CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video tular dakwaan salah laku anggota Polis tak patuhi SOP semasa Ops Tapis disiasat

20-2-2025 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4631| Komen: 13|Original author: Raline


e9ff90f8-1fc2-48ee-bcee-0cfa8f2523a4.jpeg


PETALING JAYA – Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan anggotanya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain melakukan pemerasan ketika Ops Tapis, di Damansara, di sini tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular melalui Facebook pada pukul 1 petang semalam.

Menurut beliau, kandungan tersebut telah dimuat naik pemilik akaun ‘En Abdul’ yang memaparkan video serbuan dilakukan oleh empat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Pihak polis mengesahkan serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya di Pelangi Damansara.

“Serbuan itu dibuat pada 10 Oktober 2024 semasa melakukan Ops Tapis di kawasan Damansara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan seperti yang ditularkan di akaun Facebook berkenaan.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam kejadian tersebut,” ujarnya.


Tinjauan Kosmo! di akaun Facebook yang tular berkenaan mendapati pemiliknya telah menceritakan kronologi kejadian secara terperinci, semalam.

Pemilik akaun Facebook itu juga mendakwa memperoleh video terbabit menerusi perkongsian di Kumpulan Telegram Edisi Siasat.

Sumber  – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 19-2-2025 04:38 PM
Jahat gila perangaiii mcm org takde sivil. Tapi polis buat keja mcm gengster pun takde integrity. Rata2 dunia ketiga punya polis sgt menyeramkan. Negara maju pun blh nampak klu ada assembly ada yg ganas jugak. Tp kalo ko jatuh ke tgn polis negara dunia ke tiga mmg sheramm huh mcm org tak sekolah buat keja. Siapa nak bukak pintu klu dtg mcm tu huh
Quote Orenn1 19-2-2025 04:38 PM
Aku sumpah dorg hidup dikeji menderita seumur hidop phuiii
Quote Orenn1 19-2-2025 04:39 PM
tgk pun seram uols, mcm ni ke kita nak polis di negara kita buat keja
Quote belilies 19-2-2025 05:07 PM
Ni yg kita nampak. Iols ada sedara not blood related keje polis smenanjung sana. Bkepuk2 dia dpt buat keje haram. Dah sampai tanak balik swk dh skrg
Quote pejol 19-2-2025 05:24 PM
tu yg banyak tak menjadi tuuuu
Quote Orenn1 19-2-2025 05:34 PM
Edited by Orenn1 at 19-2-2025 09:35 AM

Siapa berani bukak pintu jantan2  berapa eko panas baran mcm tu dgn pegang senjata alat2 bahaya semua, gila weiii
Quote Orenn1 19-2-2025 05:36 PM
Aku harap family dorg tgk anak bini tgk mak bapak adik beradik, biar tahu d true colour family dorg ni, betapq jahatnya perangai sebenar.
Quote prettyuglybabe 19-2-2025 05:45 PM
entahnya.. bodo pi pecah pintu segala..
lain kali ketuk bagi salam je sudah..
orang tak buka gi la balik..
nak mendadih dalam rumah pun tak senang..
Quote Orenn1 19-2-2025 05:46 PM
Bahangkan individu yg kat dlm rmh tu yg kena berdepan dgn pengalaman ni, mesti takut gila
Quote Thunderclouds 20-2-2025 01:35 PM
Ni aku nk tau mmg voley pecahkan aje yer pintu umah org cenggini. Takde waran, xde ape semata2 sbb pulis suruh? Patu sesambil tu babi & pukimak dok zikir kt mulot. Hmm... Mujur bukan pekej tembak2 xbagi salam cm kt yu es eh sana.
Quote AmandaRollins 20-2-2025 03:44 PM
Sbb tu drg ni klu mati , x eksiden kena lggr treler or mati ditembak/tembak diri sendiri…perangai serupa gengster
Quote Belibis 20-2-2025 08:32 PM
Bestnya jadi penjenayah berlesen.[em:3:]
Quote fattymah 20-2-2025 08:43 PM
Polis tu masuk rumah pun pakai kasut.. kenala mop satu rumah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.203125 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top