CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Jangan Pandang Kisah Lama Saya, Eyka Betul-betul Hilang' - Ammar Nazhan

6-2-2025 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10142| Komen: 30

Personaliti media sosial sensasi, Ammar Nazhan menolak segala tuduhan serta dakwaan pihak tertentu dan warga maya yang menyatakan insiden kehilangan seorang ahli pasukannya ketika melakukan aktiviti paranormal di Bandung, Indonesia hanya sekadar 'content' semata-mata.


Bercakap kepada mStar, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, menjelaskan pihak luar sewenang-wenangnya membuat pelbagai dakwaan dan andaian tidak benar kerana tiada di lokasi kejadian.

Malah Ammar juga tegas menafikan dakwaan agensi pengurusan bakat (talent agency) yang tampil mengesahkan insiden kehilangan individu yang juga pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka itu adalah rekaan.


Ammar memberi penjelasan susulan kontroversi yang menyelubungi kes kehilangan Eyka.

"Mereka boleh buat assumption (andaian), boleh cakap itu, ini. Assumption itu datang daripada mulut orang luar yang tiada ketika kejadian itu.


"Saya tengok juga ada seseorang buat posting yang mengaitkan talent agency, kata (talent) tak dapat bayaran dan sebagainya.

"Macam mana boleh kata macam tu sedangkan (mereka) tak ada kaitan dengan kejadian di sini (Bandung).

"Itu yang kami pelik. Benda ni betul-betul dah jadi sebab kita pun dah selesai bagi kenyataan kepada polis, semuanya dah okay," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Terdahulu, mStar pada Rabu melaporkan seorang personaliti media sosial dikenali sebagai Eyka, hilang semasa melakukan aktiviti paranormal di Makam Keramat Hutan Bambu di Bandung, Indonesia.

Usaha mencari Eyka giat digerakkan dan melibatkan pihak berkuasa negara berkenaan serta orang kampung.

Bagaimanapun selepas tiga hari dilaporkan hilang, Eyka akhirnya ditemukan pada pukul 10 malam Rabu, dalam keadaan lemah.

Bercerita lebih lanjut, Ammar mengakui dirinya kesal dengan tanggapan buruk orang ramai mengenai kejadian tersebut.

"Saya betul-betul sedih sebab kita tak boleh nak tunjuk dekat orang apa yang berlaku dekat sini. Yang kita boleh tunjuk adalah apa yang dah berlaku. Dan benda ni dah selesai dekat sini.

"Kebanyakannya pandang kisah lama saya, kontroversi yang melibatkan saya dulu.


Eyka ditemukan dalam keadaan lemah pada malam Rabu.

"Tapi jangan kaitkan dengan kejadian sekarang. Tolong jangan bawa kejadian yang lepas-lepas pasal diri saya sebab team saya tak salah.

"Kalau talent agency berani tampil, saya sendiri akan berdepan dengan mereka," tegasnya.

Malah ujarnya, reaksi keterlaluan daripada warga maya turut memberi kesan kepada Eyka yang baharu dibenarkan keluar dari hospital pada petang Khamis.

"Sekarang ni Eyka dah stress sebab seolah-olah orang tak percaya cakap dia.

"Saya akan minta Eyka keluarkan kenyataan, biar dia sendiri yang bercakap. Saya takkan campur," ujarnya lagi.

Ammar sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi antaranya didakwa tinggal serumah dengan ahli pasukannya dan bercampur dengan bukan muhrim; serta video pertunjukan fesyen wanita berniqab, namun dia tampil membuat permohonan maaf.


Sumber- mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Isninselasarabu 6-2-2025 05:29 PM
Org kalau hilang..mesti trauma.. blh pulak die suruh eyka bagi statement dlm keadaan baru dijumpai .. aneh aneh.. mmg tak percaya langsung
Quote anilanil 6-2-2025 05:38 PM
Dak fries, takyah nak clarify & justify apa2. Kalo btol, pandai2 la ko buat doa selamat. Kalo wayang, pandai2 la ko bayar payment. Eyka tu dok je dendiam. Eh baru kena sorok sibuk nak bg statement baik ko gi berubat. Pasni mesti masuk podcast kan??
Quote opie5662 6-2-2025 05:39 PM
Engko kalau mati tepi jalan pon biarkan je jadi bangkai.sbb mmg tak percaya
Quote sukacactus 6-2-2025 05:52 PM
Edited by sukacactus at 6-2-2025 05:54 PM

Dah org tak nak caya lg dah, ko nak buat apa
Dia dah mcm ‘the boy who cried wolf’ tu la
Quote Madel 6-2-2025 05:59 PM
Polis Indon sila la amik tindakan pada segerombolan bodoh ini
Kena kasi bebudak ni pengajaran sikit
Ni kalau depa kat Singpore, tak ada berani nya derang nak buat gini.
Mmg ke penjara n kena ban dari masuk Singpore.
Quote sleepandream 6-2-2025 06:10 PM
orang cari tuhan... dekatkan diri dengan tuhan...
ko cari hantu.. hantu sorok ko gelabah..
Quote imransulaiman 6-2-2025 07:28 PM
Tak nampak lemah ponnnnnn! Hilangkan diri dengan bekalan makanan yang cukup kot! Sorry lah hati aku hitam.
Quote Peachlilac 6-2-2025 07:38 PM
satu je nak cakap. bodohnya lahai. hahahaha
Quote PULANGKAN 6-2-2025 10:37 PM
sukacactus replied at 6-2-2025 05:52 PM
Dah org tak nak caya lg dah, ko nak buat apa
Dia dah mcm ‘the boy who cried wolf’ tu la

iols pun pikir benda sama

dia ni, kalau satu hari nanti betul ditimpa kesusahan, sapa pun tak caya

Iols pun tak suka2 video kontroversi dia. tak bermoral langsung, macam takde agama
Quote pocongkiutss 6-2-2025 10:39 PM
Content

Sbb tu ko tak risau kan

Dasar pengkid
Quote ninja boy 6-2-2025 10:46 PM
Macam2 cara cari duit dan pengaruh
Quote lyshafull 6-2-2025 11:05 PM
Engkau berani crik hantu dekat indon dik
Zaman skang demi content mcm2 dyrg buat
Tah2 hilang ni pun content
Quote MrsJane 6-2-2025 11:08 PM
Jadah hilang 3 hari, jumpa-jumpa make up on point lagi. Menipu naw naw. Siap libatkan polis Indo, tolonglah take action dekat group ni. Campak masuk lokap barang seminggu dua
Quote AKAZ85 6-2-2025 11:19 PM
Dah kantoi menipukan.. Lahanettttttt baik jantan baik betina.. Menyusahkan orang.. Ingat polis indon tu takde keje sangat kot..
Quote Incanto 6-2-2025 11:43 PM
aku tak kenal derang sapa

tp keluar kat FB kes ni, ramai komen biar Indon simpan derang, jgn balik Msia
Quote LadyCarefree 7-2-2025 12:45 AM
anilanil replied at 6-2-2025 04:38 PM
Dak fries, takyah nak clarify & justify apa2. Kalo btol, pandai2 la ko buat doa selamat. Kalo wayang ...

Kenapa panggil dia dak fries?
Quote kashaz 7-2-2025 01:54 AM
LadyCarefree replied at 7-2-2025 12:45 AM
Kenapa panggil dia dak fries?

Cer gugel "Ammar fries"

Dia ni sentiasa viral utk kebodohan, memalukan agama dan sekarang memalukan negara pulak.

Polis Indo dah bg statement palsu! Nape tak penjara je depa ni. Or cop imigresen dihalang masuk.
Quote noor2 7-2-2025 07:25 AM
Dia pi hutan buat apa? Cari hantu???
Quote fatimahmarkonah 7-2-2025 07:35 AM
Indonesia xnk claim depa ka

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.090989 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top