CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak bongsu ayu raudhah & zaquan adha meninggal

11-2-2025 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40737| Komen: 151|Original author: idayusoff

 


PELAKON Rozita Che Wan memaklumkan anak saudaranya iaitu Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha meninggal dunia ketika sedang tidur.

Menurut Rozita, 52, adiknya iaitu pelakon Ayu Raudhah terus menelefon ambulans selepas mendapatu anaknya itu tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 petang selasa.

“Meninggal di rumah lebih kurang pukul 1 tadi.

“Ayu panggil ambulans sebab tengok bayi dah tak sedar, meninggal dalam tidur,” katanya.

 

Dalam pada itu, Rozita meluahkan rasa sedih sejurus selepas mendengar berita pemergian Allahyarham.

Malah dia sangat dengan arwah memandangkan Ayu dan keluarga sering datang ke rumahnya.


“Ya Allah, pilu dan rasa teramat sedih dengan berita yang diterima.

“Mereka sekeluarga selalu datang tidur rumah jadi memang rapat dengan anak-anak saudara termasuk arwah,” ujarnya.

Pada petang Selasa, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha berkongsi berita anak bongsunya meninggal dunia menerusi Instastory miliknya.

Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees, lahir pada 2 Ogos tahun lalu.

Difahamkan jenazah masih berada di Hospital Rembau, Negeri Sembilan dan pihak keluarga berharap arwah dapat dikebumikan pada malam ini.

Untuk rekod, Zaquan mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan enam cahaya mata lain iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 12, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

Sumber : mStar


IMG_2878.png

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote peacock.bass 11-2-2025 07:02 PM
meninggal sbb apa
Quote idayusoff 11-2-2025 07:04 PM
Stori ig cheta
Quote rosmahisham 11-2-2025 07:17 PM
6 bln sakit ape ye? takot nya
Quote red_velvet 11-2-2025 07:20 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun.. Salam takzziah
Quote CiliApiPedas 11-2-2025 07:24 PM
Sedihnya 6bulan ni dh pandai main.. katanye tersedak susu
Quote Glass_shoes 11-2-2025 07:26 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote pauliza 11-2-2025 07:26 PM
peacock.bass replied at 11-2-2025 07:02 PM
meninggal sbb apa

Tersedak susu ,baca di page lain .
Quote eleda 11-2-2025 07:27 PM
salam takziah. baru je tengok diorang happy2 nak pergi legoland.

Quote jejarihalus 11-2-2025 07:27 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun

‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali

Mohon hadiahkan Al-fatihah buat arwah

‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
‎آمِّيْن...

Katanya tersedak susu.. Salam takziah.. Berat betul kehilangan anak
Quote ayu_v6 11-2-2025 07:28 PM
Allahuakhbar... salam Takziah buat keluarga zaquan & ayu.. sedihnya nk terima anak yg tgh seronok utk di agah di jemput ilahi..

InsyaAllah anak itu akan menunggu ayah dan ibunya di pintu syurga
Quote syamzana 11-2-2025 07:29 PM
innalillah...
sedihnya 6 bulan mcm2 coleteh dah, kalau jenis ringan blh merangkak tergolek2 dah ni
Quote doubleA 11-2-2025 07:34 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun takziah ayu-quan. Semoga tabah
Quote 3chanceno 11-2-2025 07:42 PM
Innallillaj..takziah buat famili...kesiannya famili
Quote oklatu85 11-2-2025 07:44 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun.. Sebaya anak i. Huhu sedihnya
Quote Fazzbulous 11-2-2025 07:48 PM
Allahuakhbar...sedihnya..innalillahiwainalillahirajiun...salam takziah utk ayu & keluarga...semalam i bru belek2 ig si zaquan...i ckp dgn husbnd i,bestnya anak ramai mcm diorg...riuh...
Quote cik_ingeniare 11-2-2025 08:05 PM
Allahuakbar sedihnya rasa moga ayu & zakuan kuat menghadapi dugaan
Quote pocongkiutss 11-2-2025 08:09 PM
Diorg ada maid x..kesiannya tersedak susu cam seram kan..kdg dh lama nyusu skali tetiba tersedak..kes iols dulu sib baik la iols tggu sebelah baby
Quote Zeelalala 11-2-2025 08:20 PM
Innalillahi wa inna ilaihi ro ji'un....takziah buat keluarga. Semoga tabah.
Quote takutlipas 11-2-2025 08:24 PM
Salam takziah, moga mereka tabah

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.065069 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top