau punca kejadian..
kereta langgar lari tu confirm salah la..
tapi motor pun belum tentu betul..
knowing rider kat malaysia ni banyak ignorant..
lampu depan belakang brek ada yang tak ada..
naik melebihi kapasiti..
bawa tangah jalan slow melelong mencelah sana sini..
so harapnya ada la saksi kejadian yang dapat bantu..

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.212312 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top