CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perubahan angin punca penerjun payung TDM terkeluar garis pendaratan, rempuh motosikal seorang mak cik

18-2-2025 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29250| Komen: 25|Original author: Raline

Screenshot 2025-02-17 225943.png


Kuala Lumpur: Seorang anggota tentera secara tidak sengaja mendarat di atas motosikal orang awam ketika menjalani latihan terjun payung di sekitar Tanjung Bidara, Melaka, kelmarin.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan hari ini berkata, kejadian berlaku susulan perubahan arah angin berhampiran zon pendaratan (ZG) semasa Latihan Penerjunan Bebas Eksesais Eagle Swift Siri 1/2025 di Airstrip, Kem Terendak, Melaka.

"Markas ini ingin mengesahkan kemalangan itu membabitkan seorang anggota TDM, Koperal Mohd Zahier Zainol Abidin berusia 29 tahun dari Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD (Para)).

"Ketika melaksanakan final approach menghampiri ZG, perubahan arah angin menyebabkan anggota terkeluar dari garis pendaratan yang ditetapkan dan terpaksa mendarat di kawasan berhampiran ZG.

"Mohd Zahier ialah penerjun keenam bagi sortie ketiga ketika latihan itu dilaksanakan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurut kenyataan itu, Mohd Zahier dan orang awam terbabit tidak mengalami kecederaan serius, namun penunggang motosikal berkenaan meninggalkan lokasi kejadian sebelum sempat diambil sebarang kenyataan daripadanya.

TDM berkata, pihaknya berharap tiada sebarang spekulasi berhubung kejadian itu selepas satu klip video memaparkan insiden berkenaan tular di TikTok.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 24 saat yang menunjukkan seorang anggota tentera mendarat di atas sebuah motosikal awam tular di media sosial.

Sumber  – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MarryPottet 18-2-2025 12:16 AM
Alhamdulillah tiada kecederaan serius

Kenapa semua news tulis mangsa pompuan tu makcik?
Rasanya bukan set acik2 kan
Nampak mcm anak gadis je & dia saing dgn moto yg ada pembonceng tu, pun nampak both mcm anak gadis
Quote shida81 18-2-2025 03:45 AM
Jodoh turun dr langit kata acik tiktok
Quote asudau 18-2-2025 07:22 AM
crash landing on you -  real life
Quote otai_g 18-2-2025 07:44 AM
Payung sangkut kat kabel letrik ke tu. Bahaya tu kot short circuit
Quote mizruncing 18-2-2025 08:15 AM
kelakar tgk video ni semalam. klu dua2 bujang mmg jodoh dari langit la citer dia.. tapi bila tgk dia kena kat wayar kabel tu risau plak kena renjatan ke apa
Quote bbalik 18-2-2025 08:28 AM
jodoh dari langit
Quote batmana 18-2-2025 08:30 AM
waaa..klu masing2 bujang
moga berjodohan hendaknya..


hahaha
Quote syamzana 18-2-2025 08:35 AM
mujur tak jd apa2 blh la jadi bahan gelak, kot parah habis laa takkan nak salahkan angin semata?
Quote airfilterkotor 18-2-2025 08:52 AM
Semua yang tunggang dan bonceng moto dalam video tu tak pakai helmet.
Quote PULANGKAN 18-2-2025 11:14 AM
airfilterkotor replied at 18-2-2025 08:52 AM
Semua yang tunggang dan bonceng moto dalam video tu tak pakai helmet.
namun penunggang motosikal berkenaan meninggalkan lokasi kejadian sebelum sempat diambil sebarang kenyataan daripadanya
kan. iols pun gelak baca tang sini

tak pakai helmet, nak amik kenyataan apenye, caboooot
Quote mejaputih 18-2-2025 11:44 AM
Crash landing on you sgt...
Quote green~tea 18-2-2025 11:56 AM
Kesian makcik tu nak pegi pasar je..
Quote pocongkiutss 18-2-2025 11:58 AM
asudau replied at 18-2-2025 07:22 AM
crash landing on you -  real life

Hahahahha..nak tergelak .bethol jugak
Quote Dalcott 18-2-2025 12:00 PM
kesian dua2
Quote Jitu 18-2-2025 12:08 PM
trauma makcik tu
Quote Freezies 18-2-2025 12:50 PM
Ya ampon..mujur tk teruk sangat.
Quote rosa_canina 18-2-2025 01:09 PM
laju jgk time dia landing tu nsib xde apa2
Quote TeropongThaico 18-2-2025 01:10 PM
Nak kesian tp lawak le juga


Quote prettyuglybabe 18-2-2025 01:24 PM
PULANGKAN replied at 18-2-2025 11:14 AM
kan. iols pun gelak baca tang sini

tak pakai helmet, nak amik kenyataan apenye, caboooot

entah lesen pun tak ada

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048224 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top