CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cubaan seludup 88,000 biji kelapa ke Thailand gagal, 5 ditahan

20-2-2025 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6940| Komen: 0|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-19 165714.png


Tumpat: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 88,000 biji kelapa membabitkan nilai RM2.1 juta yang dipercayai mahu diseludup ke Thailand, semalam.

Rampasan berkenaan dilakukan Batalion 7 PGA jam 12.30 tengah hari di sebuah stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, di sini.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan dilakukan menerusi Op Taring Wawasan itu selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan di stor berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 88,000 biji kelapa ditemui dalam lori dan kawasan stor terbabit tanpa dokumen dan lesen pembelian kelapa yang sah.

"Bekalan kelapa ini dipercayai ditransit di lokasi berkenaan sebelum diseludup ke Thailand dan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM2.1 juta.

"Kita turut menahan lima individu berusia 26 hingga 43 tahun dipercayai berperanan sebagai penghantar bekalan terbabit ke negara jiran," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (Fama).

Katanya, kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Fama untuk tindakan selanjutnya.



Sumber  – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046513 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top