CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

20 Minit Bertenggek Di Puncak Menara Elektrik

3-2-2025 07:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9515| Komen: 1

Tular sebuah video di media sosial India yang memaparkan seorang lelaki memanjat pencawang elektrik voltan tinggi setinggi 24.38 meter.

Portal berita Republic World hari ini melaporkan kejadian berlaku di bandar Bhopal, Madhya Pradesh beberapa hari lalu. 



Tangkap layar menunjukkan lelaki itu bertenggek di puncak menara elektrik di Madhya Pradesh, India. - Instagram

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @rajeshgarwal memaparkan pemuda bernama Vivek, 33, memanjat menara tersebut dalam keadaan mabuk.

Meskipun dirayu untuk turun oleh penduduk dan polis tempatan, dia tidak mengendahkan permintaan mereka. 

Bahkan, dia kekal bertenggek di puncak menara elektrik selama 20 minit sebelum turun dengan sendiri. 

“Kami segera menahan pemuda tersebut selepas dia turun,” kata polis. 



Sumber– Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 3-2-2025 08:57 PM
Tu menara telekomunikasi la hanat, bukan menara eletrik.
Wartawan zaman sekarang....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.030402 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top