CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Google Maps tukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika

29-1-2025 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7054| Komen: 2

 


Washington: Google Maps akan menukar nama "Teluk Mexico" kepada "Teluk Amerika" sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat (AS), katanya dalam catatan X pada Isnin.

Perubahan akan dapat dilihat di AS tetapi ia akan kekal sebagai "Teluk Mexico" di Mexico. Di luar kedua-dua negara, pengguna akan melihat kedua-dua nama.

Jabatan Dalam Negeri pentadbiran Trump berkata pada Jumaat ia secara rasmi menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika, dan puncak Alaska Denali kepada Gunung McKinley.

Google Maps, yang dimiliki oleh Google Alphabet, akan membuat perubahan serupa dengan Gunung McKinley.

Presiden AS Donald Trump mengarahkan pertukaran nama itu sebagai sebahagian daripada tindakan eksekutif beberapa jam selepas memegang jawatan Isnin lalu, menepati janji kempen.

"Seperti yang diarahkan oleh Presiden, Teluk Mexico kini secara rasmi akan dikenali sebagai Teluk Amerika dan puncak tertinggi Amerika Utara sekali lagi akan membawa nama Gunung McKinley," kata Jabatan Dalam Negeri dalam satu kenyataan minggu lalu.


Sumber– Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 2-2-2025 12:26 PM
Si tuwe bangsat ni bila la namampos..
Quote Decaffeinated 2-2-2025 04:23 PM
Ko panggil la apa ko nak panggil dah itu bahasa kau. Macam omputih panggil Straits of Johore sedang bangsa Johor sendiri panggil Selat Teberau ja.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.036079 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top