![]()
Bukan sahaja membuat bising di kafe yang dikunjungi mereka, kanak-kanak itu turut bertindak agresif. Keadaan itu membuatkan pemuda itu mempersoalkan apakah terdapat ibu bapa pada hari ini yang tidak tahu bagaimana untuk mendidik anak-anak dengan baik. "Saya nak tanya la kenapa sekarang ni mak ayah macam tak pandai jaga anak? Kisahnya semalam saya dan kawan-kawan lepak dekat kafe sambil makan dessert dan minum kopi. "Kemudian tiba-tiba datang dua budak ni. Kami pun senyumlah. Cuba teka? Ingatkan dia nak buat apa, rupanya dia pukul-pukul saya dan kawan-kawan. Sudahlah masa tu dia tengah pegang handphone, sakit weh," luahnya di laman sosial. Tidak puas hati dengan perbuatan mereka, dia pun memarahi kanak-kanak berkenaan yang dianggarkan berusia antara lima dan tujuh tahun. "Saya marahlah, kenapa pukul orang? Ingat tak sakit ke? Okay, budak-budak tu pun pergi. "Kemudian mereka datang balik, main berlari-lari di sekitar saya saya dan kawan-kawan sambil menjerit-jerit cakap 'cepatlah si*l kejar aku'. Yang tu saya macam tak kisah sangat," katanya mengenai dua kanak-kanak itu yang turut mengeluarkan kata-kata kesat. Namun kesabarannya ada had saat kedua-dua budak itu melakukan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Menurutnya, selepas membuat bising, mencarut dan memukul, dua budak berkenaan merampas air minuman pula. "Bila dah penat, kedua-dua mereka selamba rampas air kepunyaan kawan-kawan dan minum. Siap cakap 'tak sedap, padanla muka buruk, beli air pun tak sedap," ujarnya. Kedegilan dan kenakalan kanak-kanak itu membuatkan dirinya terfikir tentang siapa ibu bapa mereka. "Aku macam speechless tanya 'siapa mak bapa kau ni?'. Selepas itu, kawan saya jerit Eh siapa mak bapa kau ni?, katanya. Layanan terhadap anak-anak memberi kesan kepada pembesaran mereka. -Gambar hiasan Sekelip mata, dua pasangan suami isteri datang ke arah mereka, dipercayai merupakan ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu. Rupanya mereka nampak kelakuan anak-anak mereka, tetapi sibuk dengan telefon masing-masing di kafe. "Mak sibuk berselfie, bapa pula main video game," katanya kesal. Menurutnya, dia pada mulanya menyangka ibu bapa kanak-kanak itu datang untuk memohon maaf di atas kekecohan yang berlalu, tetapi sangkaan mereka ternyata meleset. "Ingatkan nak minta maaf ke apa. Boleh pula marah seorang kawan sebab marah anak dia, siap cakap 'korang ni muda lagi tak tahu jaga anak macam mana'. "Ni bukan teguran untuk mak ayah tu je, orang lain sekali. Walaupun saya muda, tapi tak kan ilmu keibubapaan tak ada langsung sampai anak jadi kurang ajar depan orang yang tak dikenali," soalnya. Sumber: mStar
|
prettyuglybabe replied at 20-2-2025 11:16 AM
hasanah fonen kah?
ADVERTISEMENT