CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“I don’t want daddy, I don’t love daddy anymore” - Fatima

28-1-2025 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10351| Komen: 179|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-28 114159.png


Anak kepada selebriti popular Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya menjadi perhatian ramai apabila mengatakan dia tidak sayang lagi bapanya.

Menerusi satu video tular di TikTok, difahamkan Fazura ketika itu sedang bersiaran langsung bersama Fatima.

Dalam video tersebut, difahamkan Fazura membaca satu komen netizen yang bertanyakan mengapa Fatima menangis sebelum itu dan kemudian Fazura bertanya kembali kepada anaknya.

Fatima menjawab dia tidak mahu lagi bapanya serta mengatakan dia tidak sayangkan lagi Fattah sekaligus mengejutkan ramai.

“Saya tak nak daddy, saya dah tak sayang daddy lagi,” katanya.

Mendengar jawapan Fatima itu, Fazura bertanya mengapa berkata sedemikian serta mengatakan bahawa Fatima sentiasa sayangkan bapanya.

Seperti sudah disangka, video itu menimbulkan rasa kurang senang  netizen sehingga ada yang mempersoalkan mengapa bertanyakan perkara itu ketika sedang live.

Sementara itu, ada yang mengatakan Fazura sudah melarang anaknya berkata sedemikian serta percaya ianya jawapan jujur dari Fatima dan bukan diajar oleh ibunya.

Screenshot 2025-01-28 114233.png



Sumber– mStar, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeelalala 28-1-2025 11:50 AM
Menggelupur betul buka byk2 benang dari retis sama.
Quote MatDeghem 28-1-2025 11:51 AM
    Get ready....on your mark....


             keledek.jpg



Quote dewi_rina 28-1-2025 11:52 AM
Masa mummy dia tanya tu dia buat muka kerut2 tu betul-betul nampak muka daddy dia
Quote MatDeghem 28-1-2025 11:53 AM
Zeelalala replied at 28-1-2025 11:50 AM
Menggelupur betul buka byk2 benang dari retis sama.

Demi sesuap nasik ......................


Quote Zeelalala 28-1-2025 11:56 AM
MatDeghem replied at 28-1-2025 04:53 AM
Demi sesuap nasik ......................

dlm 1 minit brp byk benang dia buka. Gigih betul. haha
Quote Zeelalala 28-1-2025 11:56 AM
MatDeghem replied at 28-1-2025 04:51 AM
Get ready....on your mark....

emoji keledek terbakar ke tu..haha
Quote aemon 28-1-2025 11:59 AM
Screenshot picture ni be like…

“Perempuan sial yang mana satu tu?”

“Naina!”

Tiber
Quote Zeelalala 28-1-2025 12:02 PM
Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) melindungi individu di bawah umur 18 tahun daripada pengabaian, penderaan, keganasan, dan eksploitasi. Eksploitasi merujuk kepada menggunakan kanak-kanak untuk mendapatkan manfaat seperti kewangan, seksual, politik, atau kepentingan lain yang boleh mengancam kesihatan fizikal dan emosi mereka. Jika seorang kanak-kanak didedahkan kepada situasi yang tidak sesuai, seperti menerima soalan provokatif di media sosial, perkara ini boleh dianggap sebagai satu bentuk eksploitasi. Ia bukan sahaja mengganggu emosi dan perkembangan mereka, tetapi juga boleh merosakkan hubungan baik kanak-kanak tersebut dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak-pihak tertentu yang penting dalam hidup mereka.
Quote sharlenetexas 28-1-2025 12:07 PM
Whateverlah dik fatima.


Quote annehuda 28-1-2025 12:14 PM
fatima kecik lg tp ada kemungkinan tak fatima tertengok bapak die tgh live borak2 ngan perempuan lain? mungkin masa masih bersama tu fatima ni kalau daddy dia pegi work mmg die tak nampak muka terus, ni kata daddy pegi work tapi daddy ade je tu tgh live ? spekuan aku jelah
Quote smudger01 28-1-2025 12:22 PM
Tanya la lg byk2 soalan mengundang, lps tu bila tak dpt jawapan seperti yg diinginkan, salahkan mak budak tu sbb baca, tuduh plk kononnya budak tu kena hasut oleh mak dia. Yg plg xleh hadam, siap komen lg takpe tak suka, bapak dia boleh dpt anak baru, dgn budak pun nak bitter
Quote ezzreee 28-1-2025 12:26 PM
smudger01 replied at 28-1-2025 12:22 PM
Tanya la lg byk2 soalan mengundang, lps tu bila tak dpt jawapan seperti yg diinginkan, salahkan mak  ...

kannn.pastu dia tersakiti fatima jawab gtu
ckp budak tu kn brainwash bagai.
ckp tgn fazura tgh cubit fatima
apa budak tu bodo ke lembab mcm bapak dia kalau kn cubit.
ya dia nanges.

keledek2.ada je tak kena dgn fatima dan fazura.
Quote sweetfasha 28-1-2025 12:39 PM
banyak sangat benang fatima ni..
Quote smudger01 28-1-2025 01:02 PM
ezzreee replied at 28-1-2025 12:26 PM
kannn.pastu dia tersakiti fatima jawab gtu
ckp budak tu kn brainwash bagai.
ckp tgn fazura tgh cub ...

Common sense takde
Cuba wanita lain di tempat fazura tu, konpem la dorg ckp budak2 x pandai tipu. Tp sebabkan wanita tu fazura, terus tuduh suka hasut anak. Punya la dabel standard
Quote QueenGambit 28-1-2025 01:15 PM
Fatima tgh merajuk la

Org dewasa come on please !!
Korang yg berlebih2
Nanti dia jmpa daddy dia elok le balik.

Quote Zeelalala 28-1-2025 01:20 PM
QueenGambit replied at 28-1-2025 06:15 AM
Fatima tgh merajuk la

Org dewasa come on please !!

Tau xpe. Budak2 mmg mcm tu. Dgn kita mak pun dia boleh kata x sayang, xnak geng. Malam nak tido cari mak juga.
Quote alesandra 28-1-2025 01:25 PM
Jgn buat schedule achik2  penyembah sundel neh kata?eh helloo ...org tu dah bercerai tau tak...ada agreement kt court.xdapat jagaan penuh.habis tu org x boleh keje???xde urusan lain?
Quote Sazreena 28-1-2025 02:17 PM
Nanti jumpa dedi elok la tu..budak kan ada angin...biasala..majok tu dah mmg template sejak azali. Tgk je la si Lala tu..hmmm majok. Lainlah dedi buang anak cam rayyan ngan qaqa.
Quote A-Are 28-1-2025 02:21 PM
anak i ols asal xdapat main fon bukak tv terus merajuk sebut xsayang mommy xsayang abah...biasalah tu..macamla masing2 xpernah ada anak kecik gitu..

Lihat semua komen(179)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.136037 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top