CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

157 ikan lumba-lumba terdampar, 21 sudah mati di pulau selatan Tasmania, Australia

20-2-2025 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8573| Komen: 0|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-19 170040.png


Sydney: Sekumpulan 157 ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pantai terpencil di pulau selatan Tasmania, Australia, pada Rabu kata pegawai alam sekitar ketika pakar veterinar bergegas ke lokasi kejadian.

Jabatan Alam Sekitar Tasmania berkata, sebanyak 21 ekor ikan lumba-lumba yang terdampar sudah mati, manakala 136 lagi masih hidup setakat pagi Rabu.

"Kumpulan itu dipercayai dari spesies ikan lumba-lumba besar yang dikenali sebagai ikan paus pembunuh palsu, kata pegawai, dinamakan demikian kerana bentuk tengkorak yang mirip dengan orca.

Ikan lumba-lumba itu terdampar di pantai berhampiran teluk Sungai Arthur di pantai barat Tasmania, kawasan yang jarang penduduk dan terkenal dengan pantainya yang terdedah kepada angin.

"Respons terhadap kejadian terdampar di kawasan ini adalah rumit disebabkan kesukaran untuk mengakses lokasi, keadaan laut dan cabaran untuk membawa peralatan khas ke kawasan terpencil," kata jabatan alam sekitar dalam satu kenyataan.

Sekumpulan pakar penyelamat hidupan liar dan veterinar sudah dihantar untuk menilai keadaan ikan lumba-lumba itu.

Ikan paus pembunuh palsu boleh mencapai panjang sehingga enam meter (20 kaki) dan dikenali sebagai spesies yang sangat sosial yang biasanya berada dalam kumpulan yang mempunyai 50 atau lebih.

Haiwan ini sering terbabit dalam kejadian terdampar secara besar-besaran yang boleh 'menghapuskan seluruh kumpulan yang biasanya membabitkan ratusan ekor haiwan," menurut Muzium Australia.



Sumber  – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049402 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top