CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pakai tudung sekadar gaya je, Zahnita Wilson belum sedia nak berhijab

20-2-2025 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31119| Komen: 3|Original author: Raline

ZX.PNG


Model dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, mengakui bahawa dirinya masih belum membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Perkara ini mula menjadi tanda tanya apabila Zahnita beberapa kali tampil berhijab dalam sesi fotografi dan turut menutup rambut dalam beberapa hantaran di Instagram.

Tampil anggun berhijab pada majlis pelantikannya sebagai wajah sebuah jenama kosmetik baru-baru ini, Zahnita menjelaskan bahawa ia sekadar gaya yang digayakannya buat masa ini.

"Saya masih belajar dan mencari gaya yang sesuai untuk diri sendiri.

"Saya belum bersedia untuk tampil berhijab sepenuhnya. Doakan yang baik-baik," katanya.


Dalam perkembangan lain, Zahnita turut mengakui bahawa dirinya sudah bersedia jika kes perceraiannya dengan suami, Abdul Zackery, 47, berlarutan di mahkamah.

"Nak buat macam mana, mahu atau tidak saya perlu bersedia sekiranya prosiding perceraian saya akan terus berpanjangan.

"Apapun saya berharap semuanya akan selesai secara harmoni dan tak perlu bergaduh. Saya cuma mahu 'dilepaskan' dengan baik," katanya.


Dunia hiburan dikejutkan pada 3 Disember tahun lalu apabila Zahnita nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang, susulan pendedahannya berdepan penderaan domestik.

Abdul Zackery ditahan pada hari yang sama bagi membantu siasatan, namun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan isteri.


Sebaliknya, Zackery mendakwa dirinya adalah mangsa keganasan sebenar dan mendakwa Zahnita sudah meminta cerai daripadanya sepanjang 20 tahun mereka berkahwin.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LembingDayanti 20-2-2025 01:05 AM
mental illness is real. toksah disanjung dia ni
Quote JahLupa 20-2-2025 01:12 AM
Hope she’s doing good.. harapnye xde la masalah mental ke ape
Quote bluebutter 21-2-2025 03:29 PM
Muka dia cam kecut cam umur tua sangat.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.042624 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top