CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami terkejut, Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap' dalam kereta

18-2-2025 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31992| Komen: 10

 


SEORANG lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao pada 17 

Portal Thaiger melaporkan, pegawai dari Balai Polis Mueang Chachoengsao dipanggil ke Jalan Nombor 304 dekat daerah Mueang untuk menyiasat sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Isuzu MU-X berwarna putih yang mencurigakan kira-kira jam 9 pagi.

Ia selepas seorang pejalan kaki ternampak lubang tembakan di tingkap tempat duduk penumpang kiri kenderaan dan kemudiannya memaklumkan polis.

Selepas memeriksa kenderaan itu, pegawai polis menemui mayat lelaki warga tempatan berusia 33 tahun, Chatchai Hongcharoen dan wanita, Natticha, 26, dalam keadaan tidak bernyawa.

Chatchai yang juga Ahli Majlis Perbandaran Daerah Kecil Plaeng Yao, ditemui di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya.


Dia masih memegang pistol Sig Sauer 9mm manakala Natticha, yang duduk di tempat duduk penumpang, juga mengalami luka tembakan di kepala kanannya.

Natticha dilaporkan hilang di Balai Polis Plaeng Yao oleh suaminya, Ttitiwat, 23, pada 16 Februari lalu.

Thitiwat memberitahu ThaiRath bahawa isterinya meninggalkan rumah dengan kenderaan SUV pada pagi 16 Februari dan tidak pulang.

Lelaki itu tidak dapat menghubungi isterinya yang keluar dengan memakai rantai dan gelang emas serta dikhuatiri menjadi mangsa rompakan.

Menerusi video yang dikongsi oleh Saluran 7, Thitiwat dilihat di tempat kejadian di mana mayat isterinya ditemui.

Kelihatan Thitiwat menangis dan seorang rakan terpaksa mengiringinya untuk membolehkan polis meneruskan siasatan mereka.


Sumber: Gempak, Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 18-2-2025 03:42 PM
Uish sape tembak tu
Quote matbad 18-2-2025 03:48 PM
[quote]akies: Uish sape tembak tu
Laki dia la kot
Quote royaldanish 18-2-2025 03:55 PM
sekali plot twist... penembak itu adalah lelaki mangsa
Quote supernaturalee 18-2-2025 04:01 PM
sape lah lagi


Quote kucingitam 18-2-2025 04:02 PM
aku pun pikir plot twist yg sama..
Quote cmf_PariS 18-2-2025 04:10 PM
kannnnnnn konon2 bunuh diri
Quote airfilterkotor 18-2-2025 04:50 PM
Keta siam stereng belah kanan.
Pemandu dan penompang dua-dua lubang kepala belah kanan.
Pestol masih ditangan si pemandu.
Cermin kiri berlubang.

Pemandu tembak penompang dulu, pastu tembak diri sendiri.
Harap pemandu tidak kidal.
Quote pocongkiutss 18-2-2025 05:49 PM
Kes kekasih gelap ni baik lelaki mahupun perempuan..maleh nak bersimpati
Quote afie_m 19-2-2025 11:55 AM
jangan ada plot twist sudah
Quote BoongaKertas 19-2-2025 03:47 PM
dia bunuh skandal dia sbb skandal tu minta putus kot eh? then bunuh diri sbb x sanggup tgk skandal dah mati? ish

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.326756 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top