CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zara Zya hidap 4 penyakit kronik

14-2-2025 07:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11325| Komen: 41|Original author: Raline

zza.PNG


Diuji dengan empat penyakit kronik, Zara Zya mengakui pernah berada di titik terendah dalam hidupnya namun memilih reda menempuh segala perancangan Tuhan buatnya.

Terus positif, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 40, bersyukur apabila keadaan kesihatannya semakin baik selepas berterusan menjalani rawatan dan fisioterapi.

“Saya masih keluar masuk wad sejak tahun lepas, bermula sekitar Jun. Saya jalani pembedahan membuang ketumbuhan pada buah pinggang kiri dan ovari. Saya juga ada masalah tulang belakang, leher serta artritis.

“Semua masalah ini membuatkan saya tak boleh berdiri atau duduk terlalu lama. Alhamdulillah, selepas rawatan dan fisioterapi yang perlu diteruskan setiap bulan, keadaan saya bertambah baik.

“Cuma untuk penggambaran yang memerlukan tenaga berlebihan atau babak lasak, saya kena berbincang dahulu dengan produser atau penulis skrip. Kalau mereka setuju, barulah saya teruskan,” katanya kepada Kosmo! Online.


Enggan meratapi apatah lagi menyalahkan takdir, pelakon drama Dia Imamku itu menyifatkan setiap ujian kesakitan yang dilalui sebagai penghapus dosa.

“Perlu hadap, nak tak nak. Tapi, Allah beri saya kekuatan dan semangat. Saya bersyukur sebab ujian ini mungkin cara Allah menghapuskan dosa-dosa saya.

“Saya anggap diri saya insan terpilih untuk lalui dugaan ini. Walaupun sukar, hikmahnya saya jadi lebih dekat dengan Tuhan,” ujarnya pada majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2025, di sini, semalam.


Pun begitu, Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin 2019 itu tetap berharap kesakitannya tidak berpanjangan agar dia dapat kembali sihat selain terus aktif dalam industri seni tanah air.

“Insya-Allah, siapa yang tak nak sihat? Saya harap dapat kembali aktif dalam industri seni kerana ramai yang masih perlukan saya.

“Peminat sentiasa menantikan drama terbaru saya. Itu yang membuatkan saya terus kuat,” tambahnya.


Zara sebelum ini selamat menjalani pembedahan membuang cyst dan fibroid pada Mei tahun lalu. Dia turut dirawat akibat masalah sakit tulang belakang atau sindrom lumbar facet.

Namun, pada Julai tahun sama, pelakon itu sekali lagi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman di bahagian kesan pembedahan.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 14-2-2025 05:32 PM
Ramai follower dia korang nak tgk apa sebenarnya
Quote Madison00 14-2-2025 05:35 PM
Semoga cepat sembuh
Quote 3chanceno 14-2-2025 05:36 PM
Semuga cepat sembuh.
Quote imanjannah 14-2-2025 05:42 PM
srmoga cepat s3mbuh
Quote prizadane 14-2-2025 05:44 PM
Semoga cepat sembuh. Iols pun ada slipdisc, so iols faham. Orang maybe nampak kita sihat, tapi tak tahu sakitnya camne kalau datang time sakit
Quote I.K.A888990 14-2-2025 06:31 PM
semoga cepat sembuh
Quote Kittyjim 14-2-2025 06:59 PM
Die ni dgn ida yang influncer kat tiktok tu mcm sesuatu je aku nengok, rapat semacam, berpelok2, bercium2 buat content, sesuatuhh ka dorang tuh eak
Quote Vignette 14-2-2025 07:04 PM
get well soon, iols paling suka dia dlm lyma
Quote Manusiabesa 14-2-2025 07:18 PM
likilu replied at 14-2-2025 05:32 PM
Ramai follower dia korang nak tgk apa sebenarnya

Haha. Nk tgk kucing dia size jumbo. Helok gebus.
Quote DeLuna85 14-2-2025 09:08 PM
Kittyjim replied at 14-2-2025 06:59 PM
Die ni dgn ida yang influncer kat tiktok tu mcm sesuatu je aku nengok, rapat semacam, berpelok2, ber ...

Kot la sesuatu pun kenapa nak dgn Ida tu. Selera pulak dia. Rasanya tak kot.
Quote Kittyjim 14-2-2025 10:12 PM
DeLuna85 replied at 14-2-2025 09:08 PM
Kot la sesuatu pun kenapa nak dgn Ida tu. Selera pulak dia. Rasanya tak kot.

Harap nye idokla kan, cuma kemesraan tuh macam sesuatu, ida tu pon dah berlaki, harapnye jgn la dok tinggalkn laki ngan anak semata mata nak jumpa zara tuh..jgn la dok berkepit sgt aih
Quote Blackrose87 14-2-2025 10:34 PM
Kittyjim: Die ni dgn ida yang influncer  ...


ida yg pakai stokin sebelah warna lain tu ek?
Quote Zaien 14-2-2025 10:54 PM
moga cpt sembuh.. lain dh muka dia eh
Quote Kittyjim 14-2-2025 10:58 PM
Blackrose87 replied at 14-2-2025 10:34 PM
ida yg pakai stokin sebelah warna lain tu ek?

Iyerrr, ala2 mr bean tuh
Quote sharlenetexas 14-2-2025 11:01 PM
Bibir macam tu sbb mekap atau inject? Tak cantik. Nmpk bibir buatan.


Quote JahLupa 15-2-2025 12:00 AM
Iols pun ada slipdisc n arthritis. Dia kalau dah kena 1, mesti kena lg 1. Bertabahlah. Nasib badan
Quote babycc 15-2-2025 12:40 AM
arwah mak aku dulu rheumatoid athritis.. lama dia sakit.. mmg nampak seksa sgt.. semoga zara zya kuat mengharungi penyakit ni
Quote Kancilkering 15-2-2025 12:57 AM
babycc replied at 15-2-2025 12:40 AM
arwah mak aku dulu rheumatoid athritis.. lama dia sakit.. mmg nampak seksa sgt.. semoga zara zya kua ...

macam mana nak
manage tu….?
Quote amjess 15-2-2025 07:32 AM
Kittyjim replied at 14-2-2025 10:12 PM
Harap nye idokla kan, cuma kemesraan tuh macam sesuatu, ida tu pon dah berlaki, harapnye jgn la do ...

dah kawen ke eyda tu? mcm xpernah letak vid ke pic kat sosmed..sy pun mcm menyampah asyik video berdua..kadang mcm xde idea..kalau awal2 dulu ok la..ni dah kerap sgt…nmpk mcm annoying jah

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.041035 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top