CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Cemas Jumpa Ular Harimau Yang Terputus Dua Atas Bumbung Kereta

3-2-2025 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8433| Komen: 3

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular harimau yang terputus dua di atas bumbung keretanya.

Portal berita Yahoo semalam melaporkan, penemuan itu berlaku di hadapan Pusat Penjagaan Kanak-kanak Glenorie, New South Wales, Australia, baru-baru ini. 



Separuh badan ular harimau yang ditemukan di atas bumbung kereta di New South Wales, Australia. - Yahoo!

Wanita dikenali sebagai Kelly berkata, reptilia itu ditemukan ketika dia menuju ke kereta bersama anak-anaknya. 

“Saya menyangka ‘objek’ tersebut adalah sebatang kayu tetapi sebenarnya ular berwarna hitam dengan perut merah.

“Pihak taska segera menghubungi penangkap ular dan kami menunggu ketibaannya dari  jarak jauh,” kata Kelly. 

Penangkap Ular Sydney, Rob Ambrose mendapati haiwan pemangsa itu tidak bergerak kerana badannya terbelah dua. 


“Daripada semua tangkapan ular yang pernah saya lalui, ini adalah paling pelik kerana ia dipotong separuh. 

“Reptilia itu diserang oleh anjing peliharaan Kelly. Separuh badannya dilemparkan ke atas bumbung, manakala separuh lagi ditemukan di halaman rumah,” tambah Rob.


Sumber- Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 3-2-2025 07:18 PM
Reptilia itu diserang oleh anjing peliharaan Kelly. Separuh badannya dilemparkan ke atas bumbung, manakala separuh lagi ditemukan di halaman rumah,” tambah Rob.

-----
La pesal nak cemas ular dah mati.  Lain la kalau kat mesia, jumoa camni, bukan lain dah sure kerja sifir.  
Quote Thunderclouds 4-2-2025 06:20 AM
Jumpa bangkai ular pn jadik isu semasa. Dr ostolia sampai malaysia menggelabah.
Quote green~tea 4-2-2025 08:10 AM
Ye, begitu unik berita ini

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.049697 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top