CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga lelaki senang buat duit, jual rakaman wanita bersalin

20-2-2025 09:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5754| Komen: 9|Original author: Raline

a.PNG


Tiga lelaki ditahan polis kerana didakwa memperoleh video yang digodam daripada sebuah hospital dan menjual klip tersebut di YouTube dan Telegram pada Rabu.

Menurut polis, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang digodam itu adalah hasil bantuan penggodam antarabangsa.

Dalam video berkenaan, ia memaparkan pesakit wanita yang sedang diperiksa di dalam wad bersalin oleh doktor wanita.

Polis kemudian mengesahkan bahawa video-video itu adalah sebahagian daripada rakaman CCTV di sebuah hospital di Rajkot, India.

Beberapa penggodam memecah sistem CCTV hospital dan kemudiannya dikongsi oleh tiga saluran YouTube dengan keterangan yang mengandungi pautan ke kumpulan Telegram.

Dalam kumpulan Telegram itu, mereka meminta bayaran sebanyak Rs 2,000 (RM112) bagi setiap video, kata polis.

Pegawai polis siber kemudiannya mengenal pasti dan menangkap tiga individu iaitu Prajwal Taily, Praj Patil dan Chandra Prakash.

Penggodam-penggodam tersebut juga telah menyediakan video serupa dari hospital-hospital di negeri lain serta rakaman CCTV dari pelbagai tempat awam.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 20-2-2025 07:00 PM
Euww dah nape tringin nk tgk org tengah bersalin tu aku yg penah beranak ni pun seriau nak tgk org len bersalin..
Quote Decaffeinated 20-2-2025 07:19 PM
Fetish or curious? or simply sick.

Quote plywood 20-2-2025 07:25 PM
agak seram bila ada juga pelanggan.. dimana ada permintaan disitu ada penawaran, pergh
Quote Freezies 20-2-2025 07:25 PM
Tk geli ke?dengan darahnya lagi.
Quote xtinkerbellx 20-2-2025 09:39 PM
Wow ada jugak fetish gini ye
Quote sharlenetexas 20-2-2025 09:40 PM
Sejenis fetish luar tabie?


Quote sharlenetexas 20-2-2025 09:40 PM
Teringat pulak enabedol.



Quote Firenzza 20-2-2025 09:50 PM
Teringat plk sorang doktor bius mat Saleh, Dr lain sibuk nk uruskan minah Saleh nk terberanak, dia plk lps setel bius pesakit blh plk suap punai kt mulut minah Saleh tuh mintak bj....kantoi pun sbb terakam kt cctv......meme giloss la
Quote IzzahF 21-2-2025 06:58 AM
kalo yg pelik2 tu mesti dari india tak pun indon

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.118500 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top