CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elizabeth Tan Terpaksa ‘PJJ’, Suami Bertugas Di Perak Sejak Januari – ‘Ada Ruang Untuk Kami Saling Merindui’

20-2-2025 09:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4706| Komen: 6|Original author: Raline


befunky_2024-1-3_8-16-17.jpg


Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan memaklumkan bahawa dia dan suami, Dr Siew Jim Ding menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) berikutan tuntutan kerja.

Ketika ditemui OhBulan!, Elizabeth atau nama lengkapnya Elizabeth Tan Su Mei memberitahu sejak awal tahun ini suaminya yang juga seorang doktor pelatih telah diarahkan untuk bertugas di Tapah, Perak.


"Suami saya sekarang bekerja di Tapah, jadi kami terpaksa menjalani perhubungan jarak jauh. Dalam sebulan dia akan balik atau saya yang akan pergi ke sana.

"Suami baru sahaja mula bekerja di sana Januari tahun ini dan ada lagi dua tahun lagi untuk bersama semula."


Menurut selebriti berusia 32 tahun itu, perhubungan jarak jauh menyukarkan lagi usaha mereka untuk mendapatkan zuriat.

"Jadi ia sebenarnya agak sukar (untuk mendapatkan zuriat) sebab dia tiba-tiba sahaja kami dipisahkan oleh jarak."

Elizabeth berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran filem Wantugo di Shah Alam pada Rabu.

Walau bagaimanapun, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-33 itu tetap positif, malah dia dan suami menjadikan jarak jauh sebagai cara untuk lebih menghargai antara satu sama lain.


"Tidaklah terlalu sukar, kami berdua menikmati jarak itu kerana ada ruang untuk kami saling merindui."

"Kalau tidak kadang-kadang kita tidak begitu menghargai pasangan. Jadi sekarang setiap kali berjumpa kami akan hargai masa bersama."

"Cuma perjalanan untuk mendapatkan cahaya mata agak sukar kerana kami tidak berada di dalam satu negeri."

Sekadar info, Lizzy dan suaminya Siew Jim mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Lizzy juga pernah membuat pendedahan mengalami dua kali keguguran sekitar tahun lalu.


Sumber  – Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 20-2-2025 04:19 PM
Mana ada laki dia doktor pelatih dah, dh jadi MO dah pun
Quote Buritan 21-2-2025 07:51 AM
Hahaha.. somi dia kije sepital tapah kee... Tapah takde ape benda.. pekan kelam.. dr tapah sampai ke sungkai pekan koboi.. aku pun tak phm nape sendu beno.. bang non sibuk majukan tambun yg mmg dah maju tuu.. ce laa majukan sungkai tuu..
Quote orkid_amani 21-2-2025 07:59 AM
Ammmboooiii laaaamaaaa jugak dia dok kompang nak buat baby..nak buat baby..belum ada rezeki baby lg pulak..dia dgn JN kawin lebih kurang kn.. aii doakan sesiapa yg tgh ttc moga dipermudahkan urusan
Quote A-Are 21-2-2025 09:28 AM
haritu masa anak warded PPUM rasanya mcm nampak suaminya kat wad paedtrik..ke org lain tu
Quote Prickford 21-2-2025 09:34 AM
orkid_amani replied at 20-2-2025 11:59 PM
Ammmboooiii laaaamaaaa jugak dia dok kompang nak buat baby..nak buat baby..belum ada rezeki baby lg  ...

Lizzy awal 2 tahun rasa nya dari JN kawin. Rasanya Lizzy kalau betul2 nak expand family, buat anak, rehat je dari dunia seni dulu. Duduk la setahun gitu kat Perak dgn husband.

Quote jargon 21-2-2025 11:58 AM
Cina tetap pilih cina jgk..matrempit melayu or laki org hnya mmpu berangan je hahh

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.393071 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top