CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada lagi ‘penantian suatu penyeksaan dalam kalangan graduan perubatan’ – Dr. Dzulkefly

19-2-2025 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3704| Komen: 3

 


KUALA LUMPUR – Tiada lagi istilah ‘penantian suatu penyeksaan’ dalam kalangan graduan perubatan untuk dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) bermula tahun 2016.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, terdapat sebanyak 49 Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara ketika ini bagi menempatkan mereka.

“Soalan menanti ini suatu masa dulu betul, penantian suatu penyeksaan kerana setahun mereka menanti untuk mendapat tempat sebagai PPS.

“Sekarang ini kita tidak lagi mendapati mereka kecewa lantas meninggalkan kerjaya perubatan yang menjadi minat mereka. Tidak lagi timbul isu seperti itu. Setiap dua bulan kita buat pengambilan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Bebas-Tanjong Karang) berapa jumlah graduan perubatan yang berputus asa untuk menjadi doktor kerana menunggu lama untuk diserap sebagai doktor pelatih.


Menjawab soalan asal V.Ganabatirau(PH-Klang), Dzulkefly berkata, pelantikan PPS dilakukan sebanyak enam kali setahun dengan selang masa dua bulan berbanding tempoh menunggu satu tahun sebelum ini.

Menurut beliau, seramai 3,316 graduan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia telah dilantik sebagai PPS dan ditempatkan di HLS di seluruh negara.

Kata beliau, bagi tahun 2025, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan melantik seramai 3,000 PPS dan setakat suku pertama tahun ini seramai 1,114 telah dilantik secara kontrak.

“Sebanyak 49 HLS itu termasuk 14 hospital negeri, 26 buah hospital berpakar major, lima hospital berpakar minor, tiga hospital pengajar universiti iaitu HUKM, PPUM, HUSM dan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,” kataya.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 19-2-2025 04:34 PM
Aku ada kawan keje kerani kerajaan kat sebuah hospital la. So tugas dia uruskan service para doktor ni, so die ada akses la bleh tgk result spm doktor2 kt hosp dia. Bapak terkejut dia tgk doktor2 tu SPM ada yg 2A je, sedangkan kawan aku tu sendiri pun  SPM 4A kot. Ada yg tak amek subjek science stream mcm biology takat amek sains biasa jah. Tapi doktor2 tu suma lulusan oversea, dari Rusia, Indon, Mesir, dari India pun ade. Tu pasal aku rasa sbb tu doktor-doktor muda mcm rempit-rempit je ntah-ntah dulu budak kelas belakang. Seram aku result SPM mcm tu berani amek medic pastu merawat orang huhuhu
Quote nono86 19-2-2025 08:09 PM
annehuda: Aku ada kawan keje kerani kera ...

Asal ada duit, boleh je buat medic biaya sendiri.. score 1st year, next boleh mintak jpa tanggung.. sepupu2 aku semua macam tu, berhabis banyak makpak ada yang jual tanah..
Aku dulu pun nak masuk kolej swasta buat medic walaupun result tak semengah, tapi duit takdak.. yuran >Rm3k awal tahun 2000 tu besar nilainya..
Quote prince_marhaen 20-2-2025 09:16 AM
annehuda replied at 19-2-2025 04:34 PM
Aku ada kawan keje kerani kerajaan kat sebuah hospital la. So tugas dia uruskan service para doktor  ...

housemate aku dulu pernah buat service, jadi HR & pengambilan doktor2 ni, memang kalau check result diorang pun biasa2 je, mostly tgok background 80% anak politician, anak org gomen, anak boss2 company, yang lepas spm fly overseas, balik sini feeling2 kena panggil Dr. ye.. padahal kau baru nak houseman, and KONTRAK je pun. Lepas tu almost 70% ada masalah kesihatan, axiety lah, depression lah, diabetis lah, mcm2 hal... tapi sebab gomen nak jugak serap kan... lantik dulu, masalah belakang fikir... tu yang mcm2 hal doktor2 baru ni, dengan perangai masing2 tak matured... praktikal pun bodoh2 alang...takde common sense...takde keupayaan nak berfikir cepat2...sooooo slowwww...lembab gila... tak ada social skills... jenis nerd yang macam kosongg otak dia..


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.213464 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top